Hi semua, nak minta pendapat sangat-sangat dari mereka yang matang.
Aku umur 30++ dah kerja bagus semua. Dipendekkan cerita, aku jatuh suka dengan lelaki orang.
Masa aku confess aku tak tahu dia dah kahwin. Dia jujur, dia memang dah kahwin dan ada anak tapi dia memang ada hasrat nak poligami dan inshaAllah wife dia ok.
Mula-mula itu memang aku rasa down dan tidak mahu teruskan, tapi mungkin disebabkan kami ada beberapa ketika berbual melalui messenger, kenal melalui FB dan Instagram, rasa suka itu makin menebal. Dia pun rasa benda yang sama.
Perbualan itu sambung ke WhatsApp dan perbualan kami adalah normal, bukanlah topik-topik lagha pun.
Selama beberapa bulan hanya pernah jumpa 2 kali sahaja dan pernah berbincang topik kahwin.
Bila aku rasa dia serius, aku minta jumpa wife dia terus kalau wife dia betul-betul setuju nak poligami, dan dia setuju. So… memang aku jumpa wife dan anak-anak dia.
Wife dia baik guys, kami makan sama-sama dan bincang pasal giliran masa, harta, nafkah dan sebagainya.
Aku tahu wife dia tak adalah 100% nak pun poligami ini, tapi dia kesian dengan laki dia katanya. Aku pun bukanlah sanggup 100% nak sharing poligami ini, tapi sebab hati ini dah tersuka. Jodoh katanya…
Aku dah cuba fikir sebaik boleh, solat semua dan minta petunjuk Allah, adakah ini jalan terbaik untuk aku, dia dan isterinya?
And yes, lelaki ini bagi aku sangat penyayang dan soft spoken. Dia selalu tekankan dia ikhlas nak nikah dan akan berjumpa parent aku pula nanti.
Dia juga akan pastikan aku tak tersisih nanti walaupun mungkin akan kurang masa dengan aku. Dia faham keperluan emosi wanita.
Cuma sekarang ini dia tiba-tiba concern mengenai kemampuan dia untuk berlaku adil dan tengah kumpul duit untuk bernikah.
Jadi aku tengah menunggu, adakah dia sebenarnya serius? Adakah ini normal untuk lelaki? Adakah aku perlu terus menunggu atau patut mencari yang lagi baik?
Sejujurnya pertemuan kami menjadikan aku lebih baik dari dulu. Aku banyak berdoa dan kembali pada Allah untuk bagi aku ketenangan walau apa pun keputusan dia atau aku.
Aku tak pernah mimpi akan terjebak dalam menyukai lelaki orang ini atau poligami. Hati dan perasaan ini Allah saja tahu.
Aku bukan penyondol. Bukan. Aku tahu ramai akan judge kata aku penyondol, tetapi aku tak rasa dan tak ingin rasa begitu. Aku tak pernah rampas dia, atau melakukan sebarang benda pelik-pelik dengan dia.
Lelaki itu juga begitu. Kami hanya mampu bercinta lepas kahwin. Dia pilih aku sebab dia nampak aku ikhlas dan antara yang terbaik untuk teruskan perkahwinan ini kalau jadi.
Adakah ini betul jalan terbaik?
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Emm kalau saya lah kan, dengar lelaki kata tengah kumpul duit nak menikah LAGI pun dah cukup buat saya tak yakin dia mampu untuk poligami. Kalau betul2 mampu, tak perlu dah kumpul2, terus je keluar duit buat majlis sebab duit dah kepuk2 dalam bank.
Klaw bule, elakkan lah dik.. mmg skrg ni tgh ‘cintan-cintun’, semuanya nmpak “ok” je, even wife n ank2 dia, tak siapa yg dpt ‘agak’ apa yg akn jadi 5 or 10 thn yg akn dtg..? Mse tu, nk mnyesal pon xguna lg.. silap2 awk nt jdi mcm ‘bibik’ diorang.. bkn nk menghasut, tp rata2 dlm 9/10 hidup berpoligami ni bermasalah.. klaw pon ‘kluarga’ tu dari kalangn org2 yg alim & fhm agama.., “syaitan2” tu xpernah putus asa utk menghasut yg bkn2.. esp. bila giliran d rumah ‘madu’ awk tu, mcm2 yg awak akn imagine, n nanti bla berjumpa, rse nk marah tu akn berterusan.., tambah lg klaw dia xmampu nk berlaku adil atau xmampu dari segi nafkah dsb.. n begitu la seterusnya, asyik bergaduh je nt.. sya brani kta begini, sbb sya dah pernah alami.. w/pon dlu perit, skrg saya dah ‘bebas’ dari keadaan itu. So, fikir2kan lah, sbelom ‘terlewat’ utk buat kputusan dlm hidup.. wallahu a’lam bissawab..
Cuba letakkan diri anda di posisi isterinya?? Seorang isteri yg suaminya akan berpoligami, & lihat air muka anak2, Apa anda rasa?