REPLY: Terkesima dengan Keadaan

Hi semua. Thank you admin siarkan cerita saya.

Saya Afrina. Berusia 38 tahun. Saya rasa terpanggil untuk menjawab penceritaan yang bertajuk terkesima dengan keadaan, (https://iiumc.com/terkesima-dengan-keadaan/)

Rata-rata yang memberi komen seakan marah dengan confessor. Jadi saya mengambil keputusan untuk menulis pendapat saya di sini daripada di komen.

Berkenaan isu masuk tandas berdua untuk kencing. Bagi saya benda ni normal. Saya pernah masuk tandas berdua untuk kencing dengan kawan saya, dengan anak remaja saya yang dah berusia 17 tahun, dan dengan sepupu-sepupu saya.

Nampak? Of course la nampak. Tapi bukan la kami akan merenung lama-lama. Macam ternampak sekilas lalu. Lagipun buat apa nak tenung lama-lama? Apa yang mereka ada. Saya ada juga.

Untuk issue kencing atas lantai, confessor dah cakap dia darurat. Dan saya yakin confessor akan menjirus kembali la lantai tu bila selesai.

Berdasarkan pengalaman, kawan-kawan saya, anak saya, sepupu saya dan saya sendiri, belum pernah lagi kami kencing di lantai dan kemudian terus tinggal macam tu. Pasti kami jirus. Kalau tak hancing la bau nanti.

Untuk yang campak pad dalam toilet bowl, saya pernah nampak mereka buang dalam bowl. Tapi takdelah dorang buat secara terangan.

Selalunya saya perhati, bila takde tong sampah. Meraka akan biar saya keluar dulu, kemudian baru campak dan flush. Mungkin tak nak malu.

Macam mana saya tahu? Yela, mereka tukar pad semasa saya berada dalam toilet jugak, tapi bila keluar, pad takde dekat tangan dan dalam toilet takde tong sampah. So jelas la.

Saya sendiri pun pernah buat macam tu bila betul2 darurat. Sebab bila dekat luar saya tak basuh pad. Takkan nak bawak pad berdarah tu keluar macam tu je.

Sekian terima kasih..

– Afrina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Rasanya situasi mcm ni normal je. Saya pun tak tahu kenapa org kecam confessor sebelum ni. Lain la kalau toilet tu memang bersih. Tp kalau memang toilet tu kotor. Geli weh nak duduk atas toilet seat. Memang cangkung atas bowl/lantai je laa.

    Untuk yang buang pad dalam bowl pun sama la jgk. Kalau toilet takde tong sampah. Takkan nak bawak keluar. Memang bowl je laa option yang ada. Cuma saya rasa kawan confessor yang sebelum ni melampau la buang depan confessor. Kalau saya tengok la keadaan dulu. Kalau ada orang. Cover2 la sikit nak campak dalam bowl tu. Haha. Tp kalau depan anak ke, kawan2 rapat ke. Xpela. Dorang pun buat benda yang sama.

    • Serius la awak ajar anak awak buang pad dalam bowl? Ke anak awak pun nampak bila awak buat mcm tu? Tak boleh brain la comment awak ni.

      Sebagai ibu, kita kena la tunjuk contoh yang baik. Patut laa tandas awam selalu tersumbat. Ramai species mcm awak la ni.

    • Hmm, saya tak setuju dengan cara awak campak pad dalam bowl. Sebab boleh buat tersumbat. Tapi, saya lagi tak sanggup tengok orang buang pad atas pam toilet. Lagi geli dan kotor.

      Saya pernah nampak orang tinggalkan pad berdarah atas pam tandas. Memang saya geli gila. Jadi kalau betul la memang keadaan awak darurat. Toilet kotor sgt ke apa, saya terima je la alasan awak. Tapi jangan la buang depan anak. Kita perempuan kan. Tunjuk lah contoh yang baik.

      P/s: saya kalau betul2 darurat, tak de tong sampah atau toilet kotor, saya akan balut guna pembalut pad yang saya baru buka, balut pad lama kemas-kemas. Lepas tu saya selit la kat mana-mana tempat yang orang tak nampak. Selalu dekat tingkap pengudaraan. Saya tak kan buang dalam bowl. Nanti tersumbat.

  2. Ko disgusting! dah tahu period nak tukar pad, pad yang baru kan ada pembalut? Masuk tandas tak ada tissue ke? Tak bawa tissue? Balut pakai tissue lepastu cari tong sampah!! Memalukan kaum wanita! Tolong lahhhhh jaga hygiene. Awak punya nak biar lembab2 basah2 kepam ko punya pasallll tapi tak payah nak kotorkan PUBLIC utility!

  3. Bila diri sendiri rasa benda tu normal, memang normal lah jadiknya. Tapi cuma nak cakap satu je. Tak rasa bersalah ke kalau apa yang kita buang dalam bowl tu menyebabkan tersumbat? tak pikir kos tuan punya tandas nak baiki? Yelah maybe nak salahkan tuan toilet sebab tak sediakan tong sampah (mungkin dia terlupa ke ape ke), tapi belajar lah dengan budaya Jepun yang membawa sampah sendiri dalam beg sampai jumpa tong sampah kat luar. Geli konon dengan pad sndiri. bukan suruh masuk dalam beg terus camtu. Bungkus lah elok2 dua tiga lapis kertas pastu salotape ke, ikat getah ke, pastu letak dalam plastik kecil pastulah letak lah dalam beg sekejap. Takyah lah nak bergeli-geli sangat. Bawa keluar dari toilet je pun, tong sampah mungkin ada dalam 100 meter kat luar tu. Itulah gunanya bawak handbag besar sikit boleh isi barang2 untuk bungkus. Ni bawak handbag kecil besar wallet je memang camtu lah jadiknya. Kalau dah tahu period bawaklah handbag besar sikit isi barang2 tu.
    Eh memang takleh lah terima benda ni. Pet peeve sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *