Reply, (https://iiumc.com/kenapa-berubah-selepas-berumahtangga/).
Hi semua. Thank you admin kerana menyiarkan kisah saya.
Saya rasa tertarik untuk memberikan pandangan saya dengan pertanyaan yang ditanya oleh penulis untuk hal ini mengenai kenapa mudah tinggal solat selepas berumah tangga.
Jujurnya, saya salah seorang daripada kisah yang penulis ceritakan.
Sebelum berkahwin, saya memang menjaga solat saya. Sentiasa membawa telekung kalau keluar berjalan, bercuti dan sebagainya. Tetapi hal ini berubah selepas saya berkahwin.
Suami saya juga seorang yang menjaga solat walau dimana dia berada. Tetapi kenapa saya yang berubah? Bukan untuk membuka aib. Tapi lebih untuk perkongsian pengalaman supaya menjadi pengajaran.
Permulaan saya mula tinggal solat ada semasa berbulan madu. Tak perlu saya ceritakan dengan details, tetapi setiap apa yang berlaku perlu diakhiri dengan mandi wajib.
Tetapi apabila kerap berlaku, saya rasa leceh untuk mandi wajib. Jadi saya decided untuk mandi wajib bila saya dah pulang kerumah sahaja.
Suami saya? Setiap kali lepas bersama, dia akan terus mandi. Tapi saya lebih memilih untuk bersihkan apa ya g patut dan tidur.
Rentetan daripada itu, setiap kali kami bersama, saya akan delay kan mandi wajib. Dan of course, kalau tak suci, macam mana nak beribadat kan?
Ada kawan saya pernah bertanya, kenapa dah lama tak nampak dekat surau, saya cakap, mungkin waktu kita ke surau tidak sama. Tapi hakikatnya memang saya tak ke surau pun.
Kalau keluar ke mall, jawapan saya sama seperti rakan penulis, saya akan cakap qada dirumah.
Tetapi, bila dah terbiasa buat begitu, lama-lama bila keluar, saya dah tak solat walaupun saya suci dan boleh beribadat.
Perkara ini berterusan sampai la anak dara saya dah meningkat dewasa. Saya lihat dia pun tidak menunaikan solat bila keluar. Mengikut jejak langkah saya barangkali. Jadi saya decided untuk berubah.
Kini, tiap kali saya keluar dengan anak saya akan pasti kan saya tidak akan meninggalkan solat dan mengajaknya sekali. Tapi mungkin belum masa untuk dia berubah.
Tiap kali saya solat, dia hanya duduk diluar surau. Saya sentiasa berdoa, dia terbuka hati untuk berubah.
Suami saya pernah menegur apabila saya tinggal solat. Dan menasihati saya untuk jangan biasakan diri. Nanti dah terbiasa susah. Rupanya memang betul. Once terbiasa, memang akan terbiasa.
Saya menyesali dengan apa yang berlaku. Dan kini alhamdulillah saya cukupkan solat 5 waktu saya. Saya berharap, anak saya pun akan berubah suatu hari nanti
Itulah kisah peribadi saya yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.
– Watiey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit