Cerita Yang Tersisa

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca luahan daripada saya.

“Happy Mother’s Day.” Dulu masa kecil, ada effort. Dekat sekolah ada jual bunga-bunga, kad-kad. Kita pun beli pakai duit yang ada. Balik cuba buat surprise.

Dan paling kelakarnya kita setup meja makan siap fresh orange bagai dan biskut-biskut. Tapi tulah, tak ada pun nak appreciate. Dan setiap tahun, sama juga. Termasuk birthday ibu.

Tapi ada satu tahun tu, peperiksaan punya result rendah, ada C. Masa tu ibu pukul dan ibu lepaskan rabbit yang ada (katanya tak fokus belajar sebab main rabbit).

Ohhh tak lupa, ibu siap hantukkan kepala dekat dinding. Ya Allah. Pahitnya kehidupan aku zaman kecil. Tapi alhamdulillah, aku ada kawan yang sentiasa ada di setiap kesedihan aku sampai lupa ada masalah.

Dan masa tulah main dalam parit, panjat pokok. Hahahahahaha! Ini kalau abah tahu aku panjat pokok, matilah aku! Main tanah, main pondok-pondok, polis entry. Seronok sangat waktu kecil.

Masa aku kecil, selalu wondering apa aku akan jadi bila dah besar? Tak sabar nak besar. Tapi bila dah besar, rasa menyesal. Cuma tulah, takkan Allah bagi kita hidup untuk rasa masa kecil je kan?

Sebenarnya banyak lagi kisah pahit yang aku alami waktu kecil. Cumanya aku rasa itu sangatlah pahit untuk aku telan, jadi aku cuba untuk tidak ingat semua tu.

Bila dah meningkat remaja, ibu ajak pergi shopping mall pada 1st day puasa. Kita ni almaklumlah mana ada tenaga. Belum biasa dengan keadaan berpuasa. Yelah, hari sebelum tu kemain minum makan. Esoknya puasa pula (kena pula memang tak sahur pagi tu).

Ibu marah dan campakkan frame dan barang-barang yang ada atas meja solek. Masa tu tak ada rasa sakit sangat, tapi esoknya tu ya Allah. Kenapa sakit sangat nak buka mata. Kemudian mandi, pergi kerja, bersiap tanpa cermin. Yelah, semua barang pecah belaka.

Kawan aku siap cakap, “Tengoklah mata kau.” Aku pun tengok muka aku dekat cermin, memang lebam. Biru. Dan kalau masa tu aku pergi ke klinik, rasanya ibu dah didakwa kes penderaan.

Banyak kali juga aku kena pukul. Nak bunuh aku pun pernah (nak tikam dengan gunting). Selalu kata aku anak derhaka. Tapi aku tahu, Allah tahu seperti apa anak derhaka ni.

Ramai kawan-kawan akan cakap, “Sportingnya mak kau.” Tapi orang tak tahu, banyak dan terlalu banyak kenangan pahit aku terpaksa hadap.

Btw, aku lupa nak cakap. Aku ni hanya angkat sahaja di dalam keluarga ni. Masa aku darjah 2, ibu marah dekat aku dan kata aku ni “anak haram”. Aku takkan pernah lupa.

Aku teringin untuk hidup bahagia macam orang lain. Tapi aku sedar, Allah uji sebab Allah tahu hambanya mampu untuk lalui semua ni.

Sehingga kini ibu masih mengongkong aku untuk keluar dengan kawan-kawan. Bukan dia tak kenal aku berkawan dengan siapa, dan di mana, dan ke mana sahaja aku boleh pergi.

Aku tidak ramai kawan dan circle juga di kalangan kawan-kawan ibu. Tiada kawan yang sebaya disebabkan hanya bergaul dengan kawan-kawan ibu.

Selepas aku habis intern di sebuah syarikat, aku masih belum dapat kerja. Jadi kenalah tolong ibu di kedai makan ibu. Aku buat kerja di rumah, bantu ibu di dapur A-Z kemudian bawak semua yang dah dimasak dalam kereta untuk ke kedai makan.

Jadi sesampainya di sana kena kemas kedai untuk operasi. Layan customer, menggoreng semua aku. Sehingga tutup kedai.

Lepas tutup kedai akan beli barang untuk niaga esok. Dan bawak barang beli dan pinggan mangkuk kotor ke dapur. Setiap hari rutinnya sama.

Kadang-kadang aku penat untuk buat kuih (jika buat ada income, kalau tak, tak ada duit). Sebab ibu tak bagi aku gaji pun. Tak tahu lah patut minta atau apa, sebab sebagai anak, takkan meminta-minta. Tapi tak minta, tak ada duit. Emmmmm.

Sekarang aku sangat happy, walaupun sekarang aku sudah berkahwin dan tinggal bersama ibu. Tapi setidaknya di tempat kerja, aku mendapat kawan yang boleh gembirakan aku. Bila laki aku outstation, ibu akan tidur dengan aku. Aku perlukan privacy aku sendiri.

Terkadang aku rasa kecewa dengan hidup ni. Rasa sedih kenapa aku. Ibu sikit-sikit marah aku. Sangat sedih. Ibu seolah-olah nak tunjuk pada semua orang dia pandai mendidik anak. Terkadang marah aku depan semua kawan-kawan dia, tengking aku.

Sekian dari aku pengalaman pahit. Macam aku cakap, ini adalah sebahagian. Lagi sebahagian tu anggap sahaja sudah pupus dalam ingatan.

Tamat…

– Nj (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *