REPLY: Dilema Suami

Reply, (https://iiumc.com/dilema-suami-2/).

Dah lama aku tak baca confession kat sini. Tiba-tiba lalu confession “Mad” pasal dilema sebagai suami yang ada isteri yang terlalu manja dan bergantung dengan suami.

Gais, this is real. Sangat real. Aku juga mengalaminya. Cuba bezanya, isteri aku sangat manja dan bergantung dengan aku sepanjang masa.

Semakin teruk ketika PMS bila mula2 start period dan semasa ovulation, dan semestinya semasa pregnant especially first two trimester.

Aku pernah ada syak yang isteri aku ni ada “menstrual depression” sebab tu dia macam tu. Dia sampai tahap ugut b**uh d**i, jadi aku memang takde power langsung nak take action untuk menghindari dari benda ni berlaku.

Ayat seperti “lebih baik mati” dah biasa aku dengar. Nak ambil risiko abaikan saja ugutan dia? Kalau memang jadi apa-apa, kau mampu nak tanggung?

Kalau aku tegur? It is going to be worse! Aku sifatkan ini sebagai “tantrum”. So bila tantrum ni macam Mad cakap, semua benda dia akan salahkan aku. And bila dah triggered, dengar aku bernafas pun salah!

Kadang-kadang aku memang sangat penat. Tapi memang aku tak dapat buat apa-apa. Kami dah jumpa doctor. Memang dia ada MDD. Sekarang makan ubat. So tantrum dia dah kurang.

Cuma bila pregnant, tak disyorkan makan ubat psychiatry. Tapi kami consume je juga cuma ubat yang lain yang “paling selamat” untuk baby. Dan tawakkal tiada effect pada baby.

Cuma yang aku penat, sekarang dia gunakan alasan MDD tu untuk cover kenapa aku perlu memahami tantrum dia tu. Sebab untuk orang MDD, mereka tak minta pun untuk trigger tu. Aku cuma memahami. Dan terus bertahan. Tapi tak tau sampai bila.

Lepaskan dia? Tinggalkan dia? Memang tak boleh. Sepanjang bersama, dia banyak bercerita macam mana parents dia berikan unfair treatment kepada dia dengan high expectations tetapi tidak memberikan fair attention kepada dia.

Kalau aku tinggalkan dia dan pulangkan pada ibu bapa nya, memang dia cakap dan aku juga percaya, dia takkan survive. Dan aku tak boleh hidup dengan kemungkinan ini.

Untuk Mad, aku cadangkan jumpalah psychiatrist. Mungkin isteri kau juga sama cuma kau hebat semasa dia tak pregnant kau masih dapat hadap tantrum dia dan tak perasan pun dia ada mental issue. Kau cuma penat untuk hadap semasa dia pregnant.

Mungkin ada trauma lama yang sebabkan dia jadi macam tu.

Atau mungkin juga dia depress sebab kalau ikut posting kau, isteri kau tidak bekerja walaupun ada degree. Walaupun makan pakai cukup, tapi orang yang ada professional cert ni kalau tak bekerja, sangat effect pemikiran dia.

Best of luck to you, to us.

– Alipp (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. tergerak aku nak bagi komen.
    ye gaissss..memang ada perempuan perangai macam ni. salah sorangnya, AKU. ayat “lebih baik mati” tu kadang2 dah jadi macam zikir. mainan lidah. nak2 lagi bila mood aku tak baik. and yes, mood aku boleh swing dalam sekelip mata..dan aku jugak seorang yang overthinker. letih mental aku tiap2 malam. aku masih dalam rawatan psikologi, tapi setakat ni tak perlu lagi makan ubat-ubatan.
    tapi aku salute suami aku sebab masih bertahan dengan aku. aku je dah sedikit tawar hati. apa yang kami boleh buat sekarang, suami akan biarkan aku tantrum, lama2 nanti aku diam sendiri sebab penat. hahaha. time tu dia akan offer minuman sejuk untuk aku. yang ni memang aku tak boleh tolak sebab dia tau tu fav aku.
    semoga anon dan MAD, good luck guys. semoga isteri2 anda diberikan kesihatan mental yang membaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *