Aku Maznah, yep, nama aku memang klasik, dan ya aku selalu kena usik.
Aku tinggal di rumah flat kos rendah di salah satu negeri di Malaysia.
Rumah yang aku tinggal ni, Satu blok ada 20 unit rumah, terdiri dari 5 tingkat, setiap tingkat pula ada 4 rumah, 2 bersebelahan 2 lagi berhadapan.
Depan rumah aku ada seorang jiran yang dikenali sebagai Jamal.
Jamal ada seorang isteri, iaitu Fazura. Muka sentiasa berseri, tapi ternyata suka berpura-pura. Nama je macam selebriti, tapi bukan dia. Jiran sebelah ustazah SRITI, namanya Nadia.
Tapi aku nak cerita pasal Fazura. Bukan Nadia.
Fazura seorang suri rumah, suaminya pula kerja ikut orang. Orangnya peramah, suka tolong angkat barang.
Fazura pula suka mengumpat, habis semua hal orang dia canang, dari hal kain tak berlipat, hinggalah hal kain tak cukup benang.
Kadang aku pelik dengan orang macam ni, satu hari tak dapat cerita hal orang boleh sawan agaknya. Orang kenal pun sebab jamal punya bini, dan sudah tentu juga sebab mulut becaknya.
Satu hari, jiran sebelah aku Nadia, menyampaikan satu cerita yang buat aku sangat marah. Cerita yang Fazura sendiri sampaikan pada dia. Hampir buat aku hilang arah, mujur ditenangkan oleh Nadia.
Iaitu cerita tentang aku. Kononnya masih bujang sebab tak laku. Aku memang geram sangat masa tu. Sampai aku naik hantu. Bernafas pun jadi tak menentu. “Kau tunggu!”
Akhirnya dia keluar rumah keesokan paginya. Pakai baju kelawar amah kesukaan lakinya. Bawa sampah untuk dibuang. “Aku menyampah tgk ini perempuang!”
Tak tunggu lama, aku hadap Fazura! Dgn membuak-buak rasa marah. Aku bagi amaran supaya jangan suka sibuk hal hidup orang.
Dia hanya diam, tak menjawab. Dengan pakai spek hitam gaya Ahmad Nawab. Sambil tunduk dia berlalu, aku tak pasti rasa bersalah ataupun malu.
Tapi yang penting, selepas dari hari itu, dia dah tak pernah cerita tentang aku atau sesiapa, sebab dah tak kedengaran orang bercerita itu ini seperti biasa.
Tapi entahlah, kot dia masih bercerita secara underground. Harap tak lah, sebab kalau begitu memang susah dah nak sound.
Kalau jiran aku terbaca luahan aku ni, aku minta satu je. Berubahlah, banyak lagi kekurangan diri kita untuk diperbaiki daripada sibuk memperkatakan kekurangan orang lain.
– Maznah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit