Saya Rindu Awak Bidadara Syurga

Hi. Salam. Aku just nak luahkan kat sini.

Sewaktu aku Tingkatan 6 di sebuah sekolah terkemuka di ibu kota, aku ada kenal seorang ni. Aku namakan dia A. Aku kenal si A sewaktu malam kedua aku kat asrama tu. Untuk pengetahuan pembaca semua, sekolah aku tu sekolah asrama ya.

Sewaktu tu, malam Maulidul Rasul. Kiranya esoknya tu cuti lah sebab Maulidul Rasul. A yang tegur aku dulu sewaktu di luar surau asrama aku tu.

Masa tu, dia orang kat asrama ada buat majlis Maulidul Rasul. Masa tu tepat waktu tengah azan Maghrib dan cuaca pun sejuk sangat waktu tu. Rasa tenang sangat waktu tu. Kebetulan masa tu tengah hujan.

Waktu aku dekat dengan A, aku rasa tenang sangat. Rasa macam semua beban dalam dunia ni hilang bila jumpa dengan A.

Untuk pengetahuan korang semua, aku ni jenis pemalu tau. Kalau orang tegur, aku tegur lah. Aku ni juga sebelum jumpa dengan A memang susah sangat nak rapat dengan lelaki. Memang aku ni jenis pemalu sangat-sangat.

Tapi semua tu sebelum rapat dengan A. Sejak aku mula kenal dengan A, aku rasa tenang sangat. Dan setiap kali aku dekat dengan A, aku rasa selamat. Tanpa aku sedar, aku mula jatuh cinta dengan A. A pun baik sangat. Dia layan aku dengan baik.

Si A ni dia memang macam aku. Memang dia jarang dan takkan sembang dengan orang sangat melainkan orang tegur dia. Jadi, memang kami berdua jadi sangat rapat.

Bukan kat sekolah je, malah waktu cuti pun kami sering bermesej. Aku rasa kan, akulah manusia yang paling beruntung tau sebab dapat kenal dan rapat dengan A.

A ni ada ramai adik beradik dan dia adalah anak second last. Dia sangat sayangkan adik beradiknya dan especially dia sayang sangat-sangat kat mak dia.

Long story short, satu hari, A ni kena pindah sekolah sebab alasan-alasan yang tertentulah. Dia pindah ke kampung halaman dia. Aku ni di Perak manakala A kat Pantai Timur.

Jadi lepas A pindah, tinggallah aku sorang-sorang kat sekolah tu habiskan STPM aku. Tapi nasib baiklah kami dah nak habis dah STPM masa tu.

Even kami dah tak belajar kat tempat yang sama pun, tapi A masih WhatsApp aku. Kami masih contact.

A selalu tanya macam mana perkembangan aku, dia selalu nasihat aku. Aku pun selalu share dengan dia kisah pahit manis aku, kami selalu tukar-tukar result exam and so on. He was a very good companion for me.

Long story short, dah 4 tahun dah kami berkawan. Kami memang tak berjumpa dan hanya berhubung melalui WhatsApp je.

Lepas STPM, A kerja sebab dia kata sebelum nak sambung belajar, dia nak kerja dulu untuk tampung pembelanjaan masa dia study nanti sebab tak nak susahkan keluarga katanya.

Aku pula dah dapat masuk U dan sambung degree. Masa aku bagitahu dia yang aku dapat masuk U, dia happy sangat masa tu. Mulalah dia nasihat aku itu ini. A cakap salah satu impian yang paling besarnya adalah untuk tengok aku berjaya dalam hidup.

Kami selalu message. Even setiap kali aku balik cuti dari U pun, aku akan message dia. Even mak aku pun kenal dia dan mereka pernah bersembang. Mak aku pun setuju aku kawan dengan dia.

Bila aku tengah study semester 2 degree, kisah sedih ni pun bermula.

Satu hari, aku adalah post status tentang salah satu program yang aku join kat universiti. Setiap kali aku post status, mesti A adalah orang yang terawal yang akan tengok. Tapi hari tu dia tak tengok. Aku pun rasa tak sedap hati dan WhatsApp dia.

Pagi Subuh tu, aku dapat berita. Adik A reply chat aku tu dan cakap yang A dah meninggal dunia.

Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu betapa hancur dan luluhnya jantung aku lepas dengar berita tu. Aku rasa macam dunia ni seakan berhenti berputar. Masa tu aku sorang-sorang kat U. Takde siapa kat sebelah untuk mengadu.

A yang selama ni menjadi sumber kekuatan aku, yang selama ni jadi motivator aku, yang selama ni selalu cakap yang “I will always be with you” kini dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya.

Dia meninggal sebab pendarahan otak. Dia meninggal sewaktu solat Jumaat. Allahhu, berkat sungguh pemergian dia.

Kini dah 2 bulan arwah pergi, tapi aku tetap tak boleh lupakan dia dan tak dapat terima pemergian dia. Aku still sayangkan dia.

Sekarang aku tengah cari kubur arwah. A dikebumikan di kampungnya. Aku nak sangat pergi melawat kubur dia. Korang doakan aku ya supaya dapat jumpa kuburnya.

Untuk arwah A, saya akan sentiasa doakan awak agar roh awak tenang kat sana. Walau awak dah takde, saya tetap akan berjuang untuk fulfill your dreams for me. Saya takkan berhenti menyayangi awak.

Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya kenali insan yang baik macam awak untuk 4 tahun. Awak takde penggantinya.

– Petunia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *