Awareness – Kisah Anak Jantung Berlubang

Assalamualaikum dan hai buat pembaca sekalian. Saya terdetik untuk buat perkongsian pengalaman saya untuk tatapan kalian.

Saya tak pandai mengarang, jadi saya cuba untuk cerita seringkas dan sepadat yang mungkin supaya tak meleret.

Alhamdulillah hari ni genap saya 2 bulan menetap di hospital menjaga anak saya kini berusia 3 bulan yang baru saja menjalani pembedahan jantung berlubang.

Awalnya sewaktu bayi dalam kandungan, saya juga telah menjalani detail scan seperti ibu2 yang lain. Sonographer ada memaklumkan bahawa beliau tak nampak dinding jantung.

Sebagai naluri ibu, walaupun ada rasa yang pelik, tetap saya diamkan sebab saya diminta untuk repeat scan sehingga 3x. Akhirnya dalam laporan detail scan hanya memaklumkan kemungkinan salah tarikh edd (expect baby masih belum fully grow waktu tu).

Ketika ini saya tak pasti perlu repeat di klinik lain atau tidak dan akhirnya guna report detail scan kali ketiga tersebut.

Nak dijadikan cerita sewaktu third trimester baby saya disahkan SGA (small gestational age) di mana berat dan saiz bayi kecil dari yang sepatutnya. Waktu tu masih bersangka baik mungkin hanya bersaiz kecil tanpa sebarang komplikasi.

Fast forward saya selamat melahirnya puteri saya dengan mudah. Hanya 10 minit dalam labour room dan tanpa jahitan. Satu nikmat besar yang Allah campak untuk saya. Tempoh pantang yang amat tenang, berlainan dengan anak pertama.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Sewaktu saya check up baby 1 bulan di Klinik Kesihatan, entah tak semena-mena terkeluar dari mulut saya bertanyakan doktor sama ada anak saya ada kahak banyak dalam hidung tak sebab kadang2 saya terdengar kahak menebal sewaktu tidur.

Doktor terus check dengan stethoscope dan terdengar bunyi ‘murmur’ .

Bermulalah detik yang tak disangka2. Anak saya dirujuk ke hospital besar.

Saya dan suami agak tenang kerana sangkakan (dan berharap) mungkin ada kesilapan sewaktu checkup sebelum ini. Sesampainya kami di hospital, doktor terus arahkan saya untuk buat x-ray dan echo.

“Baby’s in failure… baby’s in failure.. baby’s in failure..”

Ayat tu buat darah saya hilang entah ke mana. Oxygen macam tak sampai ke otak. Doktor terus pasangkan oxygen, pasangkan tube susu dan bertanyakan macam mana pergerakan bayi sepanjang tempoh sebulan.

Tak sangka. Betul-betul tak sangka itu hari terakhir saya breastfeeding sebab saya dah bertekad untuk fully bf jika dikurniakan anak kedua. Sebak juga bila fikirkan semula. Allah lebih Mengetahui.

Sejujurnya anak saya tiada simptom kebiruan, nafas pun agak biasa, tidak berpeluh semasa menyusu. Cuma, pada hari kejadian, doktor ada tunjukkan lekuk pada bawah rib cage anak. Sebelum ni ada perasan tapi lekuknya tak berapa dalam.

Dalam firasat saya sebab anak ni memang kecil sikit saiznya (walaupun berat optimum semasa deliver), jadi lekuk sikit tu mungkin logic dan normal. Kesalahan saya yang keberapa sebagai ibu yang menganggap semua adalah normal untuk bayi kecil ni.

Sehinggalah doctor sahkan bahawa anak saya ada dua lubang pada jantungnya (ASD & VSD-moderate) serta saluran injap yang sempit (pulmonary valve stenosis).

Saya terduduk sebab dasarnya nampak anak okay. Namanya Serene (Tenang). Setenang itulah wajahnya.

Saya dan suami masih dalam denial. Malam tu adalah malam yang paling tak boleh dilupakan. Maklumlah, nak dapat anak kedua ni agak susah dan jauh gap nya dengan anak pertama.

Saya cuba recall semula simptom2 di rumah. Boleh kata baby saya hanya kerap tertidur sewaktu menyusu. Selang 10-15 minit pasti akan tolak susu dan tertidur.

Ini satu2 nya simptom yang saya boleh kaitkan selain nampak lekuk kecil pada dadanya. Saya sangkakan dia kenyang tapi sebenarnya dia penat.

Berjujuran air mata ibu tu tak boleh nak sangkal, duk menyalahkan kenapa lambat saya detect. Mujur Allah detikkan hati bertanyakan hal kahak (yang sebenarnya tak ada pun ) di KK tempoh hari.

Saya berharap pengalaman saya yang tak seberapa ni boleh bantu ibu2 kat luar sana untuk alert tentang masalah jantung berlubang. Hakikatnya masalah jantung berlubang boleh terkena kepada sesiapa sahaja.

Sepanjang sebulan sebelum kejadian, ramai doktor dengar degupan jantung anak saya tapi tiada seorang pun tak berjaya detect.

Bukan menyalahkan mana-mana pihak sebab faham juga mungkin waktu itu anak masih belum matang dan kecil. Allah Maha Baik, saya masih dapat cegah diperingkat awal.

Untuk ibu2, teruskan bertanya kalau rasa tak sedap hati. Kalau perlu, tanyakan terus bunyi jantung anak okay atau tidak supaya mereka lebih alert untuk check bunyi tersebut.

Kalau ada pengalaman ibu2 yang lain berkenaan anak sakit jantung boleh juga komen supaya dapat saya belajar cara penjagaan anak nanti. Terima kasih jika sudi berkongsi.

Untuk sekarang masih tak pasti perlu jadi ibu yang protective level mana. Masih perlu banyak pembacaan dari segi cara penjagaan emosi anak serta pemakanannya.

Di kesempatan ni saya nak berterima kasih kepada team frontliner kakitangan hospital kerajaan yang telah banyak membantu saya sepanjang anak saya warded. Para misi dan doktor memang berdedikasi dan sangat mesra.

Terima kasih team surgeon Datuk Dr Hamdan & Dr Luqman and the team dari Hospital Serdang, tak lupa kepada Dr bertugas di Klinik Kesihatan Lenggeng dan jutaan terima kasih buat Dr Faizah serta team kakitangan Wad 8A Hospital Kajang kerana telah menjaga anak saya dengan baik.

Semoga Allah permudahkan urusan buat kalian. Saya berharap agar ucapan dedikasi saya tak ditapis oleh admin sebab saya betul2 berterima kasih kepada insan2 yang saya sebutkan di atas.

Jaga diri dan semoga yang baik2 untuk pembaca semua.

Salam sayang,

– Ibu Serene (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan puan. Mungkin puan boleh hantar penghargaan melalui laman sispa

  2. Semoga urusan Puan sekeluarga dipermudahkan. Semoga serene sihat dan membesar jadi anak solehah.

    Ibu2 kena alert dengan pernafasan anak. Anak saya lepas bersalin, banyak kali doktor periksa kata normal. Tapi bila menyusu, saya perasan bunyi pernafasan anak tak smooth. Saya insist doktor check semula. Akhirnya mereka dapat kesan ada air dalam paru2, terus masuk nicu 2 minggu on antibiotic.

    Anak2 lain alhamdulillah takde complication. Yang ini, first time saya masuk nicu lepas 1-2 hari bersalin. Sangat menginsafkan tengok baby2 dan mak baby ada yg dah bersalin 3 bulan tapi masih berpakaian pantang. Anak pun tak merasa lagi susu ibu.

    Malam pertama teman baby, saya witness another family, baby nya meninggal sebab ada air dalam paru2. Baru saya tau air dalam paru2 ni kes berat rupanya. Syukur Allah gerakkan hati untuk tanya doktor banyak kali.

    Semoga Allah ganjari pahala berlipat ganda untuk ibu2 yg anak2nya di nicu. Juga utk team perubatan yg gigih bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *