Assalamualaikum… Aku Madam F (bukan nama sebenar). Aku nak cerita pasal kes buli yang aku alami… Real story of my life.
Alhamdulillah aku masih hidup… Usia aku dah capai four series. Tapi kena buli ni telah berbekas di hati aku… Trauma… Tekanan emosi… Negative thinking…
Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, aku sering menjadi mangsa buli. Body shaming. Diberi gelaran pelik-pelik kerana fizikal aku.
Semasa aku dibuli di sekolah rendah, aku tak melawan, hanya mendiamkan diri… Kerana aku fikir aku akan memalukan mak ayah aku. Mak ayah aku agak dikenali di kawasan aku…
Semasa aku darjah satu, aku diejek oleh rakan-rakan sekelas kerana fizikal aku. Aku sedih sampai tak nak pergi sekolah. Aku tak ada ramai kawan. Rasa tengok diorang yang buli aku tu macam monster.
Akhirnya, arwah mak aku pergi ke kelas aku bagi warning kepada rakan-rakan sekelas aku. Keadaan reda sekejap. Selepas tu, aku pergi ke sekolah macam biasa… Toxic environment sampai aku darjah enam.
Aku pernah nak tukar sekolah tapi mak ayah aku tak bagi. Alhamdulillah result UPSR aku ok — walaupun aku malas nak pergi sekolah… Aku menjadi top ten dalam keputusan UPSR tahun itu.
Naik tingkatan satu, jumpa pembuli yang sama… Aku start moody. Semasa aku tingkatan dua, aku naik muak dengan pembuli-pembuli aku… Emosi aku mula berubah. Memberontak… Hello guys… I’m not the same person anymore.
Ada suatu hari, ada seorang perempuan dari kelas sebelah aku (aku kelas pertama, dia kelas kedua). Dia hina aku… Dah lama aku sabar… Kali ni, dia memang makan penampar aku. Dua kali aku bagi. Kali ni aku berani.
Selepas itu, cikgu disiplin panggil aku. Aku dengan berani pergi jumpa cikgu disiplin yang garang tu… (Rasanya darah Bugis aku dah turun kot).
Sebelum cikgu disiplin denda aku, aku bagitau dulu aku dah bosan kena body shaming… Dah mulut perempuan tu tak tahu jaga, memang makan penampar lah… Aku tambah pulak, mak bapak dia tak ajar-ajar dia ka, cakap elok-elok dengan orang. Aku pun terlepas dari sebarang hukuman.
Akhirnya, cikgu disiplin memanggil perempuan tu & dia kena kaunseling… Aku dah tak kawan dengan perempuan tu sejak kejadian tu.
Start dari kejadian itu, pembuli aku berkurangan… Kalau aku dengar diorang ejek aku… Aku akan balas balik… Sampai aku jadi debater sekolah. Kerana trauma dengan kejadian buli, aku jadi baran. Pantang ada orang ejek aku, memang aku balas balik… Hahaha.
Lepas tu, ada manusia telah menyebar cerita tentang aku… Aku jahat. Siapa yang pemfitnahnya??? Bekas-bekas pembuli lah…
Hello… Sapa penyebab aku jadi panas baran? Out spoken… Hampa kan… Kutuk. Maki. Body shaming aku…
Alhamdulillah sampai tingkatan 6, aku hanya berkawan dengan rakan-rakan yang baik saja. Di kolej, alhamdulillah Allah sayang aku sebab tak ada dah orang buli aku.
Buli… Body shaming…
Kesannya sampai sekarang.
Aku boleh berdepan dengan bekas pembuli aku… Tapi aku takkan pernah rapat… Sebab aku tak pernah maafkan kau orang…
Sebab buli, aku ni isolated… Aku tak suka nak bersosial dengan masyarakat.
Sebab buli, aku jadi selected… Aku kawan dengan orang yang baik dengan aku saja… Kalau yang pernah buli tegur aku, aku tegur macam biasa… Tapi parut di hati tetap kekal.
Sebab buli, aku takut berkawan dengan lelaki… Aku berkahwin dengan rakan kelas aku yang tak pernah buli aku… Baik dengan aku.
Sejak anak aku bersekolah, aku menjadi alert… Sebab anak perempuan lembut… Macam aku semasa sekolah rendah dulu.
Semasa anak aku berusia 7 tahun, dia kena buli… Rakan-rakan sekelas dia telah merampas duit poket dia… Anak aku tak makan masa di sekolah… Kejadian tu berulangan. Anak aku mengadu kat aku. Terus aku ke sekolah. Aku complaint pada cikgu kelas…
Jawapan cikgu tu, “diorang bergurau, diorang ambik duit anak aku sebab anak aku banyak duit.”
Bergurau apa ke jadahnya… Anak aku bawa RM4 sehari ke sekolah ja… Aku penat pergi kerja nak bagi anak aku makan… Dia boleh jawab macam tu…
Aku memang tak respect cikgu tu sebab dia sebelahkan tiga ketul budak yang buli anak aku. Aku cakap, takpa cikgu, terima kasih.
Next month, aku tukarkan anak aku ke sekolah lain… Aku tak nak anak aku jadi macam aku… Tekanan emosi.
Sampai sekarang, bila aku jumpa rakan sekolah lama yang pernah bersekolah dengan aku… Diorang kata kesian kat aku sebab kena buli…
At last… Terima kasih sudi membaca cerita dari aku, bekas mangsa buli…
Al-Fatihah untuk arwah adik Zara Qairina dan arwah mangsa buli lain…
#HentikanBuli
– Madam F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit