Aku perempuan, usia 40 tahun, masih bujang, seorang guru yang sangat komited dengan kerja dan ada bisnes sampingan.
Aku anak sulung, mak ayah masih ada dan tinggal denganku di kampung halaman ini. Setiap kali cuti, aku akan bawa mereka jalan-jalan jumpa anak cucu dan saudara mara.
Fokus hidupku adalah mak ayah, adik-adik dan anak-anak buah. Aku akan dahulukan mereka dalam apa jua hal. Alhamdulillah aku happy je.
Di usiaku sekarang, soal jodoh memang sudah terkeluar dari radar hidup. Aku senang begini. Mungkin kerana masih trauma dengan pemergian si dia di saat kami menanti hari bahagia suatu ketika dahulu.
Mungkin juga sebab kecederaan akibat kemalangan yang menyebabkan aku dinasihatkan untuk tidak mengandung jika berkahwin. Jadi aku memilih untuk membujang hingga kini. Tapi aku ok je. Aku bahagia je.
Hinggalah tiba-tiba beberapa bulan yang lalu, ada ‘keluarga jauh’ iaitu 4 pupu ayahku datang bertandang. Atas tujuan rapatkan silaturahim katanya. Mereka melamar aku untuk adik bongsunya. Mak ayah dah tak ada, jadi kakak abangnya lah yang uruskan.
Dia duda, anak 2 (umur 20 dan 17), kematian isteri masa lahirkan anak kedua tu 17 tahun lalu. Kedua-dua anaknya ada ye time ni.
Aku tak tahu nak respond apa masa tu. Tahu-tahu cincin dan telekung dihulur sebagai hadiah. Kelu lidah ni nak jawab apa. Sebab dia pangkat pakcik aku.
Aku baru pernah jumpa dia sekali je masa kenduri di rumah adik aku tahun lepas, dan ini kali kedua. Tak pernah berbual apatah lagi berkenalan.
Katanya lepas kenduri tu, dia dah cari segala info pasal aku melalui saudara mara dan kenalanku.
Dan sebenarnya ni bukan kali kedua jumpa. Banyak kali di kenduri-kenduri keluarga kami yang lain. Tapi aku tak perasan sebab tak kenal dan dia pula tak berani nak tegur aku. Katanya semakin lama kenal, semakin dia dan anak-anaknya berkenan dengan perwatakanku.
Aku tak ada jawapan masa tu. Jadi aku minta bagi masa untuk fikir dan kenal dulu. Mereka setuju, sebulan kata abang-abang dan kakak-kakaknya. Selepas sebulan, aku memanglah tiada jawapan.
Aku dah bincang dengan mak ayah, mereka sebenarnya sangatlah setuju tapi serah kat aku untuk buat keputusan sebab ni masa depanku. Mereka tak paksa. Tapi mereka nak anak sulung mereka ni bahagia, ada keluarga sendiri.
Tentang dia. Aku dah cuba untuk kenal hati budinya. Memanglah dia baik, aku kagum dengannya, bukan senang nak besarkan anak-anak tu. Tapi dia berjaya didik anak-anaknya dengan begitu baik.
Si abang sekarang belajar di luar negara, si adik pula di SBP, SPM tahun ni. Bab agama anak-anaknya pun sangat ok. Maknanya dia memanglah ayah yang bagus.
Dia pun dari segi kerjaya dan kewangan semua ok. Background keluarga (adik-beradik) pun ok. Kira aku tak nampak lagi kekurangnya setakat ini. Akan datang tak pasti.
Katanya sebelum ni dia memang nekad dah tak nak cari pengganti. Tapi lepas pertama kali jumpa tu, terus berubah. Dan bila dia nyatakan hasratnya, tiada langsung bantahan dari keluarga dan anak-anak. Bahkan semua sokong dan happy dengan pilihannya.
Tempoh sebulan telah berlalu, tapi aku belum ada jawapan. Aku nak pulangkan cincin tu, tapi dia tak nak. Dia kata takpe, ambil lah masa lama mana pun untuk fikir, dia akan tunggu.
Aku tak tahu, hati ni masih terkunci rapi untuk lelaki. Aku takut. Aku takut untuk letakkan rasa sayang tu kat orang sebab takut dia pun akan hilang, pergi tinggalkan aku.
Sekarang dah hampir 2 bulan masa berlalu. Jujur aku sudah mula tertarik dengan sikap dan keikhlasan dia terhadap aku dan keluargaku. Cuma hati ni masih ragu-ragu untuk terimanya.
Kalau aku kahwin, siapa nak jaga mak ayah? Kalau adik-adik ada masalah, boleh ke aku nak terus drive on the spot pergi bantu mereka? Kalau itu, kalau ini. Macam-macam kalau.
Aku buntu antara keluarga yang ada dengan keluarga baru jika aku kahwin. Kalau ikut kata hati, aku dah bahagia dengan apa yang telah ada.
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dear Along,
Kahwin lah kerana Allah… untuk melengkapkan Sunnatullah -pastinya tiada ibu bapa yang dengan sengaja menghalang anak daripada berkahwin semata2 untuk menjaga mereka di masa tua. Insya-Allah hal jagaan ibu bapa masih boleh dibawa berbincang dengan bakal suami serta adik-beradik yang lain.
Begitu juga dengan urusan adik-adik, sampai masa kelak, mereka juga akan berumahtangga dan hidup sendiri. Siapakah yang akan ada bersama Along kelak? Untuk bimbing Along lebih dekat ke jalan Allah?
Jika telah datang kepada Along pinangan daripada seorang yang diyakini agamanya, akhlaknya, elok latar belakang keluarga, janganlah ditolak… niatkan kerana Allah supaya setiap perbuatan Along kelak sebagai isteri berkkidmat kepada suamai akan jadi pahala yang berlipat ganda insya-Allah..
P/s: Kahwin nanti akan ada cabarannya, tak kahwin nanti pun ada cabaran juga… itulah kehidupan
Makcik andalusia kahwin di usia 43
Yg pertama sekali buatlb solat istikharah, letakkan kepercayaan kpd Allah, mintak sungguh2 petunjukNya. pasal mak ayah tu kena bincang elok2 sblm kahwin, adakah si dia setuju kalau masih nk jaga mak ayah awak. berkenaan ahli keluarga lain pulak, of course la takkan sama dah mcm dulu sbb bila dah kahwin priority tu dh berubah. Tapi kalau dia lelaki yg baik, InsyaAllah dia akan faham kalau awak sesekali nk membantu ahli keluarga yg lain tu.
Yg penting mak ayah awak suka, anak2 dia boleh terima awak, dan dia pun baik (mengikut cerita awak). Sblm buat apa2 keputusan, ambik masa nk kenal2 dulu. Kalau serasi sila teruskan
Hidup berkalau2 ni membuka pintu2 hasutan syaitan.
Kalau dh buat istikharah, terima jelah. Nampak semua ok tu. Kenapa tak nampak ni hadiah dari Allah?
Kalau tak kahwin awak akan bahagia… kalau dah kahwin pasti akan lebih bahagia… awak luahkan di sini maknanya awak boleh terima dia… yang was-was tu buangkan sahaja… kalau byk berfikir…memang tak jadi apa.. akhirnya rugi sendiri…