Hungry Ghost Month: Jangan Terkejut Kalau Nampak Colok Tepi Jalan

Aku nak cerita sebab aku tau ramai pembaca Melayu kat sini. Malaysia kan masyarakat majmuk, jadi aku rasa lebih baik kalau kita saling berkongsi budaya masing-masing supaya kita lebih faham antara satu sama lain.

Kebelakang ni, mungkin ramai yang selalu nampak orang Cina letak lilin, colok, dan makanan di tepi jalan kan? Tapi tak semua orang tahu maksud di sebalik amalan tu.

Ada yang mungkin tertanya-tanya, “Kenapa kena buat macam ni? Untuk siapa makanan tu? Kenapa kena bakar kertas?”

Hari ini aku nak share dengan korang tentang Hungry Ghost Month atau Bulan Hantu, macam mana kami orang Cina raikan, kenapa ia penting, dan apa sebenarnya maksud di sebalik semua ritual tu. Aku percaya bila kita faham budaya orang lain, kita lebih mudah untuk menghormati dan menghargai.

Sebelum aku mula cerita, aku nak semua faham dulu satu benda penting, kepercayaan kami orang Cina banyak sangat berkisar dengan konsep “menghormati nenek moyang”.

Dalam budaya kami, family tu bukan sekadar orang yang masih hidup je, tapi termasuk juga mereka yang dah pergi. Kami percaya, walaupun nenek moyang dah tak ada di dunia ni, jasa, pengorbanan dan doa mereka masih “hidup” dalam darah daging kita.

Jadi, hormat tu berterusan, bukan habis setakat bila seseorang tu meninggal. Macam kita sayang mak ayah yang masih hidup, begitu jugalah kita sayang nenek moyang yang dah tiada.

OK. Hungry Ghost Month ni berlaku pada bulan ketujuh dalam kalendar lunar Cina. (Aug-Sept lebih kurang). Orang tua-tua percaya bahawa pada bulan ni, pintu antara dunia roh dan dunia manusia dibuka.

Roh-roh yang dah lama “terperangkap” di alam mereka, terutama roh yang tak ada keluarga untuk sembahyang, roh yang mati tanpa ketenangan, atau roh gelandangan, akan bebas berjalan di dunia manusia.

Malam ke-15 dalam bulan ini dianggap kemuncak, dan malam itu dipanggil Ghost Festival. Kalau dengar sekali imbas, memang nampak macam cerita seram.

Tapi sebenarnya, untuk kami, konsep bulan hantu ni lebih kepada satu cara untuk menghormati roh, mengingati nenek moyang, dan menunjukkan belas kasihan kepada roh-roh yang kesepian.

Dengan memberi mereka makanan, doa, hiburan dan cahaya, kami percaya roh tu akan jadi lebih tenang, dan dalam masa sama manusia hidup pun akan rasa lebih dilindungi.

Kalau nak banding, ia sama macam dalam agama-agama lain yang juga ada amalan mendoakan orang yang dah meninggal, memberi sedekah untuk arwah, atau buat ritual memperingati yang sudah tiada.

Sepanjang bulan hantu, banyak ritual dan amalan yang boleh korang nampak di sekeliling. Contohnya, bila nampak makanan diletakkan di tepi jalan bersama colok yang sedang menyala, itu sebenarnya adalah persembahan untuk roh yang tidak mempunyai waris.

Ada nasi, buah-buahan, air minuman, kadang-kadang rokok pun ada. Itu macam jamuan untuk mereka yang tidak ada sesiapa nak peduli. Makanan tu bukan untuk orang hidup, jadi memang pantang kalau kita pergi ambil.

Kemudian, ada juga amalan membakar kertas sembahyang. Kertas itu dilipat menyerupai duit, emas, atau barang berharga. Selain itu, replika rumah, kereta, pakaian, malah telefon bimbit pun dibuat dalam bentuk kertas untuk dibakar.

Simboliknya, bila dibakar, barang-barang tu “sampai” kepada roh, jadi mereka boleh hidup lebih selesa di alam sana. Sekarang ni, orang makin kreatif, sampai ada replika handbag mewah dan private jet kertas sekali.

Kalau korang tinggal di Penang atau Johor, korang mungkin pernah nampak satu lagi tradisi yang meriah, iaitu opera Cina atau Getai. Pentas besar didirikan, ada penyanyi dengan baju warna-warni, muzik, tarian, malah magician pun ada.

Dulu orang buat persembahan opera klasik, dengan cerita dewa-dewi dan kostum tradisional, tapi sekarang ramai suka buat Getai moden dengan lagu popular dan lighting macam konsert.

Yang menariknya, barisan kerusi depan pentas sengaja dibiarkan kosong. Itu memang reserved untuk roh. Orang hidup takkan berani duduk kat situ sebab kita hormat “penonton istimewa” tu.

Malam bulan hantu juga biasanya penuh dengan cahaya dari lilin dan tanglung kecil yang dinyalakan di tepi jalan atau di hadapan rumah. Simboliknya, cahaya ni macam lampu jalan untuk roh, supaya mereka tak sesat.

Bila hujung bulan tiba, ada juga upacara khas untuk “menutup pintu” alam roh, tanda masa mereka untuk pulang dah habis. Ritual ni bagi ketenangan kepada orang hidup, macam reassurance bahawa kita dah jalankan tanggungjawab kita.

Selain ritual, bulan hantu ni penuh dengan pantang larang. Orang tua selalu pesan, jangan berenang pada bulan ni sebab takut roh yang mati lemas tarik orang lain jadi pengganti. S

ebenarnya, bulan ketujuh lunar ni jatuh masa musim hujan, jadi air sungai deras, laut bergelora, memang bahaya kalau nak mandi-manda. Jadi cerita roh tu sebenarnya cara orang tua bagi nasihat.

Sama juga dengan larangan jangan keluar malam seorang diri, sebab roh tengah berkeliaran. Logiknya, ia lebih selamat memang tak balik sorang-sorang malam. Orang juga pesan jangan sebut nama orang kuat-kuat waktu malam, sebab roh boleh “jawab panggilan” tu.

Ada juga larangan untuk kahwin atau pindah rumah bulan ni, sebab masa ni dianggap tak auspicious. Dan paling famous, jangan sekali-kali duduk di barisan depan pentas Getai. Itu tempat untuk roh, kalau berani duduk, mungkin “kawan baru” ikut balik sekali.

Bila kita tengok balik, pantang larang ni bukan semata-mata sebab takut hantu, tapi banyak daripadanya sebenarnya ada logik praktikal. Cuma bila disalut dengan cerita mistik, orang lebih senang ikut.

Kat Malaysia, sambutan Hungry Ghost Festival memang unik dan meriah. Di Penang, misalnya, George Town dan Air Itam jadi lokasi paling happening. Ada perarakan patung Tua Pek Kong, dewa penjaga, dengan gendang, bunga api, dan lampu berwarna-warni.

Replika rumah kertas tinggi berpuluh kaki dibakar pada malam kemuncak. Suasana macam pesta, campur dengan rasa hormat.

Di Kuala Lumpur dan Selangor, kawasan macam Petaling Street, Kepong, Cheras dan Klang penuh dengan meja panjang berisi makanan dan colok. Tokong-tokong sibuk dengan upacara sembahyang.

Kadang-kadang ada bazar malam sekali, jadi bukan Cina pun boleh datang tengok. Di Johor Bahru dan Pontian, sambutan lebih grand lagi. Ada colok gergasi setinggi bangunan yang dibakar, dan pertandingan buat replika kertas yang sangat kreatif.

Di Sabah dan Sarawak, sambutan lebih fokus kepada tokong, tapi ada juga Getai dalam dialek Foochow. Semua ni menunjukkan walaupun tempat berbeza, semangat sama tetap ada – nak hormat roh dan eratkan komuniti.

Kalau orang tanya kenapa masih diamalkan sampai hari ini, jawapan aku mudah. Pertama, sebab tradisi. Orang Cina sangat kuat dengan konsep hormat kepada nenek moyang. Kalau tak buat, rasa macam hilang hubungan dengan asal-usul.

Kedua, sebab agama. Taoisme dan Buddhisme dua-dua ada ajaran yang sokong konsep ni. Malah dalam Buddhism, ada kisah seorang biksu bernama Mulian yang selamatkan ibunya daripada jadi hantu lapar dengan buat persembahan makanan. Kisah tu jadi simbol supaya anak-anak jangan lupa mak ayah walaupun dah meninggal.

Ketiga, sebab ia simbol kebajikan. Bila kita buat jamuan untuk roh yang tak ada keluarga, itu sama macam kita bersedekah pada orang miskin.

Keempat, sebab ia ajar kita tentang karma. Kalau kita hidup jahat, lepas mati mungkin kita jadi roh lapar. Jadi festival ni jadi macam peringatan moral.

Kelima, sebab ia bawa fungsi sosial. Getai, opera, jamuan – semua tu rapatkan komuniti, bagi alasan untuk orang kampung berkumpul, bergaul dan celebrate sama-sama.

Dan keenam, sebab pantang larang sebenarnya ada nilai praktikal. Bila disampaikan dengan cerita hantu, orang lebih mudah ikut.

Aku sendiri ada banyak kenangan masa kecil dengan Hungry Ghost Festival. Aku suka ikut mak ayah pergi tokong. Suasana macam carnival, ramai orang, banyak makanan. Tapi dalam masa sama ada rasa respect.

Aku ingat lagi bila mak aku pesan, jangan ambik makanan yang diletak tepi jalan tu. Itu bukan untuk kita, itu untuk roh. Bila bakar colok, aku belajar doa untuk nenek moyang aku. Semua tu ajar aku untuk lebih humble, lebih ingat asal-usul, dan lebih menghargai jasa orang sebelum kita.

Sekarang bila aku dah dewasa, aku lebih faham nilai budaya ni. Ia bukan semata-mata pasal takut hantu, tapi pasal continuity, memastikan kita tak lupa siapa kita dan dari mana kita datang.

Jadi, moral of the story, kalau korang nampak orang Cina letak colok, lilin, makanan kat tepi jalan, janganlah pelik atau takut. Ia bukan sihir, bukan benda pelik. Ia hanyalah sebahagian daripada tradisi untuk hormat orang yang dah tiada.

Kalau nak banding, sama je dengan orang Islam yang baca doa tahlil untuk arwah, orang Hindu yang buat Pitra Paksha untuk nenek moyang, atau orang Kristian yang sambut All Souls’ Day. Konsep dia sama: respect the dead.

Aku cerita semua ni sebab aku percaya bila kita faham budaya masing-masing, kita akan lebih senang untuk hormat satu sama lain. Dari situlah datangnya keharmonian.

So guys, lain kali bila korang lalu tepi jalan nampak colok dan makanan, jangan takut. Anggap je kita tengah kongsi ruang dengan “tetamu” yang datang setahun sekali. Senyum sikit, jalan terus. Mana tau, dengan senyum tu roh pun rasa dihargai.

– Amoi Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *