Kenapa Berubah Selepas Berumahtangga

Hi semua. Terima kasih admin siarkan cerita saya.

Cerita saya mengenai pemerhatian orang sekeliling saya mengenai solat. Bukan untuk membuka aib. Tapi lebih kepada mencari jawapan.

Saya berusia 25 tahun dan masih belum berkahwin.

Apa yang saya perhatikan, rakan-rakan rapat saya mula meninggalkan solat apabila mereka sudah berumah tangga. Macam mana saya tahu? Saya cerita 3 kisah untuk reference.

Kisah pertama, Ain bukan nama sebenar. Ain ni kalau dalam circle saya, pemakaian memang syariah compliant. Pakai handsock, pakai stokin, tudung labuh, melepasi dada. Pendek kata macam muslimah.

Sepanjang saya kenal Ain, beliau memang langsung tak pernah tinggal solat. Bahkan, dia la yang sentiasa mengingatkan kami apabila kami outing bersama. Tetapi, saya boleh nampak perubahan Ain lepas dia dah kahwin.

Baru-baru ni saya keluar pergi mall dengan Ain. Waktu maghrib dah nak habis, dan saya mengajak dia untuk solat. Dia cakap dia akan solat dirumah. Saya cakap dekat dia tak sempat. Dia cakap, kalau tak sempat, nanti qada kat rumah.

Terkejut saya dengan jawapan itu. Tapi memandangkan masa dah nak habis, saya terus ke surau dan solat Maghrib. Ain hanya tunggu saya di luar surau.

Cerita kedua, siti (bukan nama sebenar), siti tengah pregnant 3 bulan. Jadi bila tiba waktu solat, saya macam biasa lah ajak dia untuk solat.

Dia cakap, dia tak larat nak solat sebab pregnant. Padahal sebelum tu kami dah pusing berjalan satu mall. Situ juga seperti Ain. Sepanjang saya berkawan dengannya, memang tak pernah tinggal solat. Tapi bila dah kahwin, dia berubah.

Cerita ketiga, dengan kakak sulung saya sendiri. Haritu tu ada event family, bila tiba waktu solat, saya tengok dia hanya duduk menonton tv.

Saya tanya dah solat ke belum. Dia cakap nanti dia solat. Dia duduk depan tv sampai la habis waktu solat. Kakak saya juga sebelum kahwin, seorang yang menjaga solat.

Untuk pengetahuan semua, suami-suami mereka jenis yang menjaga solat. Walaupun keluar pergi mall, travel, memang tak tingal solat. Tapi kenapa isteri boleh dibiarkan untuk tinggal solat?

Saya betul-betul nak tahu kenapa situasi ini berlaku. Bukan untuk membuka aib. Tapi pengajaran untuk semua..

– Suhana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya pun perasan benda yang sama. Bila dah kahwin, ramai kawan-kawan perempuan saya culas bab solat. Tapi husband dorang pun jenis menjaga solat.

    Tertanya-tanya juga sebenarnya. Pernah satu hari saya double date dengan kawan saya. Saya dengan suami. Kawan saya dengan suami dia. Bila masuk waktu solat Maghrib, husband saya dan husband kawan saya pergi surau. Masa tu saya period. So saya cakap la dkt dia, saya period awak pergi la surau dulu. Saya jaga barang-barang. Dia cakap, takpe la. Saya solat kt rumah je. Rupanya lepas kahwin, dia solat kt rumah je. Itu pun on off. Dia yang mengaku.

  2. Kadang bila sesorang tu dapat nikmat daripada Allah dorang jadi terlupa nak sembah Allah.Macam orang sekliking kamu dorang ada suami yang baik Dan kehidupan yang okay tu jadi macamtu Pendapat saya, kadang-kadang selepas kahwin, perempuan (atau sesiapa sahaja) boleh berubah dan lalai solat sebab beberapa faktor. Antaranya, sibuk dengan tanggungjawab rumah tangga, kurang ilmu agama, leka dengan nikmat dunia seperti suami yang baik dan kehidupan yang selesa, atau tertekan dengan cabaran emosi dan mental. Saya rasa kisah ini mengingatkan kita semua supaya sentiasa bersyukur, jaga hubungan dengan Allah, dan perbaiki diri walaupun dalam kehidupan yang nampak bahagia

  3. Kalau nak bagi pendapat secara jujur, ada beberapa sebab kenapa sesetengah perempuan (atau lelaki juga) boleh berubah selepas kahwin dan mula lalai solat:

    1. Leka dengan kehidupan baru
    Lepas kahwin, hidup banyak tanggungjawab—urus rumah, suami, anak, duit—kadang-kadang orang jadi sibuk sangat sampai lupa diri. Solat jadi “tugasan tambahan” yang mereka fikir boleh ditunda.

    2. Kurang kesedaran atau ilmu agama
    Sebelum kahwin mungkin solat ikut rutin, tapi bila tekanan hidup dan kurang ilmu agama, mereka mula rasa solat tu tak penting sangat.

    3. Nikmat dunia buat alpa
    Seperti bila dapat suami yang baik, rumah selesa, anak sihat mereka rasa dah cukup “bahagia” dan terlupa untuk bersyukur pada Allah. Nikmat tu boleh jadi ujian kalau kita lalai.

    4. Tekanan mental atau emosi
    Kadang-kadang perkahwinan bukan semuanya indah, ada konflik, stres, penat. Bila penat mental atau emosi, solat mudah terabai sebab tenaga dan fokus ke arah lain.

    5. Kurang sokongan spiritual
    Kalau pasangan atau keluarga tak ingatkan atau praktik agama sama-sama, mudah juga untuk alpa. Kadang-kadang persekitaran tu mempengaruhi amalan seseorang.

    Kesimpulannya, perubahan ni bukan sebab “perempuan je”, tapi gabungan faktor diri, persekitaran, dan ujian hidup. Solat tu refleksi hubungan dengan Allah bila kita lalai, biasanya sebab hati kita dah jauh sikit dari-Nya.

  4. Kadang2 yg paling susah kita nak nasihat adalah keluarga sendiri. Mungkin ada tarbiah drpd suami masing2, tp tulah belum ada kekuatan atau kemudahan buat si isteri utk laksanakan. Semoga ibu2, akak2 & adik2 yg di luar sana boleh sama2 cari jalan yg mudah utk kita/diri sendiri tunaikan hak Allah. Yg susah, kita mudahkan, dan of course bila ada ilmu, yg susah boleh jadi senang. Masya allah tabarakallah.

    1. Bila nak keluar jenjalan ke mall, bila dekat dgn waktu solat, boleh ambil wuduk dulu di rumah, pastu makeup lah, masuk waktu solat time tengah jalan2, boleh solat terus.
    2. Boleh jer, siapkan cepat2 urusan di luar, pastu balik rumah solat. Tak payah berlama2 di luar.
    3. Kalau ada event family, selitkan solat berjemaah ramai2 kat ruang tamu, selamat tuan rumah, dan tetamu, takda yg tinggal solat.
    4. Perempuan kena always get ready utk diri dia sendiri time waktu solat. Kena belajar dan ambil tahu keselesaan masing2.

  5. Saya minta maaf, tapi ini adalah pendapat saya, (mngkin juga ianya tak betul atau pon x tepat..) ..pada pendapat saya, sesorang tu ‘mudah’ utk mninggalkan solat, bergantung kpd keadaan di sekeliling mereka, atau tidak ada org yg betul2 ‘push’ mereka utk solat.., klaw stakat ajak shj, mereka bole je bagi apa2 alasan yg mrk rasa ‘logik’, pdhal x boleh diterima akal langsung.. perkara ini pernah terjadi kpd saya beberapa tahun yg lalu.. ketika itu saya dan beberapa org dari satu pejabat diarahkan utk mnghadiri satu konvensyen di luar negara.. sbenarnya saya adalah seorang yg ‘menjaga solat’ tp itulah, bila dah diuji, berasa amat ‘lemah’.. perjalanan dari KLIA ke negara tersebut memakan masa yg lama, semasa dlm kpalterbang, saya x sempat utk membuang air, lagi pon saya rasa x selesa utk masuk ke toilet dlm masa ‘flight’ tersebut.. semasa kapaltrbang nk mendarat, waktu subuh dah masuk.. masa nk subuh tulah diorang nk bg ‘breakfast’, masa tu sangat singkat, dan kita dah kena bersedia utk mendarat.., so terpaksa ‘lepaskan’ waktu subuh dan berniat utk qadha solat subuh d hotel shj.. bgitu la seterusnya, waktu nk masuk ke hotel tu pon ada masalah ‘booking’ yg tersilap dsb., sedangkan ptg nanti ada pendaftaran para pserta, kelam kabut masuk bilik, belom sempat nk solat zohor, diorang dah panggil utk ‘lunch’, lps tu terus masuk utk daftar.. ingatkan nk solat ‘jamak’ pd waktu asar, tp drag dgn taklimat dsb.., tiba di hotel dah lps waktu maghrib dan diorang sruh turun utk ‘dinner’ terus.. mse isyak barulah dpt solat di bilik hotel, n qada’ solat waktu2 yg tertinggal.. n begitu lah jadinya pd hari2 yg seterusnya, sehingga habis konvensyen; ada je ‘halangan’nya bila tiba waktu solat.. n yg hairannya, xde sorang pon dari rakan sekerja yg pergi bersama tu yg at least ‘mngeluh’ krn terpaksa mninggalkan solat, sbb hal ‘dunia’.. begitu lah akibatnya klau kita ambil mudah hal ‘solat’ dan org d sekeliling kita pon ‘tak kisah’ tentang hal mninggalkan solat ni.. mngkin itu jugaklah yg berlaku kpd kwn2 n kakak awk tu, sbb xde yg nk ‘pressure’ mrk klaw x solat.. seperkara lg, kita mngkin x sedar yg ‘syait*n’ tu selalu shj sruh kita bg ‘alasan’ utk tinggalkan solat, terutama d tempat awam; rasa x selesa lah, nk buang air susah, xde telekung dsb.., pdhal bole jer buat or cari tempat yg sesuai utk solat.. tp sbb iman kita ni terlalu ‘rapuh’.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *