Namaku Munirah. Awal 40-an, sudah berbelas tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang pada pandangan orang ramai nampak sempurna. Handsome, bergaya, kemas setiap masa.
Kawan-kawan selalu kata aku bertuah. Tapi mereka hanya nampak luaran, tak pernah tahu betapa kosongnya seorang lelaki yang hanya pandai jaga penampilan.
Suami aku juruteknik kerajaan. Gaji sederhana, tapi hidup seolah-olah di atas angin. Duit lebih banyak habis untuk kasut berjenama, kereta dengan logo gah, dan hobi motor besar.
Dia nampak segak bila naik superbike, tapi hakikatnya keluarga sendiri terperap di rumah setiap hujung minggu. Kami bukan keutamaan, hanya pelengkap gambarnya saja.
Bila masuk bab kemampuan, Allahu… dia memang gagal. Nak tukar paip bocor pun tak tahu. Mentol bilik terbakar, tunggu berhari-hari sampai aku sendiri yang cari orang pasang. Apa saja masalah teknikal rumah, jangan harap dia boleh selesaikan.
Aku pelik dulu kat sekolah dia ponteng kelas kemahiran hidup ke apa. Kadang aku rasa aku sendiri lebih cekap daripada dia.
Bila aku bandingkan dengan abang aku, makin jelas bezanya lelaki “benar” dengan lelaki “hanya rupa”.
Abang aku nampak biasa-biasa saja. Kerja swasta dengan gaji lima angka. Tapi yang paling aku kagum, dia memang damn capable. Semua benda dia boleh buat.
Kipas rosak, dia buka dan baiki sendiri. Mesin basuh tersumbat, dia godek sampai jalan. Paip bocor, dia tukar macam tukar bateri jam. Bumbung bocor, pintu longgar, wiring, semuanya dia boleh selesaikan dengan tangan sendiri.
Senang hati isteri dia, bahagia, anak-anak dia bangga ada ayah yang boleh diharap.
Itulah lelaki sejati. Dia mungkin tak ada rupa paras segak macam hero filem, tapi dia “capable”. Dia ada nilai sebenar yang buat isteri rasa selamat, anak-anak rasa bangga. Dia tahu tanggungjawab, dia tahu berdiri sebagai ketua keluarga.
Sedangkan suami aku… maaf kalau kasar, tapi memang loser. Handsome tak akan betulkan lampu bila rosak. Bergaya takkan selamatkan keluarga bila susah. Good looking takkan buat isteri rasa cukup bila semua benda remeh pun tak reti urus.
Masa sekolah dulu, zaman bercinta memang bangga dapat pakwe smart, bergaya, rempit, nampak daring. Budak lelaki nerd memang tak dipandang langsung.
Akhir kata, aku ok je macam ni. Tak la sampai nak bercerai berai. Aku pun ada kekurangan. Tolong doakan kami bahagia dan boleh terus terima kekurangan masing2.
Kalau boleh cuma nak suami tinggalkan la hobi ride dia tu. Belajar berjimat, belajar jadi suami yang capable, spend masa dengan family.
Pesan aku untuk adik-adik perempuan di luar sana:
Jangan tertarik sangat dengan wajah kacak atau gaya luar. Itu semua tak bawa makna bila sudah berumahtangga.
Pilihlah lelaki yang kompeten, yang boleh kau sandar bila susah, yang tahu tanggungjawab. Sebab akhirnya nanti, rupa hanya hiasan, tapi kemampuanlah yang akan tentukan bahagia atau sengsara hidup kau
– Munirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit