Memujuk Isteri

Assalamualaikum readers IIUM Confessions. Terpanggil nak meluah atau meminta pendapat secara tepatnya.

Aku Sham berusia awal 40an. Ayah kepada 3 anak. Dah 11 tahun aku berkahwin.

Aku nak memujuk isteri yang dah makin menjauh dari aku. Dia isteri yang baik tapi mungkin dah letih dengan aku. Kebanyakan hal rumah, isteri aku yang uruskan sebab isteri aku surirumah sepenuh masa.

Segala soal kewangan dalam rumah pun isteri aku yang selesaikan semua. Dia sempurna buat aku. Dia uruskan kami anak beranak tanpa pernah kata letih.

Sempurnanya isteri aku ni untuk aku, setiap pagi dia bangun awal pagi sediakan sarapan untuk kami, buatkan bekal. Seminggu sekali mesti ada menu special yang dia sendiri masak.

Anak-anak lebih suka jika ibunya masak. Lagi sedap dari kedai. Setiap kali aku balik kerja, dia hulurkan air dan dah bersiap wangi untuk aku. Rumah tiptop bersih. Aku masuk rumah, hati tenang.

Tapi kebelakangan ni aku perasan dia dah mula lain. Dia masih uruskan semuanya sama. Tapi dia dah kurang bercakap. Dah tak selalu aku nampak senyum comel dia. Muka dia selalu nampak penat.

Aku tanya dia aku ada buat salah dengan dia. Dia menangis. Dia kata dia penat uruskan semuanya sendiri.

Sedangkan aku, aku kerja isnin-sabtu. Kadang-kadang aku balik lewat, pergi melepak dulu. Ahad pula samada aku tidur ataupun aku keluar jumpa kawan.

Tersentak aku tapi entah kenapa aku cuba defend diri aku. Aku tak cuba minta maaf.

Aku bagitahu dia aku melepak sebab aku stress kerja. Kerja aku berat. Banyak benda aku nak fikirkan. Aku tak melepak hari-hari. Mungkin 2-3 kali sehari.

Selepas sesi luahan dia, isteri aku makin diam. Dia masih uruskan rumah macam biasa. Masih layan aku tiptop macam selalu. Tapi senyum dia dah takda. Senyum dia dah hilang.

Baru-baru ni isteri aku tiba-tiba kata nak berpisah. Tapi dia nak berpisah secara baik dengan aku. Dia kata dia dah tawar hati dengan aku. Selama 11 tahun kami berkahwin, dia kata aku tak nampak pengorbanan dia.

Dia sunyi. Bila anak dah tidur, dia tunggu aku dekat meja makan sampai aku balik. Bila dia nak bersembang dengan aku, aku dengar tapi aku rasa kata-kata dia umpama leteran, jadi aku dengar dia bercerita sambil main hp.

Bila dia ajak aku pergi beli barang dapur, aku suruh dia pergi sendiri sebab aku cuma ada masa sehari untuk berehat.

Selama ni dia tak pernah cakap apa pun. Aku ingatkan dia okay.

Aku tak mampu. Aku tak mampu hilang isteri aku. Aku dah terlalu biasa ada dia.

Aku mohon pendapat untuk pujuk isteri aku. Macam mana aku nak menang hati dia kembali.

Aku tak tahu nak mula macam mana. Aku bukan jenis bersembang. Aku tak tahu nak mulakan perbualan dengan isteri aku.

Aku tak reti tiba-tiba nak bermanja dengan dia kalau bukan dia yang mulakan.

Tolong aku. Tolong aku dapatkan cinta isteri aku balik..

– Sham (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. 1. Apa2 hal, balik pada Allah dulu. Hati manusia ni Allah yg pegang. Mintak dengan Allah. Lazimi qiamullail. Baiki hubungan dengan Allah dulu sebelum nak baiki hubungan dengan isteri.

    2. Baca buku, dengar audiobook, baca artikel, tanya cgpt macam mana nak memahami psychology wanita. Kaji sebanyak banyaknya sampai betul2 nampak apa sebenarnya yang wife mahukan.

    3. Apply knowledge tu.

    Dah 11 tahun hidup. Patutnya dah boleh baca body language wife. Dia bukan bibik. Dia bukan babysitter. Dia bukan sekadar tempat u bercucuk tanam. Dia bukan doll. She is a living person yang ada hati, aspirations, goals n desire.

    Ramai suami lupa yang kejayaan mereka dalam karier, dalam hidup, adalah berkat adanya seorang isteri yang menguruskan kehidupan di rumah dan anak2 hingga suami tak perlu risau langsung pasal tu.

    Sayangnya, u are one of those ungrateful husband. Isteri dah tak tahan baru terkial2 nak hargai. Kalau betul sanggup berubah, all the best. Selamatkanlah rumahtangga dari menjadi statistik perceraian dan selanatkan anak2 dari trauma perpisahan.

  2. As a perempuan, ni yang kami mahukan:
    1. Bila isteri bangun awal, suami pun bangun sekali, sama ada tolong memasak atau pun boleh terus bertahajud. Baru lah nampak macam ketua keluarga
    2. Macam mana nak mula? Boleh mulakan dengan perkataan maaf yang ikhlas dan sejambak bunga dan bawak isteri pergi makan romantik berdua, anak2 upah pengasuh jagakan sekejap. Then borak berdua dengan eye contact. Jangan tengok phone.
    3. Masa cuti tolonglah jangan keluar dengan kawan. Engko ingat engko single lagi? Kesian isteri tu, engko sorang je kawan dia tahu tak? Apa salahnya ajak isteri pergi ke pasar sama sama. Lepas pergi pasar, tolong isteri memasak kat dapur atau kemas rumah
    4. Dengar luahan dan borak dengan isteri tu. Jangan tengok phone. Tolong ingat, ini bukan soal siapa yang terpaling penat. Tapi saling memahami. In this case, si isteri sangat memahami kerja suami yang penat jadi dia uruskan segala galanya seperti single married mom. Tapi suami tak faham yang isteri dah burn out dan tawar hati.
    5. Jadikan isteri tu bestfriend engko jugak. Hari minggu bawak dia keluar jalan2. Lepas kerja pun engko bawak dia pergi lepak sekali. Kalau rasa susah sebab ada anak, lepak dekat rumah ajelahh
    6. Tolonglah belajar bermanja dengan isteri, bergurau senda dengan isteri. Contoh manja? Bila isteri masak, peluk lah dari belakang and ucapkan terima kasih sayang masak sedap2 utk saya dan anak anak. Nii kalau isteri dengar terus hilang penat lelahh. In Shaa Allah berseri semula rumah tangga nanti.
    Saya doakan yang terbaik untuk abang sekeluarga

    • byk sgt tgk novel la ko ni. xdenya laki nk suweet2 lepas da dapat. lantak ko disitu

  3. Tolong lah bang & lelaki2 diluar sana. jangan fikir penat sendiri & nak rehat. isteri bekerja / SAHM itu bukan robot. Nak rehat? Nampak isteri tidur, pergilah tidur sekali. Nanti isteri bangun, hangpa bangun lah sekali. Orang kata kalau tak menolong tu buat2 lah tolong yang patut. Nampak isteri masak & kemas rumah, hangpa layanlah anak main @ bawak depa pi keluar sat. Dengar mesin basuh dah berbunyi, lekas2 lah pi sidai. Toksah tgu isteri pesan atau biar sampai kepam. Dah siap makan, hangpa lekas2 lah pi angkat pinggan kotoq basuh. Nampak kuali & dapur bersepah, pi lah tolong kemas. HP tu hang buang jauh2 kalau duduk dengan anak isteri. Ada masa lapang, hang bawak lah isteri & anak2 ronda2 naik motor @ kereta. Ambil angin. Tak perlu pergi mall pun. Bawak anak pi taman sambil makan aiskrim Solero RM2.50 pun isteri hangpa gembira dah.
    Kalau abang dah buat semua tu, nescaya isteri abg lah antara isteri2 yang gembira kat dunia ni. Tak susah jaga hati bini, tak semua perempuan inginkan emas permata. Mereka paham je kesusahan suami. Janji hangpa paham pengorbanan depa.

  4. Perempuan ni fitrahnya memang nak bermanja dan dimanjai. Tapi ada je perempuan yang tak kisah pun (bukan jenis manja) tapi minoriti lah. TT dapat isteri yang manja, so kena lah layan selalu. Macam pokok lah, ada yang jenis kena sentiasa dijaga dan disiram. Ada jenis pokok yang boleh dibiarkan je tak perlu disiram selalu.

    Kalau dah kahwin buat cara dah kahwin. Kalau alasan keluar dengan kawan sebab nak release stress, kenapa tak release stress dengan isteri dan anak2? Patutnya bawak keluar keluarga jalan2 ke, lepak2 kat taman ke gi picnic ke. Kalau kata stress sebab kena layan kerenah anak2, so baik takyah kahwin in the first place. Tak pikir ke semua tu sebelum kahwin? Kahwin sebab atas dasar orang lain kahwin so nak kahwin juga? Ni yang nok maroh ni.

    Kalau taknak keluar pun carilah aktiviti yang boleh buat dirumah. Beli/Sewa kolam air letak kat laman rumah ke. Time tu lah patutnya bonding dengan keluarga. Ni pergi lepak dengan member macam cara orang bujang. Memang patutlah isteri tu nak minta pisah.

    Mungkin TT rasa sebab TT dah provide semua yang zahir dan boleh tinggal je isteri dan anak kat rumah, tapi kalau camtu apa beza dengan upah ‘maid’? Macam TT jadikan isteri tu fulltime maid pula (plus tempat lepas nafsu). Batin isteri tu kena jaga, bukan batin maksudnya nafsu dalam kain je, tapi hati dia supaya dia tak tawar hati. Bukan nak minta TT tolong 50-50 kerja rumah urus anak (sebab yalah isteri fulltime housewife kan) cuma TT kena cuba untuk ada bersama bila di rumah tu. Balik rumah jangan lah layan phone je tengok tv ke. Teman kan isteri buat kerja rumah. Dia masak, TT lepak lah kat dapur tu cuci pinggan ke lap2 meja ke susun2 barang bagi kemas ke (buat kerja yang ringan2) sambil borak2 dengan dia. Dia perlukan ‘social interaction’. paling penting TOLONG JANGAN MAIN HP masa dia tengah meluah/borak/berleter. Tadah je lah telinga tu. Dari tangan tu duk scroll HP baik pi kupas bawang ke ikan bilis ke sebagai spare nanti. Lagi bagus.

    Pastu soal beli barang dapur, memang kena lah teman kan dia. Itu semua ‘moment2’ untuk bonding.

    Pi minta peluang kedua dari isteri tu. Kalau dapat jangan sia2 kan lah.

    Tapi jap, TT lepak 2-3 kali sehari? Salah tulis ke? Kalau 2-3 kali dalam sehari tu kira banyak tu. Atau nak tulis 2-3 hari sekali? Tapi bagi saya agak banyak juga tu. Kiranya hari isnin lepak, lepas tu hari rabu@khamis minggu yang sama lepak lagi, lepas tu sabtu@ahad lepak lagi.. Kalau 2 minggu sekali tu boleh terima lah juga..

  5. mulai hari ini, yang tak reti tu belajar reti kan.

    reti kan berhenti melepak, reti kan ringan tangan membantu dekat rumah, reti kan mengajak beli barang dapur. reti kan sebelum betul-betul kehilangan.

    tawar hati ni payah, sebab mmg tak ada yg boleh rawat melain perubahan, dengan izin Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *