Hai warga confession. Saya nak luah perasaan. Saya rasa saya tersilap dalam memilih hidup ini.
Saya orang Terengganu. Dulu saya posting pertama ke Sabah. Ada seorang guru lelaki posting ke Sabah minat kepada saya. Tapi saya menolak atas sebab saya tidak mahu tinggal di Sabah bertahun-tahun.
Tahun ke dua saya berkahwin dengan seorang ustaz yang berasal dari Perak dan berkhidmat di Selangor. Saya dalam kalut dan dia je calon ketika itu. Saya fikir susah nak masuk Terengganu dan transit dahulu di Selangor.
Tahun ke 3 saya telah melahirkan zuriat dan saya bawa anak saya sekali ke Sabah. Masuk tahun ke 4, saya telah lulus pertukaran ke Selangor.
Kami membuat keputusan untuk tinggal di tengah-tengah antara tempat kerja suami dan saya. Sekarang sekolah saya 45 minit dari rumah. Sekolah suami pun 50 minit dari rumah.
Alhamdulillah tidak PJJ dah. Tapi penat sangat ulang-alik kerjanya. Tapi hari ini saya sangat jeles dengan kawan-kawan yang dapat masuk Terengganu — dari Sabah ke Terengganu. Kalau sesenang ni baik saya kahwin dengan lelaki Terengganu.
Jahatnya saya sebab menyesal dengan perkahwinan ini, berkahwin dengan orang Perak. Saya betul-betul nak menetap di Terengganu.
Saya merancang dengan suami, untuk buat pertukaran bersama ke Terengganu 2 tahun lagi.
Tapi suami kata saya minta dulu. Dia nak stay Selangor sementara emak dia masih ada di Perak. Dia anak lelaki yang pertama. Katanya kemungkinan 5 tahun lagi baru ke tempat saya.
Tapi kalau saya minta dulu atas alasan menjaga ibu ayah saya, adakah peluang untuk dapat tu mudah? dan terpaksa PJJ lagi? Kadang-kadang terfikir lebih baik berpisah sahaja.
Suami saya seorang tahfiz dan seorang yang baik. Segala keperluan saya dia cuba cukupkan.
Kalau cuti panjang balik Terengganu. Kalau sebulan sekali balik Perak. Kadang-kadang rasa penat. Selangor ke Perak makan masa 4 jam perjalanan. Penatnya merantau 3 penjuru.
Kadang-kadang saya rasa saya ni tidak bersyukur. Tak puas dengan apa yang ada. Saya nak anak cepat Allah bagi, saya nak pindah cepat Allah bagi.
Bagaimana nak terima takdir ini dengan redha? Minta nasihat… Apakah penyelesaiannya?
– Mek Ganu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit