Dilema Suami

Aku Mad, hampir 40an. Dah berkahwin dalam 8 tahun. Ada 2 orang anak, 1 lelaki dan 1 perempuan. Mia isteriku baru menjangkau 30an, seorang surirumah yang manja dan penyayang.

Dilema yang aku rasakan, pertama sekali nak mintak maaf dekat para2 isteri yang terbaca coretan ini. Saya cuma mintak nasihat dan keteguhan hati. Para abang2 yang ada pengalaman pon boleh lah share dekat aku apa tindakan korang.

Aku sihat, takda sakit apa2 pon walau menjangkau usia separuh abad. Tak merokok dan jaga permakanan. Keluhan ni dah berlaku hampir 2 tahun. Aku dah berbincang dan berkomunikasi, tapi hasilnya Kosong.

Aku ni kadang2 rasa berdosa jadi suami. Mia request nak anak lagi sorang. Aku banyak kali argue dan reject request dia.

Aku bekerja sebagai seorang pegawai di sektor swasta dan hidup kami di kategorikan T20. Jadi bukan masalah kewangan, apatah lagi masalah batin.

Cuma, aku trauma nak hadap sikap Mia bila dia fasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Dia suka baby. Suka budak2. Tapi dia seorang wanita yang sangat rewel ketika fasa kehamilan.

Antara trauma yang aku tanggung. Dia menangis malam2 pukul 2 pagi di tangga rumah, gelap2 sebab dia tak boleh tidur badan sakit. Aku terkejut. Kalau ada sakit jantung dah mati. Bukan sekali dua. Tapi dalam 3 bulan mesti sekali ketika di fasa kehamilan.

Ada waktu aku meeting kerja, dia sampai call budak bawahan aku untuk paksa aku angkat call, kalau tak dia balik rumah mak dia. Bukan sekali dua, banyak kali. Alasan dia kerana mengidam.

Ya Allah, aku penat. Aku banyak outstation, dia selalu ikut, tapi bila hamil, dia tak nak ikut dan haramkan aku outstation.

Pernah dia datang tempat aku outstation dan marah2 kemudian bleeding. Nasib baik anak kami kuat dan selamat. Aku bukan tak memberi masa dekat dia. Aku cuma mintak, apa2 plan sila maklumkan awal. Aku bukan orang yang boleh mintak emergency leave setiap waktu.

Kalau nak kenang, terlalu banyak. Aku beli makanan yang dia craving, akhirnya dalam tong sampah.

Part dia morning sickness, aku cuba faham, belikan ais, belikan candy menthol, belikan air purifier yang fresh, haram kan dia masak, dan segala2 yang aku baca dekat fb, tapi dia memilih menyalahkan aku.

Pergi makan luar sorang2 muntah sorang2 suruh aku datang pickup sebab tak boleh drive. Allahu.

Bila fasa dalam pantang, dia selalu salahkan aku sebab selalu kerja je. Sedangkan, selama 2 bulan dia pantang, aku pun work from home, hire CL, urus anak mana sempat.

Malam2 memang aku je yang stay up. Tak pernah kacau dia pun. Anak 1st, perkara sama. Saya doa anak 2nd dia better..

Ya Allah bukan nak pertikai sebagai beban, tapi dia terlalu manja. Menggunakan air mata sebagai senjata, baju tak muat marah aku. Mual, marah aku. Perut masuk angin marah aku.

Aku faham, tapi aku perlu buat apa?

Maafkan aku sebab terlalu banyak mengeluh. Saya tak nak tambah anak lagi. Sekarang anak punya homework, and routine, mostly under aku, jadi aku taknak tambah another task yang perlu commitment walaupun cuma 1 tahun lebih. Saya takut this time jantung aku betul2 melompat.

So apa tindakan aku perlu buat untuk Stop kan hujah isteri aku?

Btw dia ni dulu student law, sangat bijak kalau debat. Berbuih mulut pun dia mesti boleh patahkan hujah aku. Tapi buat sementara ni, Iman aku kuat lagi.

Lately dia terlampau nak anak, sampai bukan2. Saya layan je, tapi aku memang tak lepas dalam. Ada nasihat lain tak? perlu ke jumpa kaunseling pernikahan?

– Mad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *