Keluarga Panas vs Keluarga Tisu

Orang kata, “opposites attract.” Aku dulu gelak je bila dengar. Tapi bila aku kahwin dengan K, aku rasa macam Tuhan nak tunjuk live demo dekat aku.

Aku ni darah panas, kalau ada benda tak kena, aku melenting dulu, baru fikir kemudian. Kadang cepat naik, tapi lepas tu cepat reda. Keluarga aku pun begitu. Rumah aku dulu penuh suara, penuh drama, penuh gelak besar, dan penuh riuh rendah macam pasar malam.

K? Dia lain. Macam hidup dalam dunia senyap. Dia bercakap sikit-sikit, suara perlahan, muka tak ada ekspresi. Kalau aku ni api yang menyambar, dia tu batu. Tenang, keras, susah nak retak.

Kadang aku pelik, kenapa hati aku boleh jatuh cinta dekat dia? Mungkin sebab dalam diam dia ada aura. Macam, kalau dia masuk bilik, semua orang automatik perlahankan suara. Power dia bukan dari cakap, tapi dari cara dia bawa diri.

Cerita aku dengan K bermula dengan cara pelik. Bukan dia yang approach aku, tapi aku yang approach dia. Typical Nad lah kan, kalau aku nak sesuatu, aku terus capai.

Aku nampak dia masa satu majlis di tempat kerja. Semua orang sibuk berbual, dia duduk tepi macam tak wujud. Serius muka dia, tapi ada sesuatu yang buat aku tak boleh ignore.

Aku pun pergi dekat, mula sembang. Dia jawab ringkas. Aku tanya sepuluh, dia jawab sepatah. Kalau orang lain, aku dah malas layan. Tapi entah kenapa dengan K, makin dia dingin, makin aku nak korek. Kami mula rapat masa tu, walaupun dia tak banyak cakap.

Lepas beberapa bulan berkawan, suatu hari aku bawa K jumpa keluarga aku. Aku sebenarnya risau. Keluarga aku terkenal dengan suara tinggi, kalau sembang pun macam bergaduh. Aku takut K tenggelam.

Tapi hari tu jadi kelakar. Masa makan, abang aku tiba-tiba naik suara pasal topik politik. Aku dah standby nak sorok K bawah meja. Tapi K? Dia duduk steady, kunyah nasi, mata tak berkelip. Langsung tak goyah.

“Politik ni semua sama je abang, kita yang bawah ni je bergaduh.” Abang aku terkejut, biasanya dia akan ‘berkempen’ sejam dua lepas tu.

Mak aku pula test dia, dengan nada tinggi: “K, rumah Nad ni kecoh sikit, awak tahan ke?” Dia angkat muka, jawab pendek: “Saya tahan. Nad yang kena tahan saya.” Semua orang senyap, lepas tu gelak besar.

Aku pelik, rupanya family aku respect orang macam tu. Bukan sebab dia lawan balik, tapi sebab dia steady. Dari situ aku nampak, api boleh terima batu. Walaupun mula-mula nampak pelik.

Even masa nak kahwin, aku yang mula: “K, saya suka awak. Kalau awak pun serius, jom kahwin.” Aku tahu ramai akan anggap gila. Tapi aku dah biasa follow hati.

Dia pandang aku lama, dengan wajah tenang dia tu, dan jawab, “OK, baik. Nanti saya hantar rombongan meminang.” Ringkas. Tak ada drama, tak ada bunga. Tapi aku rasa macam menang besar.

Aku jujur, aku tak expect apa-apa masa malam pertama. Siang tu K masih sama, serius, kaku, suara macam robot. Aku dah siap pasrah kalau malam tu jadi hambar.

Tapi bila pintu bilik kunci, semua expectation aku hancur. Dia bukan K yang aku kenal siang tadi. Dia jadi lain. Tangan dia yakin, mata dia tajam, dan untuk pertama kali, aku rasa aku milik dia sepenuhnya.

Dari diam, dia berubah jadi lelaki yang ganas, tapi bukan kasar. Dia tahu apa dia nak, dan dia tuntut sampai aku tak mampu melawan. Aku ingatkan aku yang akan conquer dia, tapi aku silap. Dalam bilik, dia yang conquer aku habis-habisan.

Hari-hari yang menjelang lepas kahwin, aku baru nampak perangai sebenar K. Dia tak suka gaduh. Langsung. Aku ni kalau ada benda tak kena, aku suka blast terus. Tapi dia, jalan pintas dia selalu, “selesai masalah, bukan bergaduh.”

Contoh, satu kali aku bengang sebab dia balik lambat tanpa mesej. Aku tunggu drama. At least jerit ke, defensive ke.

Tapi dia duduk depan aku, tenang-tenang cakap, “Awak nak saya berhenti kerja ke? Kalau itu buat awak tenang, saya boleh.” Aku terus speechless. Aku nak gaduh, dia matikan macam tu saja. Habis mood aku.

Satu lagi kali duit hilang, aku dah marah-marah. Aku suspect ada orang curi masa kami shopping. Dia tak bising- bising pun. Dia trace balik resit, kira semula, settle. Siap buat aku rasa macam aku over.

Dengan jiran pun sama. Ada salah faham pasal parking, aku dah siap perang mulut. Gaduh dalam WhatsApp group kediaman. Dia? Senyum, minta maaf walaupun jelas bukan salah dia.

Even dah beberapa kedai makan dan restoran dia boikot. Sebabnya? Pernah sekali, order kami lambat. Aku dah bising-bising dengan staf. K kemudian terus bangun, ajak aku keluar. Lepas tu terus kami tak jejak restoran tu lagi sampai sekarang.

Aku bukan nak boikot! Aku masih nak makan! Salah ke aku bising? “Buat apa bising-bising, kita tetap lapar,” kata K. Sambil drive ke restoran lain.

Aku rimas. Aku terbiasa dengan gaduh dan kemudian cepat reda. Biasa lah kalau ada konflik sikit-sikit dalam hidup. Tapi dengan K, gaduh tu tak wujud. Buang masa katanya. Dia suka elak konflik. Elak atau settlekan je. Dan kadang-kadang, aku rasa macam aku bercakap dengan tembok batu.

Masih aku ingat, raya pertama lepas kahwin, aku ikut K balik kampung. Aku ingatkan macam rumah aku penuh riuh, orang keluar masuk, gelak, jerit. Tapi pelik. Kat rumah K, sunyi.

Tetamu ada juga datang, semua OK. Tapi saudara mara tak penuh macam rumah aku. Kami kemudian cuma ziarah beberapa rumah saudara sahaja. Aku mula tertanya-tanya, “Takkan ini je saudara dorang?”

So aku mula siasat. Tanya sikit-sikit, korek cerita dari makcik, dengar bisik-bisik orang kampung. Dan masa tu aku ternganga.

Rupa-rupanya, keluarga K memang ramai saudara. Tapi banyak yang dah “hilang” daripada radar. Bukan sebab meninggal. Bukan sebab pindah jauh. Tapi sebab ‘menjauh’.

Aku terkejut bila dengar, ada saudara yang tak bertegur sejak 10 tahun lepas, sebab berselisih pasal harta pusaka. Ayah mentua mengalah, dan tak jumpa mereka lagi. Ada pula yang renggang sebab isu kecil, salah faham masa majlis kenduri. Benda remeh je, tapi mereka simpan.

Dan bila dah luka, mereka bukan jenis nak bincang atau menjerit lepaskan marah. Mereka pilih jalan “tenang”. Tapi versi “tenang” mereka hingga putuskan terus hubungan.

Aku yang datang dari keluarga “gaduh 5 minit, lepas tu makan sama-sama” memang tak boleh brain. Dalam keluarga aku, boleh gaduh pasal lauk masin, kemudian boleh berdamai balik esoknya. Tapi dalam keluarga K, hal-hal kecil, dorang tak gaduh. Sebab kalau hati dah kena gores, itu luka dalam.

Aku mula nampak pattern. Tenang mereka bukan bermaksud kuat. Tenang mereka fragile. Hati mereka tisu. Daripada hadap konflik, mereka pilih elak. Elak sampai sanggup putus saudara. Elak sampai sanggup pura-pura tak wujud.

Dan bila aku bandingkan dengan keluargaku sendiri, aku rasa macam terbalik. Keluargaku macam gunung berapi — meletup sekejap, tapi tanahnya subur semula. Keluarga K macam tasik beku — nampak tenang, tapi bila retak sikit, pecahnya tak boleh dicantum.

Aku tanya K suatu malam, “Kenapa family awak macam ni? Tak rindu ke dengan darah daging sendiri?”

Dia diam lama, pandang aku dengan mata tajam. “Nad, buat apa nak gaduh-gaduh? Darah tinggi, sakit kepala. Daripada terus luka, datang pula penyakit. Lebih baik menjauh.”

Aku tahu dia cuba protect keluarganya. Tapi jauh dalam hati, aku risau. Sebab aku tak sanggup bayangkan hidup dengan budaya “elak konflik sampai putus” ni.

Aku jenis suka gaduh kecil, sebab aku tahu esok boleh peluk balik. Kalau aku gaduh dengan K, adakah risiko dia ikut budaya keluarganya? Simpan, simpan, sampai hancur?

Masa tu aku sedar: aku bukan kahwin dengan K saja. Aku kahwin dengan budayanya. Dan dua dunia ni jauh sangat beza.

Kini kami dah ada anak, dan aku nampak beza budaya kami makin ketara. Aku jenis percaya anak kena rasa dunia riuh. Kalau buat salah, marah, tapi peluk balik. Supaya dia belajar tahan panas.

K lain. Dia cakap, “Kalau boleh, saya tak nak kita tinggi suara.” Dia percaya ajar dengan lembut, tanpa herdik. Aku tak boleh!

Aku bantah. “Kalau terlalu lembut, nanti anak jadi fragile. Nanti kena buli.” Dia balas, “Takpe, nanti kita hantar dorang pergi belajar martial art.” “Saya pun ada silat kan?” katanya berseloroh.

Hal ini betul-betul terjadi. Anak sulung aku ada tali pinggang biru. K selalu berpesan, jangan bergaduh. “You don’t ever throw the first punch, but make sure you throw the last one.” katanya tegas.

Satu hari, kawan sekolah mengejek-ejek anak aku, Dini. Tarik tali pinggang dia masa Dini tamat latihan. Dia tak lawan balik, tak ejek balik, tak jerit-jerit, tapi dia bagitahu cikgu. Bila dah berterusan, Dini dah tak tahan. Dia tumbuk. Biru mata budak tu.

Kami dipanggil ke sekolah, K dengan bersahaja dan yakin jumpa pengetua dan jelaskan. Tapi aku tak nak anak aku begini. Pada aku, kalau dia marah, mesti budak-budak tu akan takut.

K sendiri pun pernah ‘meletup’. Ada jiran di kampung mengamuk, mungkin sebab ketagihan dia, mungkin sebab mabuk. Aku tak perlu cerita hal orang panjang lebar di sini. Dia dah jerit-jerit minta duit daripada ayah mentua aku. Ugut dengan parang. Kami sekeluarga berkurung di rumah. Telefon polis.

Tiba-tiba K just keluar, nak bincang katanya. Kami sekeluarga halang, tapi K keluar juga. Tau-tau mereka bergelut. K patahkan tangan dia. Bila polis datang, K ikut sama-sama naik kereta polis. Bagi kenyataan di balai. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Aku fikir K tak reti marah. Tapi sekali dia ‘pecah’, aku sendiri takut. Tapi aku tak nak anak-anak aku jadi macam dia!

Kadang-kadang aku fikir, hidup aku dengan K ni macam novel pelik. Aku api, dia batu. Aku dari keluarga yang marah cepat, reda cepat. Dia dari keluarga yang elak konflik, tapi tindakan drastik.

Mendidik anak-anak, aku tahu jalan ni tak mudah. Aku akan cuba. Aku tak tahu apa jadi esok. Aku tak tahu sejauh mana aku boleh bertahan, atau sejauh mana K boleh terus tenang. Tapi aku tahu satu: aku pilih dia dulu, dan aku akan pilih dia terus.

Buat kau yang baca kisah aku sampai habis, aku minta satu: doakan aku, Nad, terus kuat. Doakan aku dan K berjaya didik anak-anak jadi manusia yang tahu marah tanpa hilang kasih, tahu diam tanpa hilang jiwa.

Kisah aku dengan K belum tamat.

– Nadhirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *