Isteri Aku

Isteri aku cantik dan baik. Masa aku kenal dia, dia kerja pakai T-shirt & jeans, kasut lusuh. Pergi kerja naik bas dekat company kecil. Bila tahu gaji dia lebih dari aku, aku terkejut. Tapi baik sangat budaknya dan humble. Sebab tu aku suka dia.

Kami tak berkenalan lama, terus kahwin tahun depan tu. Masa kahwin aku takde duit, so aku buat loan untuk bayar hantaran dia. Tak banyak mana, 10k je. Loan tu kami bayar sama2 lepas kahwin so tak terasa sangat. Tak sampai 10 tahun dah habis bayar.

Mula2 aku duduk rumah parents sebab takde duit deposit untuk rumah sewa. Aku bahagia sekejap je. Lepas 2-3 bulan dah nampak perangai dia. Suka complain. Ada je benda tak kena hari2.

Masa ni dia dah mengandung, lagi teruk perangai. Padahal dia pergi kerja, aku hantar & ambil hari2. Dia tak perlu naik bas dah. Aku menempuh jem ambil dia kat office.

Kadang2 bila dia kena berjalan jauh cari teksi, dia salahkan aku. Padahal dia yang taknak ambil lesen kereta. Takde duit katanya. Padahal masa tu dia bayar bil & makanan kat rumah tu tak sampai 1000. Bukannya kena bayar sewa rumah. Aku tak tau mana duit dia pergi.

Satu hari aku dapat bonus, aku guna untuk bayar deposit rumah sewa. Berpindah la kami. Happy betul dia. Masa ni dah ada anak dan dia dah start drive sebab kena hantar dan ambil anak kat rumah pengasuh. Masa ni dia buat hal lagi. Dia terjebak online business.

Aku marah sebab dia busy. Malam siapkan order. Hujung minggu masuk event untuk jual barang2 dia. Dengan aku terlibat sama tapi aku sayang. Dia cakap nak tambah pendapatan sebab gaji tak cukup untuk cover bayaran rumah dan belanja.

Aku cukup tak faham. Bukannya dia bayar semua. Kami bahagi dua. Aku dah kira semua belanja, cukup untuk kami bayar dan lepas tu ada lebih untuk belanja masing2. Bila dapat untung business, bukannya dia belanja aku. Dia guna untuk rolling.

Benda ni berterusan sampai dia cakap nak berhenti kerja. Kononnya nak fokus anak2. Padahal anak2 still hantar pengasuh. Alasan dia, sebenarnya dia cuma nak kerja kat rumah.

Masa tu aku buat kira2. Susah nak survive kalau dia berhenti so aku tak benarkan. Tapi dia ingkar dan berhenti juga. Aku penat. Aku penat tolong dia kembangkan business dia. Dulu dia career woman. Salah satu sebab aku sukakan dia. Tiba2 berubah.

Sekarang gaji aku makin besar, dia pun dah ada company. Tapi in the end, profit dia buat cukup2 untuk bayar komitmen kami sekarang (bahagian dia). Banyak masa aku yang kena top-up. Aku kena sentiasa pastikan aku ada duit extra sebab dia akan sentiasa nak pinjam. Bulan depan bayar.

Aku meluah ni sebab aku penat. Aku sayang dia. Tapi dia tak ikut cakap aku. Dia buat pilihan sendiri yang membuatkan kami penat. Kalau dulu dia stay je dengan kerja dia, aku rasa kami tak penat macam ni. Mungkin duit tak sebanyak sekarang tapi takde la stress macam sekarang.

Aku penat kerja, balik tu kadang dia masak kadang tak. Aku tak kisah. Anak2 dia uruskan pergi balik sekolah, tapi lepas aku sampai rumah tu, lepas masak untuk anak, dia tinggal terus budak2 kat aku. Dia rehat. Bilanya aku nak rehat?

Aku kemas rumah dan dapur kalau sempat, mostly dia buat. Tapi kalau dia malas, dia tinggal je kat aku, aku settlekan tanpa complain. Aku faham dia pun nak rehat.

Dia masih kerja kat rumah walaupun dah ada sewa studio kecil untuk staff2 kerja. Tapi baju tak berlipat, lantai tak bermop. Rumah kemas tapi tak bersih.

Kadang2 bila bergaduh, dia tanya apa dosa dia.

Aku cuma suruh dia dengar cakap aku. Ikut arahan aku. Tapi dia cakap nasihat dan arahan aku tak menyelesaikan masalah dia. Terutamanya pasal business dia dan cara dia uruskan rumahtangga.

Aku dah banyak berkorban daripada awal sampai sekarang. Tapi dia cakap dia penat kerja. Penat bayar nafkah yang patut aku tanggung. Bukannya dia bayar sorang. Apa yang dia bayar, aku bayar jugak. Penat uruskan anak. Habis tu aku tak penat?

Aku tengah serabut. cuma nak dia dengar cakap aku.

– Khamis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Emm aku baca 50:50 pun dah meluat. Tambah lagi hantaran 10k pun kau tak boleh nak saving.. buat loan. (benda ni first assessment nak tgok effort org lelaki) Pulak tu tong2 dgn bini bayar. Aku nak kutuk lagi.. tapi biar la nurtizen lain yg buat.

    • Lepastu suka isteri tu sebab…duit gaji dia lagi banyak dari tt..ahahaha..tergelak aku baca..aku rasa dia ni ada problematic from the start

  2. Dua – dua ade kesalahan , cara terbaik berbincang masa rational. Cari waktu dating berdua untuk luahkan masalah ko dan isteri. Setakat cerita ko ni la, pada aku ko tak patut minta isteri bayar half-half. Isteri tu mungkin sebenarnya boleh hidup sederhana je tp sebab komitmen yg sepatutnya ko setel dia pon kena ambil tanggungjawab juga.hence, rumah pon kucar kacir. Aku rasa ko kena yakinkan kat dia perbelanjaan yg dia kena commit ko setelkan syaratnya dia kena uruskan rumah as in mengemas etc. Tp aku pelik juga la kalau dah isteri ko ade sykt sendiri awat tak guna duit utk hire cleaning lady dan tukang sediakan bahan masak?

    • Bisnes kan ada turun naik ..tt cakap sendiri yang profit bisnes tu boleh bayar takat yang mana drpd dulu bini dia patut bayar je .kadang pinjam duit dia dulu next month bayar .

  3. Entah la brother,aku rasa macam baca luahan orang perempuan,okay je bini Kau nak berhenti kerja..atleast business kat rumah ..ko ingat senang ke nak dapat perempuan yang 50/50 nak cantik lagi balik pulak tu puijh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *