Hi, salam kepada para pembaca. Di sini aku ingin meluahkan yang terbuku di hati sepanjang semester ini. Aku sedang menuntut di satu institusi IPT, IPT mana dirahsiakan tapi di negeri Selangor.
Cerita dia macam ni, aku straight to the point la ye. Dahulu classmate aku ada 37 orang, lepas tu seorang berhenti jadi 36 kan. Kawan aku yang berhenti tu pun baru di semester yang baharu ini.
Lepas tu, ada sorang mamat ni, dia dari kelas sebelah la, course aku ada 3 kelas. Dia ni dikirakan kelas sebelah la.
Dia ada masalah dengan kelas dia la katakan disebabkan couple dengan classmates tapi tak professional la, jadi isu la dalam kelas dorang. Sedangkan kelas aku santai, dan dalam banyak-banyak kelas, kelas aku la yang ada sifat friendship haaa.
Bila mamat tu bergaduh dengan classmates dia, dia mintak tukar dengan pihak pengurusan untuk tukar kelas.
Tapi dalam banyak-banyak kelas kenapa dia pilih kelas aku?? Dalam kelas aku tu dah la ramai yang tak suka dengan dia termasuk aku la kan. Jadiii, permohonan dia tu diluluskan so dia automatically masuk kelas aku.
Dia chat la aku bagitahu dia masuk kelas kitaorang. So dia suruh aku add dia dalam group kelas, lepas tu aku add la dia dalam group kitaorang tu.
So tetiba ex ketua kelas aku chat aku, dan bertanya kenapa add si mamat tu. Aku cakaplah yang dia suruh add, lepas tu ex ketua kelas aku tu macam dingin dengan aku.
Salah aku ke? Salah aku ke sebab aku add mamat tu?? Lagipun PA kelas aku dah bagitahu yang si mamat ni dah official masuk kelas kitaorang. So aku add la sebab nanti kesian takut ketinggalan apa-apa information pasal kelas mana apa. So aku add.
Tapi dalam masa yang sama ex ketua kelas aku tetiba dingin, dulu dia kerap tegur aku apa, tetiba dia dingin dengan aku? Salah aku ke??? Aku masih tertanya-tanya kenapa perlu dingin?
Dan dalam separuh kelas aku tu, ada sesetengah yang macam menuding jari marah dekat aku sebab aku add. Aku macam pelik la, kenapa perlu marah aku? Kenapa tak tanya PA kelas aku???
Aku sekarang dalam kelas banyak diam. Sekarang kalau dalam kelas si ex ketua kelas aku tak bercakap pun dengan aku, macam tetiba dingin sejak aku add mamat tu.
Aku tak tahu di mana salah aku. Dingin dengan aku, tiba-tiba aku yang terkena tempias. Orang suruh add, aku add la. Takkan nak buat orang tertunggu-tunggu.
Korang, saya patut ke aku chat ex ketua kelas aku tu tanya kenapa perlu dingin? Aku tak nak la ada masalah dengan classmates aku.
Dari semester pertama lagi kitaorang baik-baik dalam kelas, tetiba di semester 2 jadi macam ni pulak. Kalau boleh tak nak la jadi macam ni.
Aku macam salahkan diri aku la sebab terlalu baik dengan orang kot. Salah ke kalau aku baik dengan orang?? Hurmm aku keliru sangat.
Aku tak tahu nak luah kat mana, aku luah dekat sini jelah sebab di sini rasa paling okey aku meluahkan. Kalau aku luahkan dekat orang, belum tentu orang dengar dan terima.
Sampai sini jela aku cerita dan luahkan benda yang terbuku di hati ni. Korang bagi la pendapat apa yang patut aku buat untuk hadap macam ni pulak. Terima kasih kerana membaca.
– Ila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau saya jadi TT pun saya akan add mamat tu supaya dia dapat catch up dengan apa2 maklumat berkaitan course nanti. Dan yang dorang yang nak marah2 tu, apsal dorang tu tak tanya PA kelas kan? Patutnya tanya dan marah lah PA sekali. Kalau TT nak terangkan pun, terangkan je macam “OK saya add (nama mamat) supaya dia tidak ketinggalan dengan apa2 maklumat berkaitan course kita..Nanti kalau dia sorang je tak dapat maklumat, kang lecturer tanya kita pulak kan.”
Group kelas group kelas lah. Kalau ada yang tak puas hati, biar dorang create group baru. Selalunya macam tu lah even dalam environment bekerja pun. Mula2 ada satu group ‘rasmi’ yang ada semua orang termasuk lah bos+manager untuk urusan kerja. Nak borak boleh tapi santai2 je masing2 kena ‘control’ sikit supaya tak melebihi batas. Lepas tu adalah yang create group baru dengan geng masing2 je lebih kepada nak gosip/ngumpat rakan sekerja lain dan bos+manager.
Ntah lah, kalau saya, akan biar dan act cam biasa je. Dorang nak palau ke apa biarlah. Anggap ini fasa TT belajar mengenal perangai orang. Kita act profesional, senyum tetap senyum bila berjumpa atau kena teamwork.
Btw, kenapa ex ketua kelas tu jadi ‘ex’? Maksudnya dia bukan ketua kelas lagi? Maknanya ada ketua kelas baru? Yang baru tu OK tak? Sebagai ketua kelas kena act profesional. Kalau tak suka seseorang tu pun tapi bila melibatkan urusan penyampaian maklumat, kena sampaikan lah kat semua orang. Tu semuanya amanah sebagai ketua kelas. Kalau nak main geng ke gosip ke pi create group baru lain. Tapi jangan pulak ‘perdajal’kan tak update maklumat kat group rasmi pulak.