Nama aku Awie (bukan nama sebenar), maaf kalau cerita ni mungkin agak berat, tapi ini adalah kisah sebenar hidup aku bersama Wati, isteri yang aku sayang. (bukan nama sebenar).
Aku kenal Wati masa dia tengah buat tahun akhir universiti, aku pulak baru je mula kerja. Kami bertemu dalam satu acara santai. Selalunya lelaki minat dengan gadis yang ‘Top Model’. Tapi aku rasa tertarik dengan perwatakan dan sikap Wati yang humble dan sederhana.
Wati ni bukan jenis orang yang berlebih-lebihan. Make up dia simple, pakai baju biasa-biasa je, tiada brand, tapi aku boleh rasa ada keistimewaan pada dia.
Aku tak tahu banyak tentang latar belakang keluarga dia, bila kami makin mengenali, baru aku tahu dia berasal dari keluarga yang agak susah. Bagi aku, itu tak jadi masalah langsung. Aku rasa, kita semua ada perjalanan hidup kita, dan siapa kita bukan diukur oleh apa yang kita ada, tapi apa yang kita buat untuk masa hadapan.
Wati ni memang budak pandai. keputusan cemerlang. Maka dia terus dapat kerja di syarikat besar sejurus tamat belajar. Aku bangga dengan dia, serius. Sebaik selepas dia mula kerja, aku ambil keputusan untuk lamar dia. Aku ingat lagi, dia agak teragak-agak masa tu.
Dia kata dia nak bantu keluarga dia dulu, sebab keadaan keluarga dia memang memerlukan perhatian. Tapi aku pujuk dia, aku cakap, kita boleh terus bantu keluarga selepas berkahwin. Aku janji, jika kita sama-sama usaha kuat, dan kita boleh atur semuanya.
Selepas kahwin, hidup kami seronok. Kami saling menyokong, dan Alhamdulillah, dalam masa beberapa tahun, rezeki kami pun semakin bertambah. Gaji kami dua-dua juga makin bertambah, dan kami berjaya ada kereta sendiri.
Komitmen kami berdua seimbang, aku bayar yang asas, dan dia uruskan yang lain-lain. Kami ada simpanan juga. Hidup kami bersama anak-anak makin stabil dan aku rasa bahagia. Hampir hari-hari dapat makan di rumah bersama. Wang ke kampung tetap kami tak lupa.
Aku bukan jenis orang yang suka berbelanja besar. Dari kecil, ayah aku ajar aku untuk sentiasa berjimat dan menabung. Ayah aku kerja keras, dan ibu pun sama. Aku diajar untuk uruskan duit dengan bijak, dan aku pegang prinsip tu sampai sekarang. Kalau boleh, aku lebih suka menyimpan daripada berbelanja. Makan pon, aku lebih suka makan di rumah.
Tapi Wati lain sikit. Dia suka shopping, mungkin sebab dia nak merasa gaji dia sendiri, nak merasa kesenangan sedikit. Ada masanya, kami makan malam di luar, pergi shopping sesekali, dan melancong bila ada rezeki lebih. Aku tak pernah halang, asalkan dia masih boleh menabung dan menguruskan kewangan dengan baik.
Selepas beberapa tahun, Kami sudah boleh hidup agak mewah, pendapatan kami dah berganda. Kami ada rumah, kereta berjenama, dan simpanan yang baik. Tapi isu timbul bila Wati kata dia nak berhenti kerja dan buat business. Wati kata dia nak fokus pada anak-anak dengan masa yang lebih fleksibel.
Tapi aku tak setuju. Aku tahu, berniaga ni bukan mudah. Lagi-lagi dengan komitmen yang tinggi, aku rasa risiko yang dia ambil terlalu besar. Kami dah ada semuanya, kenapa perlu ambil risiko yang tinggi?
Aku cadangkan dia boleh buat bisnes sampingan dulu, sambil kerja. Tetapi Wati tetap nak berhenti kerja. Ibubapa mentua aku menyokong, mereka juga berniaga pelbagai barang dari dulu. Akhirnya, dia berhenti tanpa persetujuan aku.
Dia mulakan perniagaan dengan duit simpanannya sendiri. Aku tak boleh nak kata apa, sebab itu pilihan dia. Tapi sejak dia mulakan perniagaan, hidup kami tak lagi sama.
Weekend kami tak lagi habiskan masa bersama keluarga. Wati sibuk dengan seminar, event, dan semua yang berkaitan dengan perniagaan dia. Aku pun turun padang bantu dia. Beli stok, susun barang, jaga booth. Tapi aku rasa, semakin lama aku bantu, semakin aku perasan ada masalah dalam cara dia uruskan perniagaan.
Perbelanjaan dia masih tinggi, walaupun keuntungan perniagaan dia tak seberapa. Wati sering shopping, nak merasa duit dia sendiri. Aku faham, dia nak nikmati hasil titik peluhnya, tapi aku rasa, dia tak fokus untuk rolling duit dalam perniagaan.
Pembekal dia adalah kawan dia, walhal ada syarikat lain yang boleh beri harga yang lebih murah. Wati akan beri diskaun kepada keluarga dan saudara mara, Tapi, kadang-kadang dia terlepas pandang bahawa dia sebenarnya mengorbankan modalnya untuk membantu orang lain.
Semakin tahun berlalu, komitmen makin tinggi. Dulu kereta dia aku service 4-6 bulan sekali. Kini, setiap 2 bulan aku kena service. Perjalanan dia dah banyak. Duit simpanan dia dah habis. Dia mintak aku invest pula. Walaupun lama aku kumpul simpanan aku, tapi aku setuju sahaja, aku berikan atas dasar sayang seorang suami. Aku nak sokong dia.
Dan aku nak ada ‘say’ dalam business dia. Urusan di rumah, aku juga kena buat, aku tolong ambil dan hantar anak, masak, laundry. Aku faham dia sibuk. Aku nak dia berjaya dengan business dia.
Aku cuba juga bawa isu ni kepada Wati, aku cuba beri pendapat tentang urusan business. tapi dia terus mempertahankan tindakannya. Katanya, “I buat ni semua sebab nak bantu orang.” Aku tak nafikan, niat dia baik, tapi cara dia itu yang aku risau. Dia tak pilih pembekal yang betul, Pengurusan kewangan juga tak betul.
Aku cuba sampaikan kepada ayah mentua, mungkin dia boleh nasihatkan Wati. Tapi jawapan dia selalu sama, “Biasa la tu, berniaga ada pasang surutnya.” Bila aku cerita, dia kata, “Itu la, kita berniaga. Jangan fikir sangat untung.” “Kena bersedekah juga. yang penting niat.” kata mak mentua aku.
Aku jadi fed up. “Kalau niat je, tak ada ilmu pengurusan, macam mana nak berjaya?” Aku rasa, mereka ni pun sama. Mereka berniaga, tapi tak cukup ilmu dalam pengurusan kewangan. Bila untung sedikit, mereka belanja. Itu yang buatkan aku rasa frust. “Patut la abah sampai tua tak ada simpanan, bila ada untung, pecah tabung!” kata aku dalam hati.
Sekarang, sudah lebih 10 tahun Wati berniaga, hidup kami tiada berbeza. Aku masih teruskan tugas aku sebagai suami, menjaga keluarga. Semua komitmen masih aku tanggung. Kerja rumah aku buat mana yang mampu. Anak-anak banyak dengan aku, simpanan? sudah tiada.
Kelaurga aku tak la susah, tapi aku sangat terasa dengan Wati. Kalau dia teruskan kerja dulu, hidup kami mungkin lebih stabil. Kami ada pendapatan tetap, ada simpanan yang mencukupi, dan masa untuk keluarga.
Tapi Wati terlalu fokus pada impian untuk jadi business owner. Aku faham impian dia, tapi aku rasa, untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu tahu bagaimana menguruskan duit dan masa dengan bijak. Perkara yang paling penting, kita kena ada ilmu dan pengorbanan.
Aku tak nak salahkan Wati, tapi aku rasa ni adalah masalah orang kita. Ramai yang berniaga tanpa ilmu, dan akhirnya, mereka hanya mengejar keuntungan kecil tanpa memikirkan masa depan. Berniaga tanpa ilmu, hanya harapkan jual-beli, tapi tak tahu macam mana nak uruskan duit dan perniagaan.
Kalau hari ini kita ada gerai nasi lemak, sepatutnya selepas 5 tahun, kita ada 3 kedai, selepas 10 tahun ada restoran. Selepas 20 tahun, dah boleh turunkan business kepada generasi seterusnya. Kalau bisnes ni tak ada pengurusan yang baik, dia akan gagal. Sampai sudah kita akan ditakuk lama. Aku bukan pandai, tapi ini common sense, peningkatan dalam hidup.
Tapi aku juga belajar satu perkara, mungkin ini semua adalah perbezaan cara hidup kami. Aku lebih suka hidup stabil, lebih suka berjimat dan menabung. Sementara Wati ingin mengejar impian, gah bergelar business owner. Ada something to called her own.
Aku tetap sayang Wati. Aku tahu dia berusaha untuk yang terbaik, tapi kadang-kadang aku rasa, kami perlu belajar untuk menguruskan kewangan dan perniagaan dengan lebih bijak. Sebab, hidup ini bukan hanya tentang berusaha keras, tetapi tentang bagaimana kita menguruskan hasil yang kita peroleh.
Tiada guna ada kepuasan kewangan jika pasangan dan keluarga terabai. Patutkan aku redha? Perlukah aku ubah semula?
Inilah keluhan aku…
– Awie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul lah tu. Ramai org melayu ni nak bisnes tapi pengurusan kewangan kelaut. Sifu bisnes pulak kena cari betul2 kalau tak duit habis, bisnes lingkup.
Buat bisnes ni first n foremost, pergantungan kat Allah kena kuat. Dua2. Bukan isteri je. Dan TT kena bersihkan hati, redha dgn isteri berbisnes. Sebab suami yg ada sikit rasa tak redha dgn tindakan isteri berbisnes, boleh efek rezeki bisnes.
Then TT sit down dgn wife. Tanya dia vision, mission, dreams semua tu. Pastikan dlm kesemua tu ada include u and anak2. Brainstorm how uols can achieve that together.
Ada org dia visionary. Tapi tak reti buat kerja. Ada org dia operation. Tapi tak de vision. Ada org dia boleh market je tapi management out.
TT kena tau wife tu org yg macam mana. Kalau dia lack financial management, then cakap yang TT akan take over benda tu. Bukan sbb TT nak rampas kuasa, tapi sebab nak tolong dia supaya bisnes dia boleh pergi jauh.
Bisnes ni 9/10 punca rezeki. Nak sustain bukan mudah. Kalau dah 10 tahun bisnes, even dapat survive covid, sebenarnya dah boleh pecut dah tu. Just that maybe wife kurang org yg boleh backup utk brainstorm. Or whatever reason. U jadiklah x-factor yg buatkan bisnes wife tu meroket.
Bisnes ni owner kena banyak invest on themselves. Banyak membaca bagi terbukak minda. Kena banyak invest on hubungan dengan Allah, hubungan dgn manusia, hubungan dgn makhluk Tuhan.
All the best.
Satu lagi, suruh wife disiplinkan diri dapat je duit sales, asingkan untuk beli gold dulu dgn zakat dulu. Then baki baru selesaikan lain2.
Ajar wife macam mana nak baca management report. Amek tahu berapa maksimum diskaun boleh bagi kat orang. Belajar negotiate harga dengan supplier.
Sedekah, sedekah juga tapi jangan sampai menyeksa diri. Kawan2 juga tapi jangan sampai kawan makan kawan. Wife kena duduk dalam circle owner bisnes yang positif. Bukan typical makcik bawang. Jaga energy.