Isteri Aku II

Untuk Part I, (https://iiumc.com/isteri-aku/).

Banyak yang mengata, semua perempuan.

Mak aku bersama dengan ayah aku dual income household. Takde masalah. Abang aku, kakak aku, adik aku. Semua dual income household. Takde masalah.

Aku tak faham apa perempuan anti sangat dengan 50-50. Korang ingat dengan ekonomi sekarang, cukup ke gaji laki sorang? Rumah je dah berapa ratus ribu?

Kereta, minyak, tol, taska anak, insurans anak dan laki bini, tuisyen anak, hibah, belanja harian, belanja rumah, bil, sst. Isteri aku daripada dual income household.

Colleague aku kebanyakannya dual income household. Kami sama2 bekerja untuk menaikkan ekonomi rumah tangga. Dulu mak ayah aku B40, sekarang kami M40 dan kadang2 T20 (ikut la profit isteri aku macam mana). Dari segi sama2 bekerja ni kami takde masalah. Kami aligned.

Aku jatuh cinta pada isteri aku sebelum aku tau tangga gaji dia. Bukan besar mana, lebih 1k je pun. Aku makin suka sebab dia jenis humble, bukan jenis bershopping atau bermekap mana. Dia career oriented. Tapi lepas dapat anak, dia berubah.

Kenapa buat loan kahwin? Aku dah pernah bertahun kumpul duit nak kahwin, last2 ex aku tinggal je aku. So kali ni aku taknak tunggu. Bila aku tanya wife aku untuk hantaran dia boleh tak bayar sama2, dia setuju sebab takde usik mana pun drpd gaji dia.

Tapi, dia jenis spend banyak kat famili. Apa anak perempuan nak kena tanggung mak ayah. Mana function abang dan adik lelaki dia? Mak ayah aku pun tak mintak aku sesen pun lepas aku kerja. So kenapa aku nak kena spend duit kat mak ayah dia? Baik aku bagi mak ayah aku.

SEBELUM kahwin memang dia spend dalam 1000 untuk rumah parents dia. Buat belanja dan bil. Lepas kahwin, kami tinggal dengan parents dia. So, dia bayar 1000 tu sama je dengan SEBELUM kahwin. Tambah aku kat rumah tu takde menyusahkan dia pun. Aku lagi menyenangkan hidup dia.

Sebelum kahwin pergi kerja naik bas. Selepas kahwin aku pakej hantar dan ambil. Bila aku betul betul tak boleh ambil je aku mintak dia naik public transport. Itu pun dia complain kena bayar mahal.

Habis tu duit minyak aku ulang alik hantar ambil dia macam mana? Aku tak pernah claim. Pengorbanan aku tempuh jem macam mana? Still dia marah kena jalan kaki cari transport. Suruh ambil lesen taknak.

Macam bila aku dah ada dalam hidup dia, tetiba jadi bodoh tak reti hidup sendiri padahal sebelum kahwin boleh je.

Dia berhenti kerja memang buat aku kecil hati. Macam takde rasa hormat langsung aku sebagai suami, sebagai ketua keluarga. Lepas dapat anak terus terpaling nak jadi emak yang ada untuk anak. Macam la perempuan lain yang kerja office tak cukup masa spend kat anak.

Hidup aku daripada rileks2 hujung minggu duduk berehat dengan isteri & anak, jadi huru hara dengan nak tolong dia siapkan stok, tolong dia set up untuk event. Tolong dia susun barang dekat rak.

Eh kalau korang tau berapa penatnya berniaga ni korang tau la. Dah elok2 kerja manager nak buat kerja balaci start semula dari awal. Kau tak bengang?

Aku berkorban banyak. Aku penat. Sebab tu aku buat confessions ni masa aku serabut. Uruskan rumah? Eh senang la untuk aku. Setakat susu anak mandi anak berak kencing anak memang aku uruskan sama-sama daripada bayi tanpa complain. Tapi tetap dia terpaling penat.

Kalau dia nak rasa terbeban kena ambil dan hantar anak ke sekolah, dah bukan itu ke dia punya tujuan kerja sendiri? Nak masa flexible untuk spend masa dengan anak, ambil lah. Spend banyak2.

Aku ni kerja dah memang balik lambat. Kalau aku berhenti siapa nak cover time2 business dia takde profit? Dah dua hal nak cover operation business, lepas tu nak cover komitmen rumah bahagian dia pulak.

Aku ni kena sentiasa make sure aku ada duit untuk cover bahagian dia. Sebab tu aku make sure segala hutang dia pada aku, dia bayar. Kalau tak takde buffer dah nanti.

Aku menulis dekat sini sebab aku tak boleh cakap depan muka dia. Kang menangis minta cerai. Sikit2 cerai. Tak fikir anak langsung. Aku sayang dia, tapi dia ikut kepala sendiri setiap masa. Apa aku cakap tak masuk telinga langsung.

Contoh:- aku dah cakap jangan join event. Dia nak juga. Bayar pakai duit aku. Masa dah dekat, dia start panik rasa tak boleh buat sebab banyak sangat nak kena prepare. Aku la yang terpaksa tarik dia, make sure dia set up dan buat sales.

Setiap sales aku ambil dulu bahagian duit aku yang dia guna. Lepas tu aku ambil bahagian komitmen rumah. Lepas tu aku ambil untuk bayar operation business dia macam stok, gaji dll. Settle semua tu baru aku biarkan untuk dia berjoli.

Aku buat tu untuk pastikan dia tak take things for granted. Tapi penat dengan kerja hakiki aku lagi lepas tu tolong manage dia tanpa gaji.

Lega aku melepas sini. Nak cakap dengan orang nya aku sayang. Sedih kau banyak berkorban tapi dia still tak dengar cakap.

Korang komen la apa kau nak komen, bukan aku baca pun. Korang terpaling nak lelaki provider tapi pengorbanan lelaki bukannya korang pernah nampak.

– Khamis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Makcik sokong awak, betul lar dah elok2 kerja manager, berhenti nak bisness sendiri, tapi tak ready mental dan fizikal.

    Semoga awak terus tabah dan sabar.

  2. Suruh dia belajar kelas pengurusan kewangan. Kelas pengurusan bisnes.

    Ramai yang berbisnes tapi tak layak pun digelar org bisnes. Sebenarnya self enployed je. Self employed ni lagi sengsara hidup dari employee. Bank pun tak suka sangat kategori self employed ni. Sebab tu buat bisnes kena ada ilmu. Bukan syok2 sendiri je.

    Tak payah lah masuk event. Bayar tapak mahal2 tapi ROI tak seberapa. Kurangkan overhead. Fokus pada selling n marketing. Fokus pada self growth.

    Bisnes ni kalau kena gaya sepatutnya buatkan rumahtangga makin harmoni.

    TT pun baiki lah hubungan dgn Allah. Ajak isteri qiamullail sama2. Bisnes ni kalau pergantungan pada Allah tak kuat, huru hara hidup jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *