Terasa Hati

Hai, saya ada anak perempuan tunggal umur 5 tahun.

Suami memang bagi manja anak kami, dan anak pun rapat dengan suami berbanding saya sebab saya lebih tegas.

Dan selalunya urusan seharian anak diuruskan oleh suami kerana saya bekerja 8-5 ditambah oncall dan kadang-kadang OT sehingga kes hari tersebut selesai.

Kisahnya, saya ada terasa hati suami, cuma saya belum menyuarakan lagi kepada suami sebab saya rasa macam nanti dia akan marah atau terasa hati dengan saya balik nanti.

Baru tahun ini saya nak mengajar anak untuk tidur sendiri. Kira macam full force takda kompromi since dari 3 tahun dia macam buat tak buat.

Anak saya pula dulu awal-awal dia okay. Nak pasang lampu tidur boleh, nak lekat sticker led boleh semua ikut kehendak dia demi buatkan dia seronok untuk tidur bilik sendiri.

Benda ni tahan berapa minggu ja. Sebab ada 1 hari dia terbangun malam dah terus masuk bilik kami cakap takut tidur sendiri.

Okaylah mengalah memandangkan jam pun dah pukul 3 pagi lebih.

Lepas dari kejadian itu dia selalu minta tidur sekali. Saya dah bertegas tak boleh tapi suami selalu bagi muka.

Sekarang bila saya cakap 3 orang tidur atas katil queen memang takcukup dan selalunya sayalah yang paling terhimpit sempit ditepi.

Suami dengan bantal panjang peluknya anak dengan bantalnya takmasuk buas waktu tidur lagi. Saya ni pun bukanlah kurus sangat. Berisilah jugak.

Lepas saya confront pasal benda ni sekarang suami selalu teman anak tidur dibilik dia.

Kadang-kadang saya balik 2-2 dah tertidur dalam bilik anak.

Ada hari dia temankan anak nak tidur sebab anak yang request ada yang temankan sehinggalah dia tertidur jadi suami pun ikut tertidur sekali. Sayalah yang asyik tidur sorang2.

Ada masa dia tidur dengan anak dibilik kami tapi ruang untuk saya totally diambil oleh mereka berdua, saya akan tidur dibilik anak sendiri.

Saya cuma terasalah sebab semakin lama macam dah semakin terbiasa tidur asing-asing saya dan suami.

Suami memang dibesarkan dalam suasana keluarga yang agak manjakan dia manakala saya lain.

Jaranglah dapat pujian ke, kiss2 ke apa, meanwhile husband selalu.. So, dia terbiasa buat ke anak dan saya masih kekok. Jadinya mereka berdua rapat.

Valid tak perasaan saya ini? Atau saya mak/isteri yang jahat?

– Lolla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bahaya. Kena pisahkan tidur. Setan kalau dah menghasut, nafsu dah tak kenal darah daging. Kena diskas dgn suami. Suami kena tegas.

    Kalau anak bangun nak tidur sama, sis yang pergi temankan dia tidur bilik dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *