Nasihat Mak

Assalamualaikum. Aku nak confess sesuatu daripada sudut pandangan sebagai seorang mak kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja dan dewasa.

Aku ni kaki layan drama Melayu dan Korea sekali sekala jika ada masa terluang. Ada masanya aku layan bersama anak-anak.

Aku nak luah sikitlah fasal anak bangsa berbangsa Melayu beragama Islam. Luahan sambil menegur.

Aku belajar dari anak aku tentang skinship. Di Malaysia, artis-artis buat skinship selalunya ala-ala couple di luar sana selalu buat. Pegang tangan sauk lengan tangan kat bahu tak berlapik macam tulah tapi taklah sampai ke tahap peluk cium.

Apa kaitannya dengan artis, drama Melayu dengan anak-anak muda kita?. Banyak kaitan dan aku harap yang membaca confess aku ni pun boleh faham maksud aku.

Setiap kali ada drama Melayu kat TV ataupun online streaming akan ada lah pelakon-pelakon yang buat live sosial media interact dengan penonton tentang watak dan aksi dalam drama mereka.

Pelakon buat live promote drama tak salah itukan kerja mereka. Mereka ada fan club, fan service, fan base memasing yang masuk support live.

Kalau ada komen penonton live yang menggeletis dan menggatal selalunya ada yang kena tegur dengan pelakon itu sendiri or warning report dengan penonton yang lain. Di sini nampaklah terjaga sikit kelakuan.

Yang selalu terlepas laku yang over terlebih bila ada 3rd party contohnya wartawan atau admin moderator yang handle live yang ada pelakon-pelakon dekat memana event.

Maaf cakap teruk nau kelakuan orang yang handle live tu. Ada ke pulaknya suruh tap tap screen suruh viewers masuk beramai-ramai sampai capai target.

Bila dah capai target, disuruhnya pelakon tersebut buat skinship sesama mereka yang berlainan jantina. Buat mini love big love suap makan buat trending tiktok yang bukan-bukan. Terkebil-kebil pelakon nak buat.

Dalam drama pun tak over skinship sentuh menyentuh datangnya admin live dengan selambanya suruh buat yang bukan-bukan.

Yang tahu malu memang muka berubah sopan menolak. Tapi itulah admin live tak faham-faham mendesak petik nama peminat yang request. Yang masuk live tu 20k-30k mata memandang.

Hati manusia lain-lain. Ada yang take it benda tu as normal okay dan akan timbullah gosip yang artis itu sombong tak layan request peminat.

Dalam keadaan begini, kalau artis yang serba-salah dan manager artist yang tak reti handle situation memang terjadilah skinship and then ship kapal couple yang entah apa-apa itu. Puncanya daripada 3rd party yang terlebih menggeletis mengalahkan peminat itu.

Now, masuk part ship. Ship mengship ni kalau silap langkah, memang rosak hubungan ikatan seseorang. Artis bujang tak bermaksud dia available boleh di ship dengan sesiapa. Maybe ada yang bertunang dalam diam. Nikah nanti baru umum.

Ada yang private life selagi tak sah jadi isteri/suami lagi buat apa nak tayang kat public. Kalau itu caranya, kena hormatlah bukannya makin menjadi ship mengship. Kalau dia bujang sekalipun, dia masih ada nama baik keluarga yang hendak dijaga.

Teruk nau obses dengan artis. Nak jadi macam korea ke? Ceroboh privacy life orang then buka langkah jadi penyondol. Tengoklah komen-komen di social media artis status bujang.

Memalukan apabila tengok komen, belum jadi suami/isteri lagi ada peluang lagi ni nak caras rembat. Pangkat isteri-isteri dan mak-mak orang pun tumpang sekaki join komen. Bila kena tegur, alah main-main jelah. Dah herlok wak, siapa yang taknak?.

Gurau pun tak boleh. Alah bergurau jelah. Gurau benda-benda macamtu?. Apa dah tak ada ke benda lain yang boleh dibuat gurau?. Anak dara anak teruna orang kau hendak guraukan?. Perangai apakah ini?.

Berapa ramai sudah pelakon yang bergaduh dalam diam disebabkan netizen dan batu api wartawan. Wartawan naikkan cerita gosip entah apa-apa ceduk dari sumber mana-mana, sahih belum tentu kemudian netizen yang bertelagah sampaikan ke tahap buka aib dan mengaibkan orang.

Yang jadi mangsa, pelakon-pelakon tersebut. First and last lepas drama hype kemudian decide taknak berlakon bersama walhal ada chemistry gandingan bersama dalam drama.

Ruginya dan sayangnya. Bakat berlakon tu ada boleh naikkan nama sampai ke negara luar tapi disebabkan isu begini, hancur impian pelakon sendiri.

Anak-anak muda sebaya anak-anak aku memang pandai edit mengedit. Sebagai seorang mak, aku nak nasihat jangan edit scene drama loving couple dengan keterlaluan yang tak wujud dalam adaptasi novel atau drama ikut imaginasi sendiri.

Kalau dah sampai tahap macam begitu, maaf cakap baik terus terang dengan parents minta izin dikahwinkan cepat sebelum terjerumus dalam zina.

Pelakon-pelakon terutamanya yang baru meningkat naik kena bertegas say NO kalau rasa tak selesa nak buat trend tiktok yang bukan kena dengan peribadi awak. Tolonglah set dalam kepala otak awak tu milik public.

Ada yang bawah umur akan tengok dan awak sendiri nak jaga nama baik awak. Yang tak reti nak jaga diri, pilih management team yang memang boleh backup urus kerja awak.

Sebagai seorang mak, benda paling aku takut anak-anak terikut trend pelik-pelik yang artis mereka minat. Aku bukan nak tegur sesaja tanpa sebab.

Nak sekat anak-anak tengok semua yang kat TV dan sosial media aku boleh buat kalau depan mata aku. Luar dari rumah jauh dari mata, anak-anak boleh cari sendiri. Budak zaman sekarang bukan boleh disekat semua benda lain jadinya.

Ada platform seperti IIUM Confessions, aku cuba nasihat tegur demi masyarakat juga supaya benda negatif yang pernah terjadi takkan berulang kembali.

Tolonglah jangan nak menormalisasikan benda yang salah di sisi masyarakat atas dasar hiburan atau atas alasan bergurau. Paling penting, jangan mainkan agama.

Ikut cerita anak aku, ada pelakon lelaki meningkat naik namanya, dia dah berubah sopan lepas balik Umrah. Jadi pemalu dan sopan. Perlahan-lahan berubah character dirinya.

Alhamdulillah semoga diteruskan segala yang baik. Mungkin itu satu bentuk penghijrahan dan ujian buat dia. Semoga istiqomah. Yang tak berubah dan berubah kembali ke perangai lama walaupun dah balik umrah berkali-kali itu pun kita doakan yang baik-baik.

Takutlah tengok budaya cancel kecam mengecam orang sekarang. Kita pun ada family ada anak-anak sebaya artis-artis yang dikecam. Janganlah kecam orang sampai ke tahap membuli tanpa sedar.

Kita bukan hidup dalam circle industri mereka, setakat mana cerita yang kita tahu cukuplah setakat itu. Tak payah panjangkan cerita menyampai-nyampai hingga jadi fitnah.

Buat anak-anak muda, jadilah peminat artis yang bijak. Jangan terlampau obses sampai bergaduh dengan netizen. Ship kapal berlayar kalau kena cara memang boleh ke pelamin. Kalau peminat menekan-nekan memang karamlah dibuatnya. So, jadilah peminat yang bijak dan jagalah akhlak.

– Mak kaki drama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Confession pasal apa ni. Dah 2025 patut kita dah move on dari jadi peminat kepada painted clown on tv. 1 sen tada guna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *