Aku Juga Sedar Dia Bukan Untuk Dimiliki

Aku seorang isteri yang mengalami marital burnout dan disahkan mengalami MDD.

Aku sudah tawar hati. Aku cuba cari dalam hati aku, masihkah ada ruang sayang itu pada suami, namun tidak kutemui.

Sungguh, hati aku telah kosong. Tiada lagi rasa ingin berkongsi cerita, tiada lagi rasa untuk bertegur sapa. Aku hanya bercakap perkara yang penting sahaja. Pabila sudah tiada rasa, hormat pun sudah hilang.

Aku berterus terang aku inginkan penceraian kerana hati aku telah pun tawar dan aku sudah tidak lagi mampu untuk menyayangi dia.

Dia sakit pun aku sudah tidak ada rasa kasihan atau rasa untuk ambil berat.

Maafkan aku, aku tidak ingin berperangai sebegini namun aku sudah tidak lagi mampu untuk bertahan, berlakon dengan menganggap tiada apa yang berlaku. Hati aku penuh dengan luka.

Namun, dia masih sayangkan perkahwinan ini, masih sayangkan aku. Dia janji untuk berubah. Tapi aku sudah hilang kepercayaan. Mampukah dia untuk betul2 berubah?

Pada hemat aku, dia tidak mampu. Aku perhati dalam dua bulan selepas aku voice out tentang penceraian, dia cuba berubah. Tapi hati aku sikit pun tidak terkesan.

Aku telah bagi dia peluang bertahun. Namun dia sia2kan. Bagi aku, dia dah pun terlambat. Perubahan itu datang setelah aku pinta untuk berpisah.

Kenapa baru sekarang? Perubahan itu pula bukanlah kerana dia betul-betul ingin berubah tapi hanya kerana takut kehilangan aku.

Maafkan aku kerana aku tidak mampu untuk membuka aib kami disini. Atas dasar apa hati aku sudah tawar, aku sendiri tiada jawapan. Tanpa aku sedar, hati aku sudah pun mencapai tahap maksimum. Enough is enough.

Kami sudah tidak sekufu dalam cara fikir dan juga dalam komunikasi. Kami banyak berbeza pendapat. Dan biasanya aku yang mengalah. Aku senyap. Sudah tidak perlu untuk jelaskan apa2 lagi. Kerana selama ini pun dia tidak pernah untuk cuba memahami. Emosi aku penat.

Aku sudah melalui berbulan sesi terapi. Akhirnya aku sedar, self love itu lebih utama. Cerai yang aku pilih agar aku mampu pulih. Tidak lagi dikuasai ammarah tidak terkawal. Anak2 yang jadi mangsa.

Sabar kami senipis kulit bawang. Aku sudah tidak mampu untuk hidup dalam keadaan sebegini. Aku fikirkan emosi anak2 dan masa depan mereka.

Namun bagi suami, jika penceraian dipilih, itu akan menjejaskan emosi anak2. Tapi fikirkah dia, untuk kekal dalam keadaan sekarang pun sudah mendera emosi mereka?

Selepas sebulan aku suarakan niat aku ingin bercerai, aku jatuh hati pada satu susuk tubuh yang far better dari suami aku yang membuatkan aku sedar, masih wujud seorang suami yang melayan seorang isteri selayaknya.

Ya, dia suami kepada isterinya yang tersangat aku kagumi. Dia jelas dengan perinsip tidak akan mengkhianati isterinya namun dia telah pun memenuhi ruanghati aku.

Aku tidak mampu untuk menghilangkan rasa itu. Banyak percubaan untuk step back namun aku tidak berjaya. Aku sudah pun emotionally attached to him.

Aku memahami perasaan tt penulis confession itu, (https://iiumc.com/aku-sedar-dia-bukan-untuk-dimiliki/).

Ujian baginya sudah terlalu berat. Bukan mudah untuk kita melupakan cinta yang hadir tanpa diminta. Bersabarlah duhai hati. Allah ada. Allah yang bagi rasa ini, Dia juga akan bagi penyelesaiannya.

Bagi aku, aku masih perlu berhubung dengan suami itu, aku tiada niat untuk menyondol. Aku hormat prinsip dia. Aku perlukan teman saat emosi aku berada at the lowest point in my life. I am losing myself. He is here just to make sure i am okay

Aku tahu ini dosa. Tapi aku juga tahu rasa ini dari Dia. Dia juga yang hadirkan insan itu dalam hidupku saat aku benar2 jatuh. Aku berdoa agar aku ditakdirkan dengan penghujung yang indah sahaja.

Sekian luahan rasa hati seorang yang kini hanya mampu untuk meneruskan hari2 yang mendatang demi anak2 dan masih berusaha untuk pulih. Masih berteka2 apakah kesudahan pada kisah ku ini. Aku serahkan semuanya kepada Dia.

– Maznah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Orang tua2 kata ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Allah dah bagi Al Quran dan Sunnah sebagai petunjuk.

    Pastu nak salah kan Tuhan bagi rasa sayang kat suami orang. Hmmmmm…. Malas nak cakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *