Bicara Hati Ibu

Malam dah bertukar ke pagi. Mataku masih lagi payah benar untuk lelap. Ada macam2 kekecewaan menyelubungi jiwa.

Aku layani muka buku. Macam2 isu aku baca.

Jika penulisanku tersiar, harap sangat tiada kecaman / pembulian daripada netizen sekalian. Sampai kat sini, jangan baca jika anda memang kaki kecam. Tapi tu lah hanya harapan.

Tiba2 seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan catatan diari, katanya pakar dah sahkan memang catatan pemilik diari arwah ZQ. Entah ya, entah tidak. Wallahhu’aqlam.

Kita bukan sesiapa untuk membenarkan/ menafikan. Mudah2an Allah SWT membantu kita menegakkan kebenaran, membinasakan kezaliman.

Isu ini telah jadi isu sejagat. Walaupun yang salah itu ramai, wajarkah dipertahankan semata-mata mereka ramai?

Wajarkah dipertahankan semata2 kerana mereka masih anak2?

Wajarkah dipertahankan semata2 memberi peluang untuk mereka bertaubat?

Benarkah mereka bertaubat? Selama manakah tiap-tiap kejahatan mampu disembunyikan?

Ibunya diuji dengan dengan tahap ujian yang bukan calang-calang ujian. Bukan sebarang insan mampu untuk diuji sebegini.

Hilangnya permata hati ibarat hilangnya seluruh jiwa dan raga. Segalanya kosong.

Saki baki semangat yang tinggal hanyalah secebis perjuangan menuntut kedailan buat ZQ.

Ibu2 di Malaysia kebanyakannya yang turut bersimpati turut sama2 berdoa memohon kepadaNya agar ZQ terbela. Agar kebenaran terungkap.

Namun, Dia yang Maha Kuasa masih lagi menguji kita. Masih lagi ingin kita pelajari sesuatu dalam menghadapi ujianNya.

Kita hanya tahu sesuatu melalui berita & bacaan. Kadang2 yang dibaca lain, difaham lain.

Ku mohon kasihanilah ibu ZQ. Beban rasa yang dihadapinya janganlah ditokok tambah dengan segala asbab seolah-olah kitalah yang bijaksana.

Sekian.

Aku juga seorang ibu.

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *