When the Heart is Unsure: Istikharah

Hi semua. Dah lama aku tak menulis panjang. Sibuk dengan ‘adulting is hard’.

Seperti tajuk, aku tergerak hati nak menulis pasal istikharah.

Kenapa tiba-tiba istikharah? Istikharah ni sinonim dengan solat yang selalu orang buat bila mencari jodoh atau untuk buat pilihan-pilihan penting dalam kehidupan.

Sejujurnya, aku sendiri dah lama tak buat solat istikharah. Buat bila ada kena decide sesuatu yang aku buntu.

Apa yang buat aku teringat untuk buat istikharah semula? Jodoh. Sebab aku sedang dalam fasa mencari jawapan.

Tapi, dalam tempoh aku mencari jawapan jodoh tu, buat aku terfikir pasal kehidupan aku sekarang. Aku ternampak satu video pasal istikharah dekat tiktok.

This girl cerita yang dia ada istikharah untuk cari rumah sewa. And after that, dia dapat rumah yang terbaik dan sangat memudahkan urusan dia.

Selama ni aku tahu yang istikharah ni tentang satu doa yang kita mohon jika ia baik bagi kita, dekatkan, jika tak baik untuk kita, jauhkan.

But if we go deeper, the meaning of Istikharah goes far beyond what we see on the surface. It is not just a prayer for clarity, it is a surrender of control. Untuk kita serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Asalnya aku istikharah untuk mencari jawapan pasal jodoh. Tapi jawapan yang lain pula aku dapat. Hehe

Sedikit ringkasan tentang aku. Aku seorang perempuan berusia 30 tahun, yang sedang menjalani kehidupan di tengah ibu kota. Rahsia Tuhan bawa aku ke sini.

Pada awalnya, aku ni typical graduan yang susah dapat kerja selepas bergraduasi. Tambahan, aku lulusan ijazah sarjana, master.

Sebabkan aku ni wanita tak berwawasan, cuma fikir nak cari duit je, aku sambar je peluang kerja yang ada. Apa yang aku ada sekarang, inilah takdir aku.

Cara aku dapat kerja ni sangat smooth. Aku applied through website a few days before, got a call, buat assessment, set a date for interview semua dalam satu hari.

Hari yang sama aku tengah menuju ke ibu kota, dalam keadaan tak ada apa-apa perancangan pun. Ye semua tu dalam bas. Imagine kau buat assessment dalam bas atas highway tu. Haha

Then, go through the interview process, after a few days, alhamdulillah I got the job. Tanpa tahu gaji berapa. Literally aku tahu gaji aku bila aku dapat offer letter.

And the amount is not bad, alhamdulillah more than enough for me. Tanpa tahu juga tempat kerja tu macam mana, office dekat mana, tak ada orang yang aku kenal langsung.

Fast forward, it’s been a year. Dah setahun dah aku di tempat kerja yang sama. So apa yang aku boleh relate dengan istikharah ni?

Masa sambung master dulu, my supervisor selalu nasihat aku untuk buat istikharah. Masa tu aku kena pilih which supervisor yang aku nak follow, because i have two.

Dia selalu nasihat aku untuk buat istikharah. Dan sejak tu aku selalu amalkan istikharah tu in every single things in my life. Sebagusnya kena buat hari-hari.

Tapi aku tak consistent. Bila aku terdesak je aku cari Tuhan melalui istikharah. Ini tak baik ye. Jangan ikut. Elok lazimi selalu.

Jadi, mungkin kerja aku sekarang is a blessed for me sebab istikharah yang aku buat setahun yang lepas. Before aku decide untuk datang sini, untuk accept the job, i did istikharah.

Kita ni manusia je. Yang lebih mengetahui tu Allah. Yang lebih berkuasa tu Allah. Jadi, nak decide apa-apa pun kena cari Allah dulu.

Officemate yang masuk sekali aku mostly dah resign atau tak dapat sambung contract. Aku seorang je yang masih dekat sini.

Boss aku once pernah cakap, dia sangat grateful aku ada. Aku ni rezeki untuk dia, sebab before aku datang tu she was at her lowest. Aku masuk je kerja situ, finally she can breath.

And the whole process sepanjang aku kerja, semua smooth. Buat aku rasa dihargai dan rasa kerja aku sekarang is a blessed for me.

Nak cakapnya, this is the power of istikharah. I have been thinking about my job and my life sekarang ni a lot. Macam mana boleh selancar ini urusannya? Then the istikharah said hello to me. Allah is showing his power.

“…Oh Allah, if You know that this matter is good for me in my religion, my livelihood, my worldly affairs, and in the hereafter then decree it for me, make it easy for me, and bless it for me.

And if You know that this matter is bad for me in my religion, my livelihood, my worldly affairs, and in the hereafter then turn it away from me and turn me away from it, and decree for me the good wherever it may be and make me content with it.”

Istikharah ni bukan sesuatu yang kita akan dapat petanda melalui mimpi (mungkin boleh jadi lah for certain thing). Tapi apa yang kita rasa selepas itu, apa yang berlaku, itulah kesan istikharah.

Sebelum istikharah, kita unsure, kita tak pasti, kita buntu. Selepas istikharah perasaan kita macam mana, takdir kita macam mana, apa yang berlaku, bagaimana kita melalui kehidupan. Itulah jawapannya.

Kadang kita tak nampak. Tapi one day, pasti kita akan sedar benda tu like “OHHHH. NOW I SEE IT. FAHAMMM.”.

Istikharah lah selalu. Walaupun sekecil-kecil benda, istikharah. Baca doa istikharah.

Hari-hari kita kena buat pilihan. Nak masak apa, nak makan mana, nak pakai baju apa, bila kawan ajak jumpa nak kena ikut ke. Semuanya kita perlu pilih dan kita perlukan keberkatan dalam setiap yang kita buat kan.

Berbalik kepada tujuan asal aku istikharah sebab jodoh. Sebenarnya istikharah works for my previous drama jodoh. Lumrah hati kita ni sukakan seseorang. Tapi kita tak pasti worth it tak perasaan kita ni. Aku cerita roughly je ya.

I had first crush when I was 19. Masa ni budak lagi kan, tapi ya aku dah istikharah pasal jodoh. Aku confess and aku dapat jawapan dalam tahun yang sama. Solid and clear walaupun bukan melalui tuan badan.

Second time, when I was 23 years old. Pun sama aku dapat jawapan sekejap je. Dia lalu depan aku dengan gadis di sebelah. Both ni tak ada aku nak tangkap perasaan lama-lama.

Selepas tahu jawapan, aku tak sedih. My reaction was nothing. Ini jawapan istikharah kan. “…Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya.”. Redhailah aku dengannya. Redha.

3 years ago, i did istikharah for a person. Dan tahun ni aku istikharah lagi untuk orang yang sama. Unfortunately, for this person agak mencabar. Maybe Allah said, not now. Suatu masa nanti pasti terungkai.

Hidup ni macam tu ya. Kita tak boleh dapat semua. Mesti ada yang kurang. For my case, life is perfectly fine except for love. But Allah knows better.

Tolonglah lazimi istikharah. Kadang dalam hidup ni mesti kita akan rasa lost, unsure about something, questioning pilihan kita untuk berada di tempat yang sekarang, kerja yang perlukan kita untuk decide sesuatu, everything, semuanya kita perlukan keyakinan untuk pilih.

Kita serabut dengan urusan dunia hari-hari. Sedangkan Allah ada jawapannya. Why not turn to Allah and pray?

Feel free to share your istikharah experience too. Nak baca!

– notqwert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *