Sisi Gelap Dunia Hiking

Hi semua. Thank you admin siarkan cerita saya. Cerita yang saya nak kongsikan, bukan lah nak membuka aib sesiapa. Tapi sebagai tauladan untuk semua.

Saya seorang perempuan berusia 28 tahun. Dan memang minat dengan hiking/camping. Tapi sepanjang saya menceburi aktiviti ini, ada beberapa perkara yang saya kurang gemar.

1. Buang sampah merata

Ini yang paling saya tak suka. Saya lihat ada segelintir peserta yang hanya mengambil jalan mudah bila melibatkan sampah. Botol air mineral, bekas maggie cup, pembalut roti dan sebagainya dicampak begitu sahaya di belakang pokok.

Bukan kah salah satu tujuan kita pergi hiking/camping adalah untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Jadi mengapa merosakkan alam itu sendiri?

2. Etika pemakaian

Yang ini saya perhatikan, ada segelintir peserta yang pakaiannya terlalu menjolok mata. Baik lelaki mahupun perempuan.

Kalau yang perempuan, pakaian yang dipakai terlalu ketat sehingga membalut tubuh. Tersembul asset yang patutnya ditutup. Lelaki pun sama. Pakai seluar legging yang ketat. Sampai kelihatan bentuk yang sepatutnya tidak dipertontonkan.

3. Kencing

Memandangkan didalam hutan, tiada tandas yang proper, jadi memang menjadi lumrah untuk peserta kencing sahaja dihutan. Itu tak menjadi masalah. Saya pun buat benda yang sama. Tetapi, yang saya pernah lihat, ada je peserta yang slumber kencing dekat tempat kami berkumpul.

Kalau lelaki, tanpa segan silu, membelakang kan kami yang berehat, mengeluarkan bebird dan memancutkan kencing sambil berdiri. Memang la tak nampak bebird, tapi nampak jelas air yang keluar dan bunyi air kencing yang terkena dengan daun kering. Tak malu kah kalian?

Yang perempuan pula, walaupun tak buat begitu depan lelaki, tetapi selalunya kitorang akan pergi kencing dalam kumpulan kecil.

Dah banyak kali saya lihat peserta perempuan kencing saling mengadap antara satu sama lain. Memang nampak jelas. Betul, walaupun sama-sama perempuan. Tapi tak malu ke orang nampak?

4. Solat

Yang ini pun saya perhatikan ramai yang culas. Terutamanya yang perempuan. Bila waktu solat, semua mengaku period. Bukan semua orang macam ni, tapi saya ada pengalaman, kawan saya sendiri. Dia tak period. Tapi mengaku dia period.

Macam mana saya tahu? Dia cerita dekat saya. Tapi ada juga kawan- kawan saya yang menjaga solat sewaktu hiking. Alhamdulillah.

Macam saya cakap diatas, tujuan penceritaan saya bukan nak membuka aib. Saya hanya berkongsi pengalaman.

Mungkin pembaca juga boleh berkongsi dengan saya pengalaman2 untuk empat-empat issue diatas.

– Fiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Perempuan kencing saling menghadap antara satu sama lain? Bukan ke air kencing dorang tu nanti akan ‘bersilang’?. Ehh kalau membelakangi tu kira boleh lah hadam lagi. Dia macam, aku tengok kau kencing, kau tengok aku kencing. Ew…

    Tujuan hiking ni kalau niat kerana nak tengok ‘natures’ ciptaan Allah, tengok dari tempat tinggi betapa indah nya gunung pokok bukit langit ciptaan Allah, kira baguslah, dan patutnya jagalah solat. Tapi bila dah tak jaga solat tu, tertanya juga apa motif hiking tu eh.. sekadar nak adreline rush je ke..? Gi gym je lah kalau camtu?

  2. sibuklah ko org g hiking nk fun2 ko pulak acah2 nk jadi uztazah atas bukit sibuk nk judge org. itu xley ini xley. rimas dpt mmbe cmni!

    • Ko punya komen ni kan, slalu mnyakitkan hati org.. confessor tu antar cerita untuk mintak pendapat yg ‘bernas’, paling tidak pon pendapat yg membina.. klaw stakat nk komen, mngutuk org dgn prkataan n maksud yg x beradab (biadap), baik xpyah komen kot.. sorry n wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *