Salah satu trauma aku dengan isteri curang tempat kerja ni sebab 2 kes ialah dari circle keluarga sendiri. 1 lagi ialah circle office aku. Semua tu kerja office.
Yang terbaru ni ialah kes curang antara 3 bini orang dengan doktor Cina di Kelantan tu. Apa kita boleh belajar?
Antaranya adalah perempuan tak sesuai bekerja jauh dari rumah. Kalau nak kerja, buat kerja yang jauh dari pergaulan fizikal lelaki.
Ya, cuba tanya, kenapa agama letakkan kewajipan cari nafkah tu pada suami. Tak ada satu dalil pun membebankan isteri cari nafkah.
Nak nak kalau bini tu cantik, simpan dekat rumah jangan bagi orang tengok je lah. Bila orang cantik banyak bergaul atas alasan kerja, mesyuarat, client, mesti ramai yang minat.
Bila ramai minat, yang ramai tu bukan semua duduk diam, ada yang mulakan langkah. Tapi yang pasti, orang takkan minat kalau dia tak tahu pun wujud ke tidak bini kita tu.
…..
Setuju ke tidak, kita kena terima yang perempuan ni semulajadi hatinya baik, naif, lemah, mudah kesian, mudah serah diri bila semua unsur tu dah dimanipulasi.
Goda lelaki ni senang, Datang perempuan sorang, buka pakaian je dah cukup, tak perlu ungkap sepatah perkataan pun. Tapi nak goda perempuan susah, hati mesti buka dulu.
Tapi, walaupun susah, kepakaran lelaki ialah manipulasi. Sebab tu walaupun era kebangkitan wanita dah lama berlaku 1848 lagi, tapi 10 usahawan terkaya di dunia masih lelaki.
Ini sebabnya dunia bisnes penuh unsur manipulasi. Kalau mental, emosi tak tahan, memang berputih mata.
…..
Jadi, lelaki suka manipulasi, perempuan pula insan yang lemah. Serba serbi dia lemah. Fizikal lemah, emosi lemah. Tapi perempuan moden tak terima hakikat ni. Dia nak cabar semua sistem tradisional. Kata dia, ini semua tak betul, social construct je.
Dia rasa lelaki ni nak kawal semua. Kuku besi, diktator, autoritarian. Padahal sebab kita lelakilah kita dah tahu mana titik lemah perempuan, sebab tu kita nak elak dia dari bergaul dengan lelaki lain.
Sebab tu ayah kalau tahu anak perempuan kenal lelaki. Dia terus risau. Dia mulalah tunjuk sifat protective dia. Dia tak sama macam bila mak tahu anak perempuan ada boyfriend. Ini sebab ayahnya dah tahu apa lelaki ni mampu buat, capabilitynya apa, apa nature lelaki.
…..
Cuba bayangkan bini orang hari² ada lelaki sorang tu dekat tempat kerja selalu tolong dia, teman dia masa sunyi, puji dia. Takkan dia takde hubungan emosi. Mesti ada. Lama² dia akan rasa terganti dengan apa yang suami dia mungkin kurang.
Sebab tulah bini orang, bertudung ke, ustazah ke, mutawwif umrah ke, anak 6 sekali pun. Boleh hanyut. Pokok pangkalnya, tidak ada jaminan pun walaupun tinggi didikan agama seseorang tu.
So, kes curang boleh kurang mendadak kalau isteri tak kerja office, duduk rumah. Atau buat bisnes online atau job freelance. Atau, kerja jadi PA suami urus bisnes suami. Boleh sama sama fikir, Chatgpt kan ada.
Ok, nanti perempuan tanya pulak. “Habis tu suami tak curang ke tempat kerja” dia gini, kalau tempat kerja tak ada perempuan, lelaki nak curang dengan siapa lagi.
Tak payah nak kata “Lelaki ni bukan boleh harap, nanti dia jadi gay pulak”, itu negligible sebab luar tabi’i. Kalau dia memang minat lelaki, dia duk rumah pun dia tetap minat lelaki.
…..
Dan macam biasa, perempuan akan justifikasi tindakan seksual dia dengan kehadiran hubungan emosi. Contohnya “Tapi i had sex dengan dia bukan sebab lust, tapi sebab hati I rasa kosong, you dah abaikan I”
Well, have it your way.
Dan macam biasa juga, perempuan akan kata “Habis tu Siti Khadijah tu bekerja. Takkan dia tak jumpa dengan lelaki kut”
Pertama sekali, cuba banding kita sama tak macam Siti Khadijah, ilmunya, akhlaknya, kita ada tak ciri² yang sampai Nabi pun jadikan cinta pertamanya.
Kedua, kita pun tak tahu cara dia bekerja macam mana. Kalau dia buat bisnes sama² dengan nabi, then dia tak sama macam kerja di pejabat berjauhan, kerja dengan orang lain.
Ketiga, yang didik dia tu nabi sendiri, Rasulullah. Nabi terakhir. Bukan macam suami kita.
Kata nabi “Aku yang paling alim berbanding kamu semua” masa nabi nasihatkan pada 3 lelaki yang jumpa A’aisyah tentang amalan² nabi tentang puasa, bergaul dgn keluarga dan solat.
…..
Ini bukanlah fakta tapi pandangan aku relatif kepada dunia moden harini.
Rasanya kalau banyak sangat kes curang di office. Sampai satu tahap majlis fatwa sampai keluar fatwa kut sebagai langkah pengawalan kebejatan sosial dan keruntuhan institusi keluarga, benda ni tak mustahil dalam 40-50 tahun lagi.
– Jurat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya faham trauma awak, tapi rasanya isu curang bukan sebab perempuan bekerja. Kalau semua perempuan duduk rumah, siapa nak jadi doktor, cikgu, jururawat? Ramai je perempuan kerja jauh tapi tetap setia. Masalah sebenarnya bukan pada kerjaya atau jantina, tapi pada individu yang sanggup manipulasi dan pilih untuk curang.
Curang itu pilihan. Saya lebih 20 tahun PJJ. Banyak godaan tapi saya setia. Suami juga setia. Masing2 tahu tugas dan tanggungjawab masing2. Saya tiada masa utk curang sb sibuk dengan anak2 dan tugasan. Begitulah..
apa benda la yang aku baca ni