Luka Yang Lama

Hi assalamualaikum untuk para pembaca semua.. Namaku Bieylaa, ini kisah aku dan bekas tunang aku, aku namakan tunang aku “A”.

Dahulu aku pernah menulis tapi tak ingat tajuk apa tapi pasal bekas tunang aku la jugak, kali ini aku ingin meluahkan kembali sekali lagi setelah aku putus tunang oleh sebab tiada kesefahaman.

Sambil aku menulis aku mendengar lagu “Lebih Indah Berpisah by Bella Astilah“. Sebabnya dia ada kena mengena dengan kisah aku.

Back to the topik, selepas berbulan aku putus tunang, perasaan aku terhadap lelaki hilang, pintu hati aku auto tertutup dengan serapatnya, aku cuba untuk kenal orang baharu tapi aku tak mampu, luka yang ada masih berdarah.

Bukan aku ni jenis perempuan yang gedik, mengada gada, banyak je lelaki yang hadir dalam hidup aku, untuk mengambil hati aku terutamanya seorang lelaki bernama “H” ingin mengambil hatiku kembali setelah dia tahu yang aku dah free.

Tapi kehadirannya seolah tiada makna buat aku, aku tiada apa2 reaction untuk dikatakan. Perasaan kesian dekat dia tu of course ada sebab nampak dia sangattt beria, sedangkan aku??

Aku pernah bagitahu dia, jangan terlalu simpan harapan dekat aku sebab aku takut aku tak boleh nak bukak pintu hati aku

. Pintu hati yang telah ditutup oleh seorang perempuan yang sangat teriyaki memang sukar untuk membukanya kembali. Datanglah berjuta lelaki pun, pintu hati ini tidak sewenang wenang terbuka luas.

Sampailah si “H” ni cakap. “i’m still waiting u bila u dah ready, because i’m really ii ikhlas untuk u, dalam hati i hanya u seorang“. Ayat tu aku sangat masakkk untuk lelaki.

Aku hanya reply “mula2berjanji bagai nak rak, bila dah dapat buat kita, layan kita macam sampah“.

And you know what, dia reply “jangan sama kan aku dengan lelaki lain“ , “aku tak seperti yang kau sangka Bieylaa“. Ayat dia buat aku terngamam, dalam hati aku masih berteka teki.

Dia sangat sempurna, solat tak tinggal, hormat parents, hormat orang sekelilling dan dia tak kesah pun apa orang anggap dan mengata tentang dia.

Dia lelaki agak limited tapi sorry aku takkan mu dah terpedaya sebab hati aku kosong, takde pape rase.

Aku telah berdoa pada Allah, agar lembutkan hati aku kembali mungkin belum masanya lagi. Tapi untuk kenal seseorang itu agak rumit la sebab ini soal hati.

Kesan bekas tunang aku tu buat aku trauma nak kenal lelaki sebab aku akan anggap lelaki itu semua sama tapi tak sebenarnyaa.

Aku terinspirasi dari kisah “Tersuka Senior Tanpa Sengaja“ tu, aku bukan menulis je tapi membaca jugak tauu hahaha, aku selalu baca apa yang korang hantar dekat confessions ni.

Dan aku nak jadikan kisah itu seperti kisah aku lambat lagi sebab jauh beza sangattt. Aku tak mintak banyak dengan Allah. Semoga Allah lembutkan hati aku kembali untuk membuka pintu hati aku untuk kenal lelaki.

Sebab aku pun dah berumur, so faham2 la.. Tapi soal jodoh aku serahkan dekat Allah sebab pilihan ya adalah pilihan yang terbaik untuk kita.

Korang rasa apa patut aku buat untuk buka aura jodoh aku ni, ada tips tak kalau ada share la di ruangan komen. Thank you yang mana sudi baca sedikit sebanyak.

– Bieylaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. maaf ya tapi cakap ini kisah tentang cik dgn bekas tunang si H, tapi tak cerita apa langsung. just ckp putus tunang ja. lepas tu cerita pasal si A plak. mana cerita asalnya tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *