Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Dua hari lepas aku bergaduh dengan suami aku. Puncanya? Perhatian dan masa. Sini aku jelaskan bagi lebih faham apa yang terjadi. Cerita ni akan details ya supaya korang faham POV aku.

Aku tahu dalamni ramai pembaca yang mungkin lebih matang dan lebih makan garam daripada aku, korang anggaplah aku ni “anak” korang yang datang bercerita pada korang situasi rumahtangganya.

(Sebab in real life aku memang takkan open isu rumahtangga aku pada keluarga aku / keluarga mertua demi menjaga aib dan maruah kami laki bini)

Tapi kalini aku terpaksa luah di sini sebab buntu. Jadi tolonglah anggap aku ni anak korang, apa nasihat yang korang boleh beri pada aku.

Baik, aku dan suami dh berumahtangga 3 tahun. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Aku pula bekerja dalam sektor kerajaan yang selalu orang awam bunyi dengan ucapan “kerja half day, banyak cuti dan lain2.” Manakala suami pula bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat GLC.

Mungkin kerana berbeza bidang profesion menyebabkan aku susah nak faham cara suami bekerja, yang bagi aku tak tentu masa. Tapi bagi suami, itu memang tuntutan kerjanya. Baik.

Aku dan suami hanya akan meluangkan masa pada hujung minggu sahaja, 2 hari seminggu. Baki 5 hari; umpama housemate. Aku akan bergerak kelur bekerja seawal subuh dinihari, ketika itu suami kadang belum bangun pun lagi.

Aku bangun sebelum subuh, kelam kabut menyediakan barang kerja dan memasak bekal serta sarapan suami, terus mandi, solat, bersiap dan kejut suami untuk salam.

Dialog rutin setiap pagi sama saja “bye love you, muah. Jangan lupa makan, saya dah masak” dan kelam kabut keluar rumah cepat2 sebab risau sangkut jammed nanti lewat pula punch card.

Suami akan gerak ke tempat kerja selalunya dalam jam 7.30 @ 8.00 pg. wish morning dalam ws, update sikit ttg hari ku / hari dia “harini kelas banyak, letih.” Atau “saya dalam meeting ni.” Tiada yang menarik sebab fokus kerja masing2.

Jam 2.00 pm selalunya aku dh sampai di rumah. Belek media sosial, ws suami, kadang dibalas kadang berjam jam kemudian baru dia reply. Tengok keadaan.

Jadi memang masa aku ketika itu, tengok media sosial, bangun kemas rumah / siapkan urusan rumah e.g kemas dapur sebab pagi tadi masak je tak sempat kemas apapun, basuh baju, angkat baju yang sidai semalam, lipat berbakul baju, kalau larat baru vacuum, dll.

Jam 5.30 – 6pm bersiap untuk jogging / running. Selalu balik semula di rumah lebih kurang jam 7.00 lebih, before maghrib lah. Kemudian mandi, solat maghrib baca Quran, tunggu Isyak. Dan tunggu suami pulang kerja. Kadang jam 8.30, kadang jam 9.00 malam baru suami sampai,

Sambut suami pulang, bermanja sikit, 9.30 aku dh tidur. Ya aku tidur awal sebab aku kena bangun awal.

Kadang2 banyak cerita di tempat kerja aku nak cerita, tapi tak pernah ada masa. Nak cerita dalam ws, suami selalu reply lambat gila membuatkan aku jadi turn off nak bercerita.. nak cerita time dia baru pulang kerja (9.00pm) tu aku jadi risau takut serabut kan dia,

Yela suami penat2 letih balik kerja, aku dok bercerita meluah perasaan macam tak best, jadi aku diamkan je. Tahu2 9.30 dah tiba masa untuk aku tidur. Terpendam lagi. Rutin ni ulang ulang dan ulang. Serupa housemate.

Kemuncaknya, bila 2 hari lepas aku dah terlampau terbeban dgn masalah di tempat kerja, mental aku down, dan aku perlukan seseorang untuk meluah, seseorang yang aku percaya iaitu SUAMI AKU SAHAJA!

Aku balik rumah menangis, sebab sedih dgn apa yang berlaku di tempat kerja, biasalah konflik tempat kerja. Lepastu aku ws suami aku minta dia balik awal, tapi dia tak balas. Aku sambung bersedih, tapi jam 6.00 tetap aku keluar berjoging sambil berduka.

Jam 8.00pm suami masih tak reply mesej aku. Aku dah mula hilang kewarasan. Nak mental aku tahan semua benda sendiri ketika itu. Lepas isyak baru suami reply tu pun replynya “saya balik lewat, kena buat tender, jam 11 kot balik.”

Saya apa lagi bila baca mesej tu meroyan la saya. Menangis meraung2. Terus spam call suami, suami tak angkat.

Saya sambil pegang vacuum, mengvacuum ruang tamu menangis2. Call lagi suami, suami angkat, dan ayatnya “KENAPA CALL? Orang sibuk lah.” Lagi menceceh air mata aku.

Terus hilang sabar, aku menengking semula “AKU PENAT LAH, PENAT TAHU TAK, KO SIBUKKK DENGAN KERJA KAU, TAK PERNAH AMBIL TAHU tentang aku, PENAT!”

Jadilah adegan gaduh seketika dan aku paksa dia balik juga sebab aku dah betul2 penat mental fizikal ketika tu, rasa nak terdampar je. tapi rumah kena selesaikan juga sebab kalau taak, lagi bertambah stres aku.

Aku selesaikan hal rumah sambil menangis2 meraung2. Tak lama kemudian, suami balik, tapi kalini dia pulang dalam keadaan bermasam muka.

Dia buat aku halimunan walaupun aku ke depan pintu untuk sambut dia dengan mata yang bengkak dan hidung yang merah kerana menangis. Dia berlalu macamtu sahaja seolah aku ni hantu!! Lagi la aku naik hantuuu dan panas hati!

Malamtu aku tidur dalam keadaan tak bertegur dengan dia. Tetapi esok nya bila bangun, aku siapkan rutin mcm biasa, masak sarapan dan bekal. Dan aku minta maaf juga dengan dia walaupun hati aku tak ikhlas.

Apa yang buat aku sedih, suami aku tak jamah makanan aku masak untuk haritu. Aku dah rendahkan ego aku untuk minta maaf walaupun bunyi tak ikhlas but still aku cuba untuk rendahkan ego aku minta maaf kot.

Jadi aku terasa sangat. So harini aku lancarkan perang juga untuk silent treatment dia. Tapi dalam masa yang sama, tanggungjawab aku still buat, baju kerja suami aku sediakan siap bergosok, makanan aku sediakan dll keperluan lain. Cuma mogok tak bercakap sahaja.

Aku dah minta maaf! Aku cuma minta masa dan perhatian dia sekejap untuk balik duduk dengan aku mendengar luahan aku, tapi tula dibuatnya mcm aku ni beban. Sedih aku.

Korang kalau di tempat aku, korang buat apa? Jujur aku dah letih sangat, lidah aku ni menahan saja dari keluarkan perkataan c**ai sebab tahu Allah tak suka isteri yang ringan lidah minta tu, tapi hati aku sedih dan sakit.

Ikutkan hati dan emosi memang nak provok je tapi otak menahan dan melarang dari mencari pasal, jadi aku tahan!

Macam budak kan? Ya kami tak matang dan kami tahu. Sebab tu aku perlukan korang yang lebih makan garam drpd kami. Aku takleh bercerita benda ni dgn keluarga kami, aku masih perlu jaga maruah dan aib rumahtangga kami.

Terima kasih.

– Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *