Namaku Mas. Aku ingin kongsi kisah hidupku, susah senang perjalanan hidupku.
Aku hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kehidupan masa kecilku sangat susah.. Umurku 9 tahun lagi aku dah bantu ayahku berniaga jajan di sek agama.
Aku tak pernah merungut penat membantu ayahku sebab aku tahu ayahku ingin mencari pendapatan sampingan untuk keluarganya..
Bermacam2 dugaan ayahku hadapi sepanjang berniaga jajan. Orang letak tahi la kat tempat ayahku niaga la. Orang sihirkan ayahku supaya budak2 sek tak nampak ayahku berniaga. Emmm. .Macam2 lagi la..
Ayahku sabar je. Kadang2 aku tengok ayahku termenung dan sedih je. Bukan berniaga besar2 pun.. Niaga jajan je pun orang dengki kan.
Aku tanam dalam hati aku ingin membantu ayahku satu hari nanti. Aku belajar bersungguh2 sehingga aku ditawarkan memasuki Sek SMKA. Syukur alhamdulillah. Selepas spm aku teringin sangat nak sambung belajar seperti kawan2 ku yang lain di universiti.
Tapi malangnya ayahku tidak mampu untuk hantar aku sambung belajar sebab ayahku sedang menanggung hutang belajar untuk abangku yang sulung. Aku menangis dan kecewa sangat bila keluargaku tak mampu hantar aku sambung belajar..
Aku berazam walaupun aku tak dapat sambung belajar, aku harap satu hari nnti aku dapat membantu keluargaku.. tapi perjalanan aku ni telah disusun dengan cantik sekali oleh Allah swt.
Umur aku 18 tahun aku telah bekerja sebagai guru sandaran selama setahun di Sek Keb. Habis je setahun aku telah ditawarkan untuk sambung lagi sebagai guru sandaran di sek yang sama.. Alhamdulillah.. aku syukur sangat.
Dalam masa mengajar di sek keb aku telah ditawarkan kursus KDC (kursus dalam cuti).. dalam masa yang sama aku dapat tawaran juga sebagai kerani Kew di jabatan kerajaan negeri (tetap) dan tawaran guru sambilan di sra jaim. Alhamdulillah..
Tapi masa aku dapat tawaran kursus KDC tu, ada je yang tak puas hati macamane aku boleh dapat pulak. Sedangkn aku kelulusan spm sahaja. Sedangkan kursus KDC ni ditawarkan untuk orang yang ada degree.
Aku blk rumah aku menangis dan aku bercerita dengan kedua ibubapaku. Mereka menasihati aku buat la pilihan yang tepat walaupun gaji kita turun. Sejak tu aku nekad dan aku pilih untuk menjawatan jawaatn tetap sebagai kerani kew.. Alhamdulillah..
Sekarang ni aku telah berkhidmat di jabatan kerajaan negeri selama 21 tahun..
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Aku telah dijodohkan atas pilihan keluargaku. Percintaan aku ni antara dua benua. Masa tu aku memang tidak ada couple dengan mana2 lelaki. So bila aku pikir restu keluarga mungkin boleh membuatkan aku rasa bahagia walaupun aku tak suka..
Aku pun disatukan pada tahun 2006. Aku telah dikurniakan cahaya mata 5 orang. Sepanjang perkahwinanku, aku dan suami pjj. Aku telah dapatkan pr untuk dia menetap di malaysia.
Untuk makluman semua, dia selalu memaksa aku untuk berhenti kerja tapi setiap kali dia paksa aku, hati aku sangat berat untuk buat keputusan. Rupanya ini yang Allah nak tunjukkan sebenarnya..
Bermacam2 dugaan aku hadapi seperti kehadiran orang ketiga dalam kehidupanku..sampaikan aku bergaduh besar dengan suamiku.
Bukan itu sahaja. Aku pernah dicekik separuh mati di hadapan anak2 aku sebab pertengkaran orang ketiga. Bila aku pikirkan keluarga dan anak2, aku telan sahaja dan aku beri lagi dia peluang.
Sehingga pada tahun 2022, dia telah menduakan aku sehingga menikah di sempadan thailand tanpa pengetahuanku. Aku amat2 kecewa bila aku mengetahui hal ini.
Dia pernah bercakap dengan aku yang aku langsung tiada pengorbanan pada dia. Masa tu aku rasa hidupku musnah. Hatiku hancur dan kecewa sangat2. Aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Aku telah melahirkan anak2 dia seramai 5 orang, bukan pengorbanan ke tu? Aku sanggup pertaruhkan nyawa aku antara hidup dan mati untuk lahirkan zuriat untuk dia.. Hati isteri mana yang tak kecewa bila dengar macam ni kan.
Selepas kejadian tu aku rasa hidup aku kosong dan tak bermakna lagi di dunia ini. Mujur aku ada keluarga lagi. Ayah, mak dan adik beradik ku la yang selalu memberi kata2 semangat pada aku untuk aku teruskan kehidupan demi anak2 ku yang tersayang.
Aku cuba bangkit dan memperjuangkan hak aku sebagai seorang isteri.. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2023.
Perkahwinanku mencecah 17 tahun.. Walaupun pada awalnya anak sulungku tidak boleh terima. Adik beradik aku la yang banyk menasihati anak2 aku.
Alhamdulillah. Sekarang semua anak2 ku dah boleh terima apa yang berlaku dalam kehidupanku.. Aku rasa bahagia sekarang hidup dengan anak2 tanpa suami di sisi.
Tapi malangnya sehingga sekarang bekas suamiku masih lagi memujukku untuk kembali kepadanya. Dia yang pilih jalan tu, sekarang ni kau hadap la. Aku dah tak sanggup lagi nak hidup dengan lelaki yang tidak tahu menghargai pengorbanan seorang isteri..
Persoalannya perlu ke aku terima pujuk rayu bekas suami ku ni, sedangkan hatiku telah hancur dan kecewa sangat2.
Ini la kisah hidup suka duka aku dari kecil sehingga sekarang. Doakan aku kuat dalam membesarkan anak2 ku.
Luahkan daripada insan yang terluka dan kecewa..
– Mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dah bebas dari jadik bibik, nak membibikkan diri lagi buat apa. Baik sambung belajar kak. Gi lah join group mengaji kat surau ke. Kejar impian sendiri yg selama ni kena put aside. Banyak lagi benda dalam dunia boleh buat selain memperhambakan diri untuk lelaki tagune.
setujuu. cukup laa dgn apa yg dia dah buat pada kak. skrg kak dah bahagia dgn anak2. teruskanlah kehidupan yg bahagia ni kak. jgn biar kak disakiti lagi
Perempuan macam ni la hati lembut tak cakap orang lain aku pon sama,kalau orang pujuk terus tak jadi ,kak fikir la dia cekik tu macam nak bunuh buat apa hidup dengan lelaki macam tu ???? Baik jadi ibu tinggal besarkan anak dengan baik move on