Salam semua. Saya dah berhari fikir bersama suami tapi tiada jalan yang kami nampak.
Ceritanya beberapa bulan lepas saya asyik sesak nafas, dalam seminggu 3x saya ke emergency sambil dukung anak 1.5 tahun.
Suami kerja. Nak tunggu dia balik makan masa 1 jam. Check jantung dll semua ok. Mereka refer saya ke hospital bahagian perut dan buat scope. Semua ok. Bahagian perut tu discharge saya dan refer saya ke psy.
Saya di diagnose panic attack dan anxiety attack sedangkan saya tak rasa tu betul. Saya masih boleh berfikir masa sesak nafas tu, bukan macam orang kena panic attack (tak boleh kawal diri).
Masa saya sesak nafas, saya boleh fikir waras, bawa kereta, kawal pernafasan, fikir susu dan pampers anak, letak anak dalam carseat dan lain2. Saya masih boleh berfikir dan waras tentang keselamatan diri dan anak saya.
Psy bagi saya ubat tapi semua tak boleh makan sebab saya surirumah jaga anak. Yang tahu ubat psy ni buat kita slow dan mengantuk. Saya masih berjaga malam untuk susu anak, siang pun saya sorang2 jaga anak.
Saya cuba makan ubat tu malam, sumpah 8 jam saya tidur m*ti sampai suami kena renjis air baru saya sedar.
Saya tak nak tidur macam tu sebab saya tak sedar bila anak saya menangis nak susu.
Saya tak nak juga suami berjaga malam susukan anak sebab suami saya kerja lebih 13 jam sehari dan dia pernah accident sebab mengantuk berjaya malam.
Nak makan ubat tu siang hari lagi la tidak boleh. Nanti siapa nak jaga anak saya tu kalau saya tengah slow, mengantuk, tertidur nanti. Umur 1.5 tahun memang fasa tengah melasak.
Sekarang ni kalau sedang sesak nafas, saya cuba kawal diri dan pergi klinik swasta dulu.
Walaupun saya susah nak percaya saya ada panic attack dan anxiety attack tu, saya ok je nak makan ubat psy tapi keadaan tak mengizinkan saya.
Nak hantar anak ke taska/pengasuh suami tak mampu. Saya nak kerja pun tak boleh sebab asyik sesak nafas.
Saya buat kerja sampingan di rumah tapi tak mampu untuk cover kos taska/pengasuh RM400-RM600 sebulan. Paling murah RM300 saya jumpa, tu pun anak asuhan dia 11 orang. Suami tak bagi sebab risau apa2 jadi sebab terlampau ramai.
Saya dan suami sebatang kara. Saya ada kakak tapi kakak saya di luar negara bersama suami dia. Memang hidup saya ni hanya ada suami dan anak je. Mak ayah saya dan suami dah meninggal.
Adik beradik suami semua dah meninggal sebelum sempat berkahwin. Pakcik makcik suami juga tak ada sebab nenek suami anak 1 je. Belah saya pun macam tu juga. Family kecil.
Saya seorang ynag ceria dan happy go lucky. Saya suka jadi surirumah. Saya rasa happy tengok anak membesar depan mata, saya happy dapat sambut suami balik dari kerja.
Saya takde apa2 masalah. Kewangan kami pun ok sahaja, takde sesak, cukup2 makan, hujung bulan masih ada ayam dalam peti ais. Tak sangka saya terkena penyakit ni. Nak sembuh dengan makan ubat tp tak boleh pula.
Tolong saya..
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit