Saya Adibah (bukan nama sebenar), umur 30 tahun.
Baru-baru ni saya terbaca perbualan WhatsApp suami saya dengan seorang perempuan. Saya sangat sedih sebab rupa-rupanya suami saya masih cintakan perempuan tu dari tahun 2009 lagi.
Mereka tak pernah jumpa lepas habis belajar, tapi masih berhubung secara senyap melalui Instagram dan WhatsApp.
Saya baca dan dapati mereka mula rapat semula lebih kurang 6 bulan lepas. Masa tu perempuan tu pun baru berpisah dengan suami dia. Sejak tu suami saya selalu call dia, hampir setiap malam.
Saya baca mesej-mesej mereka. Penuh dengan kata-kata cinta.
Suami saya beritahu yang dia tak pernah lupakan perempuan tu. Katanya itu cinta pertama dia. Cara dia luahkan perasaan dekat perempuan tu buat saya rasa macam saya tak pernah ada dalam hati dia pun.
Paling saya tak boleh terima, suami saya namakan anak kami sempena nama perempuan tu. Saya rasa kosong sangat bila dapat tahu.
Saya akui hubungan saya dengan suami memang ada masalah, terutama dari segi hubungan intim. Dari awal kahwin saya memang tak selesa bersama dia. Hampir empat tahun kami jarang tidur sebilik.
Tapi saya masih setia. Saya tak pernah cari orang lain. Saya tak sangka dalam diam dia cari emosi dan cinta daripada orang lain.
Dengan saya, dia masih layan seperti biasa. Tak nampak langsung ada apa-apa yang pelik. Masih balik rumah, main dengan anak, gelak macam biasa. Tapi bila saya baca mesej dia dengan perempuan tu, hati saya hancur.
Saya tahu mereka sangat rapat secara emosi walaupun tak berjumpa. Mesej dia macam dia tak boleh hidup tanpa perempuan tu. Saya rasa dia memang ada plan nak kahwin dengan dia satu hari nanti.
Sekarang saya tertanya-tanya, patut ke saya undur diri? Sebab dari apa yang saya nampak, suami saya tak bahagia pun dengan saya.
Kami cuma nampak bahagia dari luar. Tapi dalam hati dia, cinta tu bukan untuk saya.
– Adibah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak lah kene start menggoda balik . Kalau ada masalah intim ,awak kene pulihkan . Jangan nak undur ,sayang rumah tangga awak . Awak kene start balik ,solat hajat + doa + ambik hati suami + hari2 baca alfatihah,niat sedekahkan utk suami + menggoda balik .
Awak taw suami kelemahan suami kat mana