Tersuka Senior Tanpa Sengaja

Untuk Part Sebelumnya, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-lagi-ke/).

Hi Assalamualaikum para pembaca, aku kembali lagi dengan tajuk yang masih sama tapi ceritanya berbeza sedikit. Bukan ke arah bahagia tapi ke arah sedih sedikit sebab kami sekali lagi telah dipisahkan oleh masalah masing-masing.

Sambil aku menulis ini, tangan aku shaking dan tengah menangis.

Kenapa di saat aku tengah mengalami fasa bahagia, satu per satu dugaan menghampiri aku? Adakah aku tak layak untuk bahagia? Perasaan aku sekarang dilema dan tengah berfikir adakah ini sekadar ujian kecil untuk aku.

Cerita dia macam ni, dia tiba-tiba buat keputusan mahu pindah IPT, disebabkan dia ada masalah dengan kelas dia mungkin

. Sebab aku tak ambil tahu sangat pasal kelas dia, lagipun aku tak kenal classmate dia. Sebab classmate dia agak private, kadang-kadang je jumpa.

Kes dia agak berat jugaklah, sebab ada sesetengah classmate dia tak bercakap dengan dia.

Yelah, susah lah nak buat assignment kalau tak bercakap. Sebab dia ni tak pernah buat orang sakit hati, tapi aku tak tahu, mungkin ada orang yang sakit dengan dia.

Aku kasihan dekat dia, tapi aku lagi kesian dekat diri aku. Aku sudah terima dia, bukakan pintu hati aku, sayang dia, tetiba jadi macam tu. Hati aku separuh berkecai jugaklah.

Dan adakah kisah kami ini sampai di sini sahaja? Mungkin Tuhan tak beri keizinan untuk kami bersama? Dan mungkin memang takdir aku macam ni?

Setelah bertahun aku tunggu dia dan sayang dia, tapi setelah dia hadir dan berada di ruang yang tepat, Allah sekali lagi jarakkan kami dengan perjarakkan yang jauh. Korang bayangkan, Selangor – Kuching Sarawak. Ya Allah, berkecai hati aku ya Allah.

Banyak-banyak IPT di Semenanjung ni, kenapa Syam pilih Sarawak? Kenapa mesti jauh perjarakkan. Ya Allah! Adakah jodoh aku dengan Syam sampai di sini sahaja dan penamatnya di sini?

Aku terinspirasi kisah dulu-dulu macam kisah Yusuf dan Zulaikha, tapi aku tak sekuat itu. Perkara yang aku terpaling takut adalah “perpisahan”.

Ya Allah, masih ada peluang ke aku untuk dengannya? Masih utuh lagi ke jodoh kami? Dan masih panjang lagi ke peluang untuk kami disatukan?

Aku takut, takut tak sekuat dahulu. Dia baru sahaja ingin melekat ke hati aku tapi semua sia-sia. Last but not least, kami dipisahkan.

Tanggal 1/9 dia sudah tiada di depan mata aku. Tiada orang yang akan tunggu aku di kerusi batu di Pusat Islam. Tiada orang yang call paksa-paksa aku untuk turun makan. Tiada lagi orang yang selalu tenung aku kalau aku stress. Dan tiada lagi orang yang akan cari kesalahan aku.

Kenapa sekarang dan kenapa tidak 1 tahun lagi? Kenapa saat aku dah selesa, malah dia mahu pergi begitu. Dia tak sayang aku ke? Ya Allah, aku lepas semua pergi bukan sebab aku benci tapi sebab aku terlalu sayang. Ya Allah, kuatkan hamba-Mu untuk sekali lagi.

Lepas ni ada lagi ke cerita tersuka senior tanpa sengaja? Takkan ada! Sebab dia telah hilang dari pandangan aku. Sebab aku dah tak boleh cerita tentang dia.

Ya Tuhanku! Tolong kuatkan aku sekali lagi untuk berhadapan dengan ujian dan takdir-Mu sekali lagi. Dan bantu aku sekali lagi untuk aku redha dengan takdir-Mu. Ajarkan aku untuk berdamai dengan takdir indah-Mu.

Ya Allah, andai dia untukku, satukan kami suatu hari nanti. Temukan kami semula dalam satu pertemuan buat kali terakhir ini. Dan berikan lagi aku peluang untuk mencintai dia di jarak yang jauh. Aku sayang dia ya Tuhan.

Syam, kalau mung baca ini sekali lagi, aku just nak oyak, please take care yourself di tempat orang.

Aku sedia menanti kepulangan mung. Selalu akan jadi orang pertama yang tanya mu sihat ke tak, walaupun aku annoyinggg. Aku sayang mu Syam. I will be gonna miss you sayanggg. Ya Allah, aku tak kuat!

Korang, doakan kami please. Masih ada chance ke untuk kami disatukan? Please take note ini Syam, jaga mata, jaga hati, jaga perasaan. Saya sayang awak MH.

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. ntahlah..sbenarnya penjarakkan sosial yang jauh ni lagi bagus.Allah nak selamatkan korang dari terus-terusan bermaksiat.So instead of ko rasa kecewa tunggang tebalik, baik ko muhasabah semula dan bersyukur Allah bagi ko masa lebih untuk tambah baik diri. jadi mukminah yang solehah dan orang yang bermanfaat kat orang lain. Bukan berkepit dan fikir pasal boypren ko je.oklah tu le bebelan aku hari ni.

  2. belajar dlu laa dekkk..sibuk nk bcinta pastu broken kang xpasal blaja ke mana cinta cintun ke mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *