Doakan Saya

Assalamualaikum semua.

Pertengahan tahun lepas, saya ada buat confession pasal ada perasaan dekat orang yang tak sepatutnya saya ada perasaan dekat dia waktu tu.

Masa tu saya minta doa dari pembaca untuk doakan saya supaya perasaan tu dihilangkan. Alhamdulillah sangat-sangat, perasaan tu memang hilang.

Saya ada terbaca, kalau orang asing doakan kita, doa tu akan lebih termakbul sebab dia doakan kita atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Jadi boleh tak saya nak minta jasa baik pembaca semua sekali lagi untuk doakan saya ditemukan jodoh yang terbaik untuk saya dalam masa terdekat ni.

Saya dari tahun lepas, ada masalah yang tak hilang-hilang lagi masalah tu sampai sekarang.

Setiap masa masalah tu bertambah besar, waktu tu saya mengharap sangat dapat luahkan semua masalah saya dekat suami saya. Tapi masalahnya sekarang saya takde suami.

Bulan ni pun masalah tu tak hilang lagi, jadi boleh tak nak minta pembaca semua doakan saya untuk ditemukan jodoh yang agamanya elok, kerjanya elok, dan akhlaknya elok untuk saya.

Semoga saya ditemukan dengan jodoh saya secepat mungkin dan berkahwin juga secepat mungkin.

Dalam masa sama, saya nak minta juga pembaca doakan saya dan keluarga saya dibukakan pintu rezeki, semoga kakak saya dapat pekerjaan yang dia boleh buat.

Minta juga doakan semoga lelaki yang bukan jodoh saya, tak mudah untuk jatuh suka dekat saya.

Semoga Allah kuatkan saya untuk hadap ujian yang Allah bagi pada saya ni.

Terima kasih tau semua pembaca sebelum ni yang pernah doakan saya tu.

Saya doakan apa sahaja ujian pembaca, Allah kuatkan pembaca untuk hadap.

Semoga pembaca mendapat bahagia yang dicari dan yang mana sedang mencari jodoh dan rezeki, semoga Allah permudahkan juga urusan anda.

Terima kasih..

– Kegirangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Baik meluah masalah kat Allah dik. Ada suami pun belum tentu boleh jadi pendengar yg baik.

    • Betul tu aku belum kahwin juga ,tapi adakah dengan manusia masalah akan selesai kalau kita pon kena bergantung dengan manusia untuk meluah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *