Hai semua selamat malam, Aku Mai, seorang wanita yang banyak kelemahan dan sentiasa kuat dalam setiap cabaran walaupun penat.
Saja ja nak meluah sikit, ketika aku berumur 15 tahun. Aku telah mengenali seorang lelaki yang aku gelar sebagai Fami. Fami seorang lelaki yang baik, yang selalu mengejar aku ketika aku berumur 15 tahun.
Dulu kami kenal dari zaman sekolah dan kenalan sebagai kawan di wechat tanpa whatsapp. Kami hanya berjumpa di sekolah sahaja, hanya menatap mata dari kelas ke kelas. Kami kelas berasingan.
Mulanya hubungan kami ketika fami confess di akhir tahun sekolah tingkatan 3. Dimana aku berjanji untuk memberi keputusan pada malam jumaat bersamaan 15 nov 2016.
Akhirnya kami berkenalan di whatsapp dan digelar sebagai COUPLE. Indah tak? ye indah. Sebab kenapa indah? sebab aku sendiri takpernah couple.
Maka disini la kisah aku bermula dengan ngeri, entah lah mungkin semua orang akan pikir aku adalah wanita yang jijik untuk dipandang.
Aku sebenarnya dah lupa macam mana dia dimulai, tapi takpela aku akan pendekkan. Nak describe la sikit pasal lelaki ni, lelaki ni seorang yang baik peramah dan seorang yang ringan tulang. Disitu la aku pon berkenan dengan dia.
Dia juga seorang yang cemburu buta, aku tak boleh sama sekali chat lelaki lain walaupun kawan.
Mulanya kisah ngeri, aku di ajar untuk menghantar gambar yang tidak senonoh, seperti ha faham-faham la ye. Segala perkara l*c*h yang akan dikeluarkan. Dan kami kenal sampai 9 bulan dan diajaknya dia dengan kereta. Dan ini pertama kali kami keluar berduaan dalam kereta.
Aku pun tak tahu macam mana ia terjadi aku boleh termakan ikutan dia sama ada dia ajak untuk makan atau jalan-jalan. Dan akhirnya aku terlanjur dengannya,
Aku menangis teresak kesakitan dan kenapa aku dihadirkan ujian sebesar ini, tapi aku termakan pujuk rayu si Fami ni. Aku menangis sebab takut termengandung tapi Fami ni memujuk aku, katanya takkan ada ape-ape. So aku pon terasa lega.
Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Aku masing sayang Fami, Aku melanjutkan hubungan ku seperti biasa dan dibiasakan dengan membuat s**ks selama bertahun-tahun.
Fami ni tak pernah curang, hidupnya hanya dengan aku, kami tak pernah putus dan tak pernah tak berhubung termasuk on call setiap malam sebelum tidur. Taubat? ye aku sentiasa buat mandi taubat dan solat taubat namun tetap masih sama dan tidak berubah.
Mengenai kenapa aku tak tinggal dia? sedangkan aku tahu dia macam tu?
Aku sayang, aku takut kehilangan dia sebab bagi aku dia seorang lelaki yang baik dan sentiasa caring dengan tentang aku. Jaga aku, sentiasa suruh aku menjaga aurat apatah lagi solat? selalu memperingatkan aku. Mana taknya aku nk tinggal?
Walaupun hari-hari aku takut dan di tenggelami dengan arus yang kuat. Kami berkenalan selama 5 tahun, aku dan dia masih mesra bersama s*k*s.
Kadang-kadang aku tertanya, kenapa Allah jaga aib kami berdua sedangkan kami masih berbuat maksiat? Aku tak meminta tapi aku tertanya. Walaupun kami buang luar tetap tak lekat. Period selalu teratur dan ada ketika 2 kali setahun period tak datang. So aku dah terbiasa.
Tiba tahun 2025 bersamaan bulan 7, period aku tak datang. Aku positifkan diri yang aku tak mengandung. Fami selalu tanya, period awak dah datang ke?
Setiap masa dia tanya, tapi jawapan aku nanti dia keluar la tu dan lebih tarikh period selalu datang tapi yang ni tak datang-datang walaupun dah lewat seminggu,
Aku risau dan aku cuba makan lawas period, “coling tong” orang cakap menjadi, aku makan tak menjadi sehinggalah masuk bulan kedua, period masih tak keluar.
Maka disinilah titik hitam dalam hidup aku iaitu tahun ke 10 perkenalan kami dan berumur 26 tahun. Di hari itu Allah memberi ujian yang sangat besar, iaitu aku mengandung anak luar nikah.
Menangis? ye aku menangis teresak sebab genap 10 tahun perkenalan kami, Allah turunkan ujian sebesar ini kepadaku.
Aku tahu aku mengandung sebab aku dapat hint dari orang sekeliling aku. Perbualan tentang “mengandung”. Orang tengok aku perut buncit, eh kau mengandung ke? Aku pon aik? Pelik dan aku hiraukan sebab perut aku memang buncit asal.
Dan sebanyak 5 kali mendapat hint dari orang sekeliling dan dari customer tempat kerja aku. Dan ketika itula aku hanyut dan risau, aku beritahu fami tentang ini. Dan Fami pon ajak aku buat test upt.
Keputusannya samar-samar, aku pon buka media sosial tentang garis samar samar, sama ada positif atau negatif. Ada yang kata 90% positif.
Aku tak percaya, aku pon beli upt di online, yang brand dip and tell yang akan beri keputusan yang jelas…..
Nantilah saya masukkan part 2, penat dah menulis dan selamat malam.
– No name (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nak marah, tapi kena sabarrrrrrrr
korang bersenggama kot! apa kau expect akan jadi? peti ais? rxz?
cukup2 la 10 tahun hidup berzina. dah tiba masa korang bertanggungjawab!
Pelik ye kalau 2,3 tahun terbabas okay la ni 10tahun tak nak kahwin pelik