Childhood Trauma

Aku sekarang dah umur 34 tahun, tapi tiap2 hari aku rasa aku masih berada di kehidupan aku masa aku kanak2 dan remaja.

Senyuman sinis s*tan tu lepas pegang private part aku, aku masih ingat sampai sekarang, aku rasa aku tengah hadap lagi sekarang.

Zaman kanak2 aku sedih betul aku rasa, aku ni boleh dikategorikan kanak2 yang comel, putih macam cina. Adik beradik aku ramai jadi mesti ada yang terabai, aku rasa aku je yang paling tak disayangi.

Dari kecil aku dah pandai pendam masalah aku, sampai dewasa aku masih macam tu.

Sebab aku comel, manusia2 jahat ni mudah tertarik dengan aku walaupun aku masih kanak2.

Tapi bila benda gini jadi aku tak boleh ceritakan dekat keluarga aku, aku tak mampu nak cerita jadi semua benda aku simpan dalam hati paling dalam sampai sekarang.

Aku masih ingat dulu aku dengan adik main lipstick mak aku, lepas tu patah, aku sorang je yang kena cubit, sakit sangat. Adik aku tak kena pun.

Sampai sekarang mak aku macam sayang adik aku lebih, padahal aku rajin tau dekat rumah adik aku banyak dalam bilik je.

Mak cakap nanti barang kemas dia dapat kat adik aku sebab adik aku je jaga ayah aku masa ayah aku sakit. Padahal sebelum adik aku jaga, aku dah jaga dulu.

Dengan balik kerja terus pergi hospital, duit habis beli macam2 tapi orang tak pandang pun, aku stop jaga sebab aku kawin dan ikut suami.

Sekarang aku dah ada anak, tapi aku bukan ibu yang gembira. Aku cepat marah, tak kena sikit je aku jadi cepat sangat marah.

Kadang2 aku cuba sabar tapi anak aku macam nak cabar aku untuk marah.

Maaf, cerita aku bercelaru macam bercelarunya fikiran aku, otak aku tak pernah senyap, ada je benda2 negatif yang akan fikir. Nak mati, fikir buruk macam2, kemalangan. Otak aku bising, aku penat.

Maaf, aku terlalu penat, dah la aku pjj dengan suami. Sekarang aku rasa betul2 penat. Badan penat, mental penat, otak aku duk fikir macam2 jadi makin bertambah penat.

Maaf aku cuma nak meluah, aku tak tahu nak meluah kat mana.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Nur.. kalau perlukan someone to listen to you.. boleh cuba call talian befriender.

    Get help. Klinik kesihatan pun ada section untuk kesihatan mental. Jangan harapkan orang untuk selamatkan you. You kena selamatkan diri sendiri.

    Carilah Allah ya. Semoga Nur terus kuat.

  2. Salam sis. Childhood trauma is real, I suggest you buat reset trauma by Prof Muhaya. You need to heal yourself , jangan kita turunkan trauma pada ank2 pula. Kanak2 bawah 7 tahun sedang semua life experiences, kesian dia dimarahi nanti besar pun dia buat yg sama juga, ank2 perlu 5 perkara, didengari, dilihat, dibuat rasa penting, disayangi tanpa syarat dan diraikan. Berminat boleh contact saya ye.

  3. cerita tak lengkap. alang2 nak luah, luah sepenuhnya. mudah orang2 disini nak beri nasihat. apapun, semuanya hanya bermain dalam minda kita. tak mudah, tapi kita boleh susun kembali wayar wayar yang berselirat dalam minda kita. walaupun parut tetap ada

  4. Nur, saya tahu apa awk rasa, sy pun macam awak, ada childhood trauma. Dan apa yg trigger kita ingat balik semua benda tu ialah stress. Lepas dapat anak, saya asyik la terkenangkan segalanya semula. Tapi kita sayang anak kita, tak mahu dia rasa apa yang kita rasakan? Jadi, seek help. Pertama, cuba jangan pjj. You need your husband. Peluk cium husband akan kurangkan stress awak. Buat satu2, first sekali minta husband pindah dekat awak atau awk yg pindah kerana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *