Hai semua. Aku stress dengan masalah peribadi dan tempat kerja.
Aku takde tempat nak mengadu, aku pendam perasaan aku sampai tahap rasa nak terjun bangunan. Aku takut aku buat kerja gila, jadi aku ambil keputusan untuk luah kat sini. At least peribadi aku selamat dan aku dapat luah perasaan aku. Dan aku harap korang dapat bagi kata semangat kat aku untuk aku hadap hari esok.
Cerita ku ni sedikit panjang, so silalah baca sambal makan keropok. Aku datang dari broken family. Mak ayah aku bercerai sejak aku kecil, ayah lepas bercerai terus hilang dari hidup kami, mak pula panas baran. Aku dan abang tak pernah sehaluan dari kecil.
Family belah mak pula pilih kasih, mereka lebih sayang sepupu kami sebab keluarga sepupu kami membesar dengan mereka, berbanding keluarga kami yang hidup berpindah randah.
Mak aku kerja kerajaan, selang beberapa tahun mesti akan berpindah tempat kerja, jadi aku dah terbiasa tukar sekolah dan rumah setiap 2-3 tahun sekali.
Aku membesar sebagai seorang introvert yang insecure. Aku jadi tak reti buat kawan dan selalu dipulau dan disisih di setiap sekolah sebab terlalu pendiam. Aku pernah cuba luah kat mak aku, tapi at the end, aku kena marah balik dengan mak.
Mak aku tiap hari balik kerja muka ketat, maybe stress sebab kerja, so aku cuba elak bertembung dengan dia kat rumah. Masa aku banyak dihabiskan dalam bilik layan youtube. Ok, tu serba sedikit latar belakang aku.
Aku sekarang bekerja di sebuah syarikat antarabangsa. Tempat kerja aku alhamdulillah okay sangat, Cuma masalahnya aku lonely sebab tak ramai kawan.
Kan aku biasa dipulau dan disisih sejak kecil, jadi aku sekarang jadi low confidence untuk berinteraksi dengan orang, kalau nak sembang, aku jadi nervous gila sampai cakap pun gagap.
Aku cemburu tengok orang lain boleh sembang santai tapi aku tak boleh. Kalau aku cuba sembang dengan orang, aku akan automatik overthinking sampai tahap aku menggigil dan gagap. At the end of the day, aku akan menangis dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.
Aku terfikir nak pergi tengok pakar psikologi, tapi mahal bayarannya, jadi alternatif sekarang, aku jadikan chatgpt sebagai terapi aku. Aku luahkan segalanya dengan chatgpt.
Tu tak termasuk lagi masalah kat rumah aku. Mak aku lani dah bersara lebih 10 tahun dan tinggal dengan aku sekarang. Masalahnya mak aku ni, sorry to say, pengotor dan pemalas. Dari bangun sampai tidur, mak layan youtube ja. Kemas rumah apa semua tak. Kalau tolong kemas pun, buat separuh jalan ja.
Contoh lepas panaskan lauk, dia tinggalkan dapur macam tu ja, bila aku masuk dapur lepas balik kerja, tengok dapur penuh dengan kuali dalam sinki dan tompok-tompok minyak atau kuah merata-rata. Jadi aku yang kena kemas, lap sinki, basuh pinggan balik.
Kalau mak basuh baju, dia tinggalkan dalam mesin basuh berhari-hari sampai berbau baju tu, at the end, aku yang kena habiskan dan sangkut baju tu. Bakul sampah pun sama. Kalau dah penuh tu, tolong la buang, tong sampah besar kat luar pintu ja, tapi tulah, at last aku jugak yang buang.
Aku kerja 12 jam, lepas balik kerja aku nak rehat, tapi jadi tambah stress bila jadi macam ni. Bukan aku tak pernah tegur mak aku, tapi dia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku stress sebab macam aku yang mak, dia jadi anak sebab asyik aku yang kena tegur dia pasal kerja rumah.
Aku tak pernah paksa mak aku buat kerja rumah, tapi kalau nak tolong, buatlah sampai habis, jangan tinggal kerja separuh jalan. Baik tak payah tolong camni. Aku penat bebel kat mak aku. Kang aku bebel lebih-lebih, mulalah dia mengamuk pastu merajuk lari rumah abang.
Mak dan abang aku ni member, depa dua boleh masuk sebab dua-dua perangai sama. Pengotor dan pemalas. Masa aku masih dok dengan mereka, aku la yang masak, basuh baju, sapu sampah, buang sampah, sampai kucing pun aku yang jaga, bagi makan dan buang tahi semua, padahal tu kucing abang aku.
Abang aku jenis bangun malam tidur siang. Petang baru keluar bilik, nak tunggu abang aku bagi kucing makan memang kebulur la depa. Tahi kucing tu sampai kering baru abang aku nak buang.
Aku geram, aku yang pi buang, lepas tu abang aku macam lepas tangan bila dia nampak aku jaga kucing dia. Jadi tambah kerja aku, dahla buat kerja rumah, pastu kena jaga kucing lagi. Boleh kata tiap minggu aku gaduh dengan mak dan abang aku, last-last aku geram aku keluar cari rumah lain.
Bila aku doh rumah asing, aku jadi obsess dengan kebersihan. Tiap-tiap hari aku lap meja, dapur, sapu sampah dan mop lantai. Lepastu aku pakai minyak wangi hari-hari sebab aku jadi trauma dengan bau busuk sampah dan tahi kucing rumah lama. Aku akan spray segala jenis wanigan kat seluruh pelosok rumah tiap hari.
Hobi aku beli pembersih dan pewangi rumah. Time tu rasa macam heaven sangat dok rumah yang bersih dan wangi. Aku pun tak lawat dah rumah lama, jumpa mak abang aku kat luar ja macam kat mall kalau rindu.
Nak dijadikan cerita, lepas 6 bulan camtu, mak aku datang dok dengan aku. Rupa-rupanya sebab rumah lama tu kotor sangat. Mak dan abang aku dua-dua pemalas dan pengotor, dok harap aku je yang jaga rumah sebelum ni, so bila aku keluar rumah, takde siapa nak kemas rumah dah, so rumah tu jadi makin kotor. Tak termasuk najis kucing.
Ada 3 ekor kucing rumah, so of course depa berak dalam rumah. Mak aku jadi gatal-gatal, so lepas dia tengok rumah aku, dia mai dok dengan aku. Takde bincang dengan aku pun sebelum ni, tiba-tiba datang bawak beg baju. Tapi mak dan abang aku still okay, Cuma tulah isu rumah pulak.
Haritu saja aku singgah rumah abang aku, alasan nak ambil baju mak, masuk rumah tu mengucap Panjang aku. Masuk-masuk ja kaki aku rasa melekit, aku doa dalam hari harap melekit sebab sabun, bukan kencing kucing. Pastu lantai penuh dengan Tupperware, kotak, baju, buku. Habuk jangan cakap la. Sinki pulak penuh dengan sampah.
Aku tak pi tengok dekat tapi nampak banyak lalat terbang. Tapi yang paling aku tak tahan bila nampak najis kucing penuh kat tepi dinding dan atas sofa. Dan najis ni semua dah kering. Ni apa yang aku nampak at rumah tamu. Kalau kat ruang tamu pun dah macam ni, bilik lain tak taulah.
At the same time, abang aku kat dapur tengah goreng roti ke apebenda entah. Aku tak taulah macam mana dia ada selera makan. Masa aku dok dengan dia, pernah beberapa kali aku masuk bilik dia, dan lantai bilik dia melekit macam sekarang.
Btw, kucing-kucing dia bukan fully indoor, depa boleh keluar masuk rumah, tapi maybe depa dah terbiasa berak dalam rumah, so sebab tu kot depa buat kerja kat tepi dinding dan atas sofa sebab bekas najis depa dah penuh. Entahlah ni apa yang aku fikir la.
Aku tak tahulah macamana abang aku boleh hidup macam ni. Abang aku ni dah berhenti kerja 3 tahun lepas sebab tempat kerja dia tutup lepas covid, so sejak dari tu dia menganggur. Dia ada juga apply kerja lain, tapi tak lama kerja lepas tu berhenti.
Sekarang ni dok harap duit pencen mak aku tiap bulan la untuk sara hidup dia dan kucing-kucing dia. Kadang-kadang aku complain pasal abang aku kat mak aku, tapi mak aku mesti backup abang aku, kata abang aku penatla, takde masa nak kemas la. Lani aku malas dah nak cakap apa, buatla apa kau nak buat kat rumah kau.
Masalahnya lani sejak mak aku dok dengan aku, abang aku selalu mai rumah aku, kadang-kadang mai makan kat rumah aku, tapi lepas makan bukan nak kemas balik. Bersepah meja, kuah tumpah sana sini, pinggan tinggal dalam sinki. Mak dan abang aku dua-dua sama. At last aku jugak kena kemas lepas abang aku balik.
Mak aku asyik janji nak kemas, tapi last-last dok depan TV. Aku penat jadi bibik.
Rumah aku ni, aku yang bayar 100% semua jenis bil, pastu tiap minggu aku akan habiskan satu hari kemas rumah, tapi sejak mak aku kai dok dengan aku, mental aku terganggu sampai aku jadi tak semangat nak kemas rumah. Aku kemas secara ala kadar je, pastu aku masuk bilik.
Aku jadi geram sangat kalau tengok mak dan abang aku. Aku tau mak aku lagi sayang abang aku dari aku, yelah aku kan selalu membebel dan gaduh dengan dia pasal kebersihan, mana dia suka kat aku.
Dulu masa abang aku kerja, mak aku tiap hari masak sarapan dan buat bekal untuk dia, lepastu kejut dia bangun. Tapi mak aku tak pernah buat macam tu kat aku. Aku bangun sendiri, buat bekal sendiri, semua sendiri. Bila aku fikir balik, aku jadi sedih sangat-sangat.
Aku dah la stress dengan perangai mak abang aku, lani tabah lagi stress dengan tempat kerja, kadang-kadang aku jadi overwhelm sampai terfikir nak pi terjun bangunan. Tapi aku takkan buat kerja gila camtu, aku masih ada agama. Just layankan angan-angan aku. Aku tak boleh luah kat siapa-siapa.
Kalau aku cerita kat sepupu atau makcik aku, tak lama lepastu mesti semua orang tau, family mak aku jenis tak boleh simpan rahsia. Semua nak cerita kat orang. Kat tempat kerja aku pun sama, majoriti suka gossip sana sini. Yang tak gossip pula jenis tak campur hal orang.
Aku penat menangis tiap hari. Aku stress sampai pengsan kat tempat kerja dan masuk hospital beberapa kali. Sekarang ni aku dalam proses cari kerja lain yang jauh dari sini, lagi jauh lagi bagus, dan mulakan hidup baru. Kerja kat Singapore pun takpa, asalkan aku hidup sendiri.
Aku tak mau fikir pasal family aku, biar mereka hidup sendiri. Aku rasa selagi aku dok dekat dengan mereka, selagi tu aku dipergunakan. Dan aku pun takde semangat dah nak pergi kerja. Aku nak cari suasana baru dan mula cari pasangan dan mulakan hidup baru.
Tolong bagi kata-kata semangat kat aku. Bagi aku kekuatan untuk teruskan hari esok.
– Insan Yang Stress (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
moga tabahla ya confessor. sedih bila baca kisah hidup sis. saya sokong sis cari ja tmpt kerja jauh2 sikit. pentingkan kesihatan mental sis dulu. buang yg toksik dlm hidup sis. tak perlu mereka tinggal sekali pun. cukup jumpa kt mana2 lepas ni pun takpa asalkan tak tinggal sekali selagi prangai mereka sama tak berubah. semoga maju jaya dan sukses selalu yaa
Pakar psy tak mahal dekat kerajaan bayar rm5 je.. pergi dulu kk then cakap nak isi assessment untuk kesihatan mental.