Assalamualaikum, hai semua. Aku kenalkan diri aku Cikgu Zack.
Cite aku hari nie mengenai jiran aku yang aku kagumi. Jiran aku, Kak Umi dan Abg Iman, 3 orang anak, Along, Acik dan Adik.
Abg Iman seorang pesara tentera, ada pencen, tapi ada kerja sambilan lain dia buat jadi tukang kebun sekolah.
Kak Umi pula buat business kecil kecilan menjual ayam goreng.
Aku kagum dengan Kak Umi, seorang yang sangat cergas ke sana sini dengan moto skuter merahnya. Uruskan anak sek, sambil pergi niaga. Anak2 juga bijak dalam pelajaran.
Dalam sibuk niaga bab masak tak pernah gagal, malah masakan itu sering sampai ke rumah aku. Ada saja menu baru dia try, aku dan isteri jadi testimoni… hahaha.
Daripada berniaga kecil, Kak Umi mampu menyewa kedai lebih besar. Ada 3 orang staff.
Anak sulong Kak Umi sangat membantu ibunya walaupun masih bersekolah. Along sentiasa jadi orang kanan ibunya.
Kedai baru nie, Kak Umi buat pelbagai menu supaya lebih banyak pilihan. Alhamdulillah semakin baik susur perjalanan rezeki Kak Umi.
Aku dan isteri tidak dikurniakan anak, maka aku anggap anak2 Kak Umi seperti anak sendiri, malah anak bongsu Kak Umi belajar di sekolah isteri aku. Along pula si sekolah aku, adakalanya dia tumpang aku ke sekolah.
Suatu pagi seawal jam 4.30pagi, aku mendapat panggilan dari Along, bahawa ibunya telah dijemput illahi ketika sedang solat sunat tahajud.
Aku bungkam! Aku binggung sekejap. Segera kejutkan isteri, kami menuju ke rumah Kak Umi. Abang Iman sedang pangku Kak Umi, Along memeluk erat. Aku urut belakang Along..
Acik dan Adik belom tahu. Mereka masih tidor. Along cite dengan aku, dia tersedar awal dengar bunyi air. Dia tau ibu memang bangun awal setiap hari, Along bangun sebab nak study sambil nak teman ibu.
Semasa Along sedang study ibu letak kepala jap, ingat nak rehat, so Along biarkan… tapi lama2 Along pelik takde pergerakkan. Along segera panggil abah dan call cikgu.
Alhamdulillah urusan pengebumian Kak Umi dipermudahkan.
Jujur aku cakap, ramai sangat datang beri penghormatan pada arwah, ramai bercakap tentang kebajikan arwah, malah ada yang cakap takde lagi dah sedekah jumaat untuk anak2 sekolah lepas nie.
Tok imam masjid pun ceritakan bahawa mesin air coway di masjid pun arwah yang bayarkan, parking moto pun arwah yang upah tukang datang pasang bumbung agar moto para jemaah tak kene hujan panas.
Guru besar sekolah pun ada ceritakan arwah ada beri sumbangan kipas pada sekolah. Arwah datang sign report card anaknya, dia lihat kipas dah uzur sangat, terus arwah jumpa guru besar suarakan hasrat nak infaq kipas di sekolah.
Allah… aku kagum dengan arwah. Banyak kebaikkan dia buat dalam diam tanpa perlu dicanang.
Along dan Adik2 teruskan kehidupan tanpa ibu. Begitu jugak Abg Iman menguruskan anak2 sendirian.
Aku nampak kekalutan Abg Iman, aku tawarkan bantuan menghantar dan mengambil Along, sama juga si Adik isteri aku yang uruskan. Acik pula ke sekolah bersama Abg Iman kerana dia berlainan sekolah.
Masa berlalu, Along berjaya dalam exam spm, ditawarkan sambung pengajian di ipta dalam bidang business dan meneruskan legasi ibunya.
Acik juga berjaya, Masih lagi belajar dalam bidang kulinari, jugak mahu meneruskan hasrat ibu.
Si Adik berada di sebuah sekolah asrama penuh. Alhamdulillah anak2 semua Menjadik.
Walaupun aku tidak punya anak, tapi aku beruntung kerana anak2 arwah dekat dengan aku dan isteri. Dapat juga kami menumpang kasih.
Malah anak2 juga memanggil panggilan Abi dan Umi. Kami tak pernah rasa kosong kerana Allah hadirkan anak2 sebagai pengubat dan hikmah terbesar buat kami.
Kak Umi, semoga tenang disana. Jangan risau mengenai anak2, kerana kami ada untuk menjaga. InsyaAllah saya dan isteri akan membantu semampu yang boleh.
Kak Umi ramai yang doakan Kak Umi, ramai yang rindu Kak Umi. Kami percaya Allah tempatkan Kak Umi di syurga yang terindah.
– Cikgu Zack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bergenang air mata baca luahan Cikgu Zack. Jiran yang baik adalah anugerah terindah dalam fasa hidup kita. Kita juga perlu menjadi jiran yang baik kepada orang lain. Sobsobsob.