Aku Isteri Yang Jahat Ke ?

Assalamualaikum panggil saya Jelita (bukan nama sebenar). Tujuan saya meluah di sini adalah untuk bertanya pendapat semua perempuan yang bergelar isteri. Kongsi la kisah saya ni, supaya saya boleh nampak pendapat pendapat yang diberi oleh semua di sana.

Saya baru berkahwin selama 6 bulan. Suami saya Ammar (bukan nama sebenar) seorang mualaf yang baru saja memeluk agama islam. Suami saya seorang yang sangat baik, penyayang dan sopan dari awal perkenalan kami dari tahun 2022.

Suami merupakan seorang anak sulung, yang berhijrah untuk bekerja dari sabah ke johor. Suami saya telah bekerja di johor sejak tahun 2020. Suami tidak pernah berkira dari segi apa pun selama kami kenal sehingga la ke hari ini.

Namun, ada satu hal yang kurang saya gemari dari suami saya. Disebabkan sikap senang simpati suami saya dia selalu menolong adik beradik dan ipar ipar dia. Tolong dari segi apa? Kalau emergency boleh la kita faham tapi, minta tolong topup kan untuk mereka berempat main game, dan melayari internet.

Oh btw, suami saya mempunyai adik lelaki 2 orang. Which means suami saya anak pertama. Anak kedua angah (bukan nama sebenar), anak ketiga ude (bukan nama sebenar). Masing masing dah ada bini. Tapi, yang ude tu masih belum berkahwin tapi sudah mempunyai anak (sebab belum memeluk agama islam).

Sebelum berkahwin, semasa dalam fasa merisik dan bertunang, adik beradik dan ipar suka meminjam duit, meminta topup. Kalau adik beradik masih boleh terima la kan tapi kalau sampai ipar ipar chat minta topup? Siapa je tak rasa marah kan.

Tapi time tu saya pun belum bergelar isteri jadi saya diamkan. Cuma banyak pendam dan diamkan. Sekali sekala tu adalah sindir, “aik topup tolong smpai ipar ipar pun minta awak, apa function adik adik awak tu jadi suami, sampai minta kt abg ipar.”

Tapi macam biasa la suami ku seorang yang diam tak cakap banyak. Dia cuma jawab, “ok la takpe, lepasni kita tak bagi dah ipar ipar ok”. Aku cuma diam.

Lebih kurang beberapa minggu sebelum berkahwin, suami chat “sayang ada benda nak bincang sikit.” Okay ni dah rasanya tak berapa best bila suami aku mula bercakap macam ni. Aku menjawab dengan nada berseloroh, “ye kenapa tu?”.

Suami pun terus menghubungi dan menceritakan bahawa adiknya ude, telah mengandung kan perempuan dan sekarang perempuan yang bersamanya tu ingin melahirkan anak tapi…. Perempuan yang hendak melahirkan tu tiada ic, dan bukan status kewarganegaraan.

Imagine! Takde ic so bersalin kat government memang sah sah la caj dalam 4k atau 5k macamtu. Duit yang suami aku simpan untuk honeymoon kami dikeluarkan diberi kepada adik nya si ude. Masa tu aku naik angin la juga “kalau tahu takde ic budak perempuan tu kenapa sibuk bersama, tengok akibatnya”. Emosi aku bercampur.

Bayangkan dah book all the honeymoon packages. Tiba-tiba duit nak kena dahulukan pulak untuk orang yang buat anak tapi tak fikir kesan. Buat anak tak kisah kalau status halal.

Tapi adik lelaki suami, agama kristian, perempuan tu pula islam. Dalam masa agama pun belum convert dan kahwin pun tidak. Tapi aku malas nak amik tahu. Aku anggap tu dah over. Sebab maybe aku masih belum bergelar seorang isteri lagi pada ketika itu.

Sekarang, Aku seorang isteri kepada suamiku, Ammar (bukan nama sebenar). Macam biasa adik beradik masih meminta duit, meminjam tapi aku diamkan mungkin sebab apa yang suami aku beri cukup la buat aku.

Selepas berkahwin kami duduk di rumah keluarga ku. Bil-bil masih sama, abangku, Adam (bukan nama sebenar) membayar bil air, dan sewa rumah separuh. Kami kongsi. Sejak ketiadaan, abah pada tahun 2023. Kami adik beradik kongsi bayar berdua.

Aku mempunyai 4 adik beradik. Abangku adam (bukan nama sebenar) anak sulung berumur 26, aku anak kedua berumur 24 tahun, dan dua orang adik perempuanku Ana dan Ain (bukan nama sebenar) masing masing berumur 15 dan 16 Tahun. Kami masih mempunyai seorang ibu yang merupakan suri rumah dari dulu sehingga sekarang yang berumur 50 tahun.

Bil air, abang aku bayar. Bil api, aku bayar. Astro aku bayar. Sewa rumah half half kami bayar. Adalah bisnes kecil dari arwah abah yang kini diurus sepenuhnya oleh abangku. Bisnes yang tidak mempunyai untung yang banyak tapi cukup membantu membayar bil bil lain dan cover sikit sikit untuk bayar sewa rumah.

Jadi selepas suami tinggal bersama, bayaran sewa rumah berubah, kepada setiap 3 orang dari kami membayar 250 seorang. Dalam RM750 daripada kami. Sewa rumah di johor agak tinggi iaitu RM900. Jadi wang yang kurang di cover oleh duit yang meniaga dari bisnes kecil yang di urus oleh abangku.

Suami ku membeli rumah, jadi akhir akhir ni memang banyak la nak kena bayar, insurance RM2000 dan ada bayaran lain yang perlu di bayar juga. Faham faham la kalau beli rumah kan. Banyak duit yang diperlukan.

Tiba-tiba aku terbaca satu chat dari phone suami ku. “belikan la anak aku hadiah birthday” dari adik suami ku si angah. “aku dah janji dah dengan anak aku kau akan beli kan dia basikal untuk birthday dia nanti”.

Aku scroll chat melihat jawapan yang diberi kan suami ku “nantila eh, aku tengah kurang duit”. Si angah membalas “hmm yela tapi aku dah janji dengan anak aku kau nak beli”. Aku terus tanya suami ku “ada janji ke dengan anak dia nak belikan basikal?”. Suami ku membalas “takde, tapi takpela”.

Aku terus menjawab “aik, anak dia. Dia sendiri la beli kan nape nak abg pula belikan untuk anak dia. Kalau dia betul sayang anak dia. Seorang bapak sanggup buat apa je belikan anak dia mainan”. Suami aku diam, mungkin malas menjadikan isu. Lalu, aku pun diam tanpa berkata apa apa.

Suatu hari, berlaku satu kejadian yang sangat memberi aku rasa terluka…

Pada bulan 7 yang lalu, aku disahkan mengandung! Masyallah tabarakallah alhamdulillah. Aku alami gejala yang teruk! Alahan, muntah, pendarahan, loya, sakit kepala. Mungkin sebab trimester 1. Emosi memang tak stabil! Rasa nak nangis je.

Aku pun cari susu untuk ibu mengandung, anmum. Aku beli menggunakan duit aku sendiri sebab bulan tu suamiku kekurangan duit disebabkan membayar RM2000 untuk insurance rumah. Jadi aku ok je, sebab aku pun bekerja sendiri. Jadi ok la, kan. Tapi aku minta suami aku bayar kan balik sebab nak la suami bayarkan sebab anak dia kan hihi.

Jadi bulan tu, aku kesian tengok suami aku. Aku pun cakap “sayang takpela bulan ni kalau sayang tak boleh nak bagi duit nafkah dulu pun takpe. Saya ok je. Sayang utamakan la apa yang patut dulu”

Aku pun mengeluarkan sebanyak RM1200 daripada credit card dengan buat bayaran ansuran selama 12 bulan, quick cash untuk membantu suami. Suami pun mengucap terima kasih dengan senyuman tawar. Sebab aku tahu dia tak suka susahkan isteri.

Beberapa hari berlalu, suami aku tak senang duduk. “Sayang, nak bagitahu ni…” Muka dia penuh rasa kesal. “kenapa sayang?”. “Adik saya angah kena tangkap sebab ada barang bersama, polis tahan. Tapi polis cakap kalau nak lepas bayar RM2000 kalau tak si angah tu ke lokap dalam 7 tahun penjara”

Aku jawab spontan “ha biarla kena tangkap, salah dia amik barang, bawak lagi barang.” Tanpa pengetahuan aku suami aku dah bayar dah polis tersebut selepas dipujuk pujuk bayaran sebanyak RM1000. Aku angin, aku naik angin sepuas-puasnya. Yela dari dulu issue si angah tak habis habis. Susah je minta duit dari abang dia yang kat johor.

Dia kat sabah dari dulu lagi kerja nak senang, bila kerja takde kwsp, dia cakap nak berhenti sebab tak suka kerja tu takde kwsp. Sedangkan baru masuk kerja baru tu. Kau rasa? Kalau kau bujang kerja nak berhenti berhenti ok, tapi anak satu ada isteri suri rumah. Kau kerja nak memilih. Susah jenis orang macam ni.

Aku memang cukup marah suami aku. Bayangkan aku cakap tak perlu bagi duit nafkah sebab kesiankn suami aku, siap buat ansuran bayaran credit card 1200 untuk tolong suami. Tapi si angah buat kerja bodoh dan call abang nya untuk minta tolong bayarkan polis. Nak pinjam katanya.

Aku sendiri pun guna duit sendiri barang barang keperluan sabun shampoo, makanan menggunakan duit yang aku kerja. Memang aku angin. Korang rasa aku patut ke angin atau menerima dengan hati terbuka ?

Sekarang dah 2 bulan suami aku kurang duit untuk cover balik bayaran bayaran rumah tu. Aku faham. Aku ok. Sebagai isteri yang baru berkahwin aku faham je kalau susah kami berdua tapi susah sebab orang lain? Memang aku tak boleh terima.

Sekarang pula, si angah bebas la sebab dah bayar kan duit kat polis. Tapi nak beli kereta baru pulak sekarang. Tak kisah la rezeki masing masing even dia ada kereta secondhand. Tapi yang tak best, minta suami aku jadi guarantor. Dengan dia yang ambik barang.

Tak ke jadi pening kepala kalau tahan ke lokap pastu kereta guarantor nak kena bayar? Suami aku pulak nak kena menanggung kereta kau kalau kau kenapa kenapa. Kalau normal takpe, tapi tak normal. Maaf cakap.

Suami aku menolak untuk menjadi guarantor. Kereta secondhand si angah dijual pada bapaknya sebanyak 1500 then bayaran bulanan si bapak bayar. 1000 tu katanya nanti nak bayar semula pada aku dan 500 si angah nak guna.

Kereta baru berjaya dikeluarkan tanpa guarantor dengan rate yang sangat tinggi hampir 6 percent dari salah satu bank di malaysia. Aku tak nak sentuh kereta apa yang diambil oleh angah walaupun memang kereta yang bukan standard tapi premium. Lantak la aku tak kisah pun.

Tapi tiba-tiba harini, si bapak mertua aku minta tolong bayarkan duit kereta dulu sebab nak bayar kreta yang dibeli oleh angah. Sebab duit yang di bayar tu nanti si angah nak buat as deposit kereta.

Situasi jelas dia macamni. Si angah jual kereta pada bapak nya, tapi si bapak minta duit dari si abang untuk bayar kan. Demi tolong si angah untuk deposit kereta. Yang susah siapa? Si suami aku dan aku yang terus susah sebab disusahkan oleh orang yang tak reti bersyukur.

Kereta secondhand ada tapi nak beli kereta baru? Hutang ipar 1000 kes hisap batu. Aku isteri yang jahat ke?

– Jelita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Jangan letak kesalahan adik beradik suami atas bahu suami. Dia sebagai abang kena buat apa yang patut untuk bantu. Kalu nak marah, marahlah adik beradik suami tu terus. Suami ko dah cukup tersepit dalam masalah family dia, jangan tambahkan lagi. Ko punya support dan memahami situasi suami sangat2 membantu. Tapi ko kena banyak guide dia untuk guna budi bicara dengan lebih baik. Ada benda perlu tolong, ada benda tak boleh tolong. Macam jadi guarantor tu suami ko tolak, so aku dapat sense suami ko ni bukannya bodoh dan baik tak bertempat. Tapi dalam situasi adik dia bakal ke penjara 7 tahun, dia kena berfikir sangat mendalam sebelum buat keputusan. Ko sebagai isteri bantu dia buat keputusan dengan berbincang sebab aku tengok dia ada rujuk dengan ko jugak. Kalau ko keras sangat masa berbincang, mungkin dia tak selesa nak bagitau atau bincang apa2 lepas ni. Lagi satu, lepas dah berbincang dan pikir dalam2, ko support je la keputusan dia. Sebagai isteri ko kena tahu kedudukan ko dalam rumahtangga. Sebagai penyokong bukan pembuat keputusan.

  2. Awak kene control duit suami awak. Lepas ni dapat gaji je awak pegang duit dia, tapi kene dapat persetujuan bersama la. Kalau tak awak akan repeat the cycle sampai bila bila, trust me.

  3. Since dia mualaf, bawak dia jumpa ustaz. Mengaji lagi pasal nafkah ni. Dia perlu tahu dalam islam kat mana prioritynya.

    Kemudian, cut all ties dgn adik beradik dia. Dia dah masuk islam sebab tu dia baik. Islam memang suruh sedekah pada family. Tapi islam tak suruh jadi hamba family.

    Kalau sis marah2 selalu dia akan salah faham kat sis. So bagi dia faham agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *