Berapa Rate Aku Nak Bagi Sebagai Anak Sulong

Sebagai anak sulong, aku boleh rate jadi anak sulong ni ∞/1000, rasa sakit ada, rasa manis ada, rasa heartless ada, rasa soulless ada, tapi kebanyakannya adalah rasa sunyi.

Jadi ini adalah cerita aku kenapa aku bagi rate macam tu (ini adalah pandangan peribadi aku, kalian mungkin akan rasa lain dengan apa yang aku rasa).

Aku Nana, dah jadi anak sulong almost 25 tahun, ada 2 orang adik bawah aku, masing-masing masih belajar, aku je yang dah kerja.

Bila dah masuk 25 tahun ni, aku rasa makin sunyi, makin rasa nak “senyap”. Aku rasa nak jauh dari semua orang,

Kenapa aku rasa macam tu? Sebab aku benci kenyataan yang aku dilahirkan sebagai anak sulong, aku tak tahu apa apa pasal hidup, tapi aku belajar sendiri tanpa orang ajar,

Tapi jangan salah faham, mak abah banyak ajar aku tapi perbezaan umur antara aku dengan mak abah mungkin nasihatnya tak sama dengan zaman sekarang.

Aku bangga aku adalah saksi mak abah aku dari hidup susah sampailah hidup senang sekarang.

Dulu aku boleh makan nugget 2 biji je sampailah sekarang aku boleh makan satu bungkus nugget tu sorang.

Dari boleh makan kfc waktu gaji je sampailah setiap hari aku boleh beli kfc, untuk mak abah.

Nana bangga Nana adalah insan yang dapat tengok hidup mak abah makin senang, tapi tanpa mak abah tahu, hidup Nana makin hancur.

Bukan sebab salah mak abah, tapi sebab rasa benci Nana dengan kenyataan yang Nana anak sulong.

Aku tahu aku tak patut benci kenyataan tu, itu semua takdir yang Tuhan dah tetapkan, cuma mungkin aku rasa ianya adalah satu kenyataan yang berat untuk aku lalui,

Rasa macam ini adalah ujian yang aku tak boleh ubah, dan ujiannya makin lama makin berat,

Berat kerana ekspetasi semua orang makin tinggi terhadap aku, makin berat sebab aku tahu aku adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan bila mak abah dah takde.

Aku tak mampu nak taip banyak, cerita dan tajuk mungkin tak menarik, cuma ianya hanyalah luahan perasaan aku,

Aku taknak banyak sangat luah, sebab aku perlu lebih kuat, cukuplah dengan sedikit luahan sahaja.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *