Janda Bertemu Duda

Salam semua. Saya wanita umur awal 50an. Sudah 2 tahun menjanda. Bercerai hidup. Tidak berkerjaya. Sara hidup saya ditanggung oleh anak2 100%.

Saya ada 4 anak. 2 anak dah kawin, 1 tinggal berasingan, 1 lagi yang bongsu sudah kerja masih tinggal bersama saya. Sekarang saya tinggal berdua dengannya.

Ringkaskan cerita… Baru2 ini saya ada kenal seorang duda kematian isteri setahun lepas, 10 tahun lagi tua dari saya.

Dia pesara kerajaan tapi masih bekerja di jabatan swasta selepas pencen. Kami tinggal di dalam satu negeri tapi berlainan daerah.

Dia ada 3 anak, 2 dah kawin, yang bongsu sudah bekerja dan masih tinggal bersamanya. Sama situasi macam saya.

Baru2 ini kami merancang untuk mendirikan rumahtangga pada penghujung tahun ni. Dalam masa terdekat ini, saya minta untuk bertunang dulu sebagai tanda ada ikatan.

Semasa mula2 kenal dua bulan yang lalu, 1st date… dia menyuruh saya memilih apa saja sebagai hadiah hari ulang tahun saya yang sudah lepas. Saya telah memilih sebuah handbag bernilai RM650.

Saya rasa dia seorang yang tidak berkira, lagipun saya hanya surirumah bergantung harap dengan anak2. Saya telah menerima dia seadanya.

Saya sedar diri, saya bukan muda lagi, bukan senang untuk kenal dengan mana2 lelaki. Jadi, saya terima dia dengan harapan dapat hidup bersama hingga ke akhir hayat.

Pada pertemuan yang kedua, dia sudah berani menyentuh saya. Menepuk2 lengan saya ketika bersembang. Perkara ini buat saya rasa sangat tidak selesa.

Saya juga sangat menyampah bila dia suka sangat wasap saya tidak kira waktu. Pagi petang siang malam.. Saya rasa diri saya macam di perhatikan.

Saya juga rasa tidak bebas macam biasa. Seolah saya kena beri lapuran kepadanya, setiap benda yang saya buat setiap hari.

Bukan itu saja, saya merasa sangat geli bila orang tua duk bersayang2 dalam wasap mengalahkan orang muda. Bila lambat reply, macam2 soalan dia tanya. Memang buat saya rimas!

Beberapa hari lepas, kami berbincang pasal pertunangan. Bertunang secara orang tua. Bukan ada majlis macam orang muda pun.

Tadi… sebelum saya menulis di sini, saya ada bagi hint yang saya tidak lagi berminat untuk meneruskan hubungan ini kerana beberapa sebab.

Bertubi2 lah dia tanya mengapa. Saya bagi alasan masalah tempat tinggal, kerana kami masing2 ada rumah sendiri dan masih ada anak yang tinggal bersama.

Jadi, tidak tahu macamana untuk saya bahagikan masa di antara suami dan anak bila kami dah kawin nanti.. (ini hanya alasan saya sahaja agar tidak meneruskan perkahwinan).

Selepas tu, dia seolah2 merayu saya minta saya bagi peluang untuk mengenalinya dengan lebih mendalam lagi.

Saya layan je permintaan dia dengan berat hati. Dalam hati saya sudah ada keputusan sendiri iaitu ingin menamatkan saja perhubungan ini.

Saya nak tanya, betul @ tidak tindakan saya ini? Adakah kerana saya ni sudah 50an, saya kena terima diri dia? Atau… adakah usia macam saya ini tak perlu lagi fikir pasal jodoh?

Sekian luahan saya. Janganlah kecam saya ye.. Saya nak dengar pendapat pembaca.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Comel lar makcik ni, orang lelaki tua ke muda ke sama je perangai dia, memang nak perhatian, nak teman berbual dan isteri untuk jaga makan minum dia. Kalau makcik sanggup untuk melayan kerenah suami baru, teruskan lah, kalau makcik dah selesa dengan kehidupan sekarang boleh lar pertimbangkan semula keputusan untuk berkahwin tu.

  2. auntie, better stay life sekarang.
    saya nampak lagi tenang hidup sendiri, dari berteman mcm tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *