Orang selalu kata, bila kahwin, kita kena belajar bertolak ansur. Tapi aku kahwin dengan seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan prinsip.
At first, aku kagum dengan disiplin dia. Aku rasa selamat, sebab everything in order. Tapi makin lama, aku sedar, prinsip dia bukan sekadar panduan. Ia jadi tembok, menjarakkan aku dengan dia.
Aku, Aira, nak kongsi cerita ni. Bukan sekadar luahan hati, tapi realiti hidup seorang isteri yang cuba survive dalam perkahwinan yang rigid.
Masa awal perkenalan, ada banyak sebab kenapa aku jatuh hati pada Faris. Bukan semata-mata sebab cinta, tapi kerana prinsip yang aku nampak sebagai kelebihan.
Faris jenis lelaki yang sangat konsisten. Dari awal aku kenal dia, dia bukan saja rajin, tapi ada disiplin luar biasa. Dia tak pernah culas dengan kerja, dan rezekinya memang halal, jelas. Dia selalu cakap, “Rezeki yang berkat buat hidup kita tenang.” Aku suka cara dia fikir.
Faris bukan jenis lelaki yang suka keluar malam, bukan jenis yang suka lepak tak tentu hala. Dia sangat menjaga pergaulan.
Bila dia ada aku, aku sahaja perempuan yang dia berbual. Tiada bahasa basi dengan perempuan lain, walaupun rakan kerja dia. Rakan kerja dia yang cerita kepada aku. Dari situ aku rasa selamat. Aku yakin dia takkan main-main dengan hati aku.
Masa kami bercinta, dia selalu tekankan tentang tanggungjawab seorang lelaki pada isteri dan anak. Dia cakap, “Bila kita kahwin nanti, I nak jadi husband and father yang anak-anak boleh look up to.” Ayat tu buat aku cair. Memang dia laksanakan selepas kami kahwin.
Sejak kami kahwin belasan tahun dulu lagi, semua keperluan dan nafkah dia tunaikan. Pernah satu ketika dia dilanda masalah kewangan, komitmen kami terganggu, aku nak bantu bayarkan sewa rumah, Faris melarang. Malah dia cari jalan untuk dapatkan kerja sambilan.
Prinsip dia, keperluan keluarga terletak pada bahu dia. Aku boleh bantu kalau ada perkara ‘sunat’ je. Yang wajib semua dia.
Sebab tu aku pilih dia. Sebab prinsip-prinsip tu. Aku tak sangka, satu hari nanti prinsip yang sama akan jadi tembok besar antara kami.
Satu malam tu, aku baru balik kerja. Hectic week, Badan penat, kepala serabut. Aku beli nasi goreng kampung dekat kedai mamak, sebab aku memang tak larat nak masak. Sampai rumah, aku letak plastik makanan atas meja.
“Sayang, makan dulu. I mandi jap,” aku senyum kecil.
Suami aku, Faris, tengok plastik tu macam aku bawa masuk racun.
“Aira, I dah cakap kan, even before kita kahwin, kita tak boleh biasakan makan luar. Semalam kan kita dah dinner kat luar.” Nada dia tegas.
Aku tarik nafas panjang. “B, I penat sangat. Please, just this week, okay?”
Dia geleng kepala, muka dia keras. Dia terus bangun, goreng telur dadar. Kami makan, tapi aku diam. Dalam hati aku memberontak. Why must everything be about rules? Why can’t he just see me as a wife who needs comfort?
Satu weekend, aku plan late movie night dengan anak-anak. Dah siap bentang bantal, popcorn semua ada. Tapi Faris masuk ruang tamu dengan muka serius.
“Apa ni? Dah pukul 10 lebih. Anak-anak kena tidur awal.”
Aku cuba pujuk. “B, malam ni boleh la, weekend je pun. Anak-anak excited nak tengok movie kat ruang tamu.”
Dia potong cepat: “No. Tidur awal bagus, kalau terbiasa nanti susah.”
Anak-anak aku terdiam, muka mereka sedih. Aku peluk Amir, anak sulung aku. Aku pandang Faris dengan rasa kecewa.
“Faris… kadang-kadang, you terlalu ikut prinsip sampai hilang moment indah,” aku bisik malam tu. Tapi dia diam. Seolah-olah tembok itu makin tinggi.
Satu kali tu, kami balik kampung aku. Mama hidang lauk penuh meja – gulai lemak, sambal tumis, ikan goreng rangup. Faris makan, tapi wajahnya jelas tak puas hati. Dalam kereta, dia mula tegur.
“Aira, I rasa tak selesa kalau makan terlalu banyak minyak macam tu. You kena explain kat mama you.”
Aku terkedu. “B, itu masakan kampung, Mama masak dengan penuh kasih sayang. Takkan I nak complain pulak?”
Dia senyap. Lepas tu, setiap kali balik kampung, dia makan sikit je. Sampai mama pernah tanya, “Faris tak suka masakan mama ke?” Aku terpaksa gelak, cover line. Dalam hati aku hancur.
Abang aku pernah ajak Faris join meeting keluarga. Biasalah, abang-abang aku jenis decide sama-sama. Tapi Faris geleng.
“I tak campur urusan keluarga you. You ada abang-abang. Itu tugas diorang.”
Aku faham, hal keluarga aku. nak jual tanah ke, nak sponsor ibu ayah pergi umrah ke, nak pasang air-con kat kampung ke, semua tu anak-anak yang patut fikirkan. Cuma abang-abang aku nak juga pandangan dia. Tapi Faris ‘keras’ sangat pula. Aku rasa awkward.
Lepas tu, abang aku pernah sindir, “Suami Aira macam tak nak terlibat je.” Aku senyum hambar, cover lagi. Tapi deep inside, aku rasa macam Faris tak mahu jadi sebahagian dari hidup aku.
Aku suka rumah yang riuh. Bila ada kawan singgah, hati aku rasa hidup. Satu petang, kawan aku singgah hantar kuih. Kami borak sekejap kat dapur. Anak-anak bermain di luar. Malamnya, Faris tarik muka.
“Aira, I tak suka orang masuk rumah bila I tak ada. Rumah kita private space. Kalau nak ajak sesiapa pun, tunggu I ada.”
Aku rasa terkongkong. Kadang aku rasa macam bukan rumah, tapi penjara. Aku nak ruang aku sendiri, tapi dia selalu letak syarat.
Anak sulung kami, Amir, jatuh basikal. Lutut dia luka besar, darah mengalir. Dia nangis teresak-esak. Aku cepat-cepat dukung, sapu luka dia. Tapi Faris berdiri, suara tegas.
“Amir, stop crying. Lelaki jangan nangis. Strong boy tak nangis.”
Aku pandang Amir, hati aku luluh. Dia baru 7 tahun. Kenapa nak paksa dia jadi keras sangat? Malam tu, aku peluk Amir lama-lama. Aku bisik, “It’s okay to cry, sayang. Mommy always here.”
Setiap kali aku cuba luah, Faris selalu balas dengan logik. Dia kata, “Rules buat hidup lebih tersusun, tak ada drama, Kalau semua benda ikut emosi, rumah tangga susah.” Tapi aku rasa kosong.
Aku tak boleh argue sangat, Faris dah buktikan pun. Dengan prisip dia tu, dia berada di mana dia sekarang. Tapi aku nak suami, bukan polis. Aku nak pelukan tanpa syarat, bukan ceramah.
Sometimes, I crave a little chaos. A little passion. A little risqué. Tapi dengan Faris, semua kena ikut aturan.
Kadang aku tanya diri sendiri, aku bahagia ke? Faris bukan lelaki jahat. Dia baik, dia jujur, dia bertanggungjawab. Tapi kenapa aku rasa macam tak cukup? Kenapa aku rasa macam hilang diri sendiri dalam rumah ni?
Aku dambakan gelak tawa, spontaniti. Rindukan perasaan berdebar. Rindukan rasa bebas. Tapi dengan dia, aku sentiasa terikat.
Kadang aku fikir, aku kahwin dengan suami atau dengan prinsip dia? Dia lelaki baik, tapi bila semua benda mesti ikut rulebook dia, aku jadi penat. Aku nak suami yang boleh ketawa spontan, boleh ajak aku buat benda gila sikit, boleh nampak manusia dalam diri aku.
Maybe, cinta tak cukup bila hidup bersama rasa macam ikut undang-undang tak bertulis. Dan aku masih tertanya, sampai bila aku mampu bertahan?
Readers, pernah tak korang rasa macam ni? Ada pasangan yang terlalu berpegang pada prinsip sampai korang rasa diri sendiri hilang suara?
– Aira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit