Sebelum jumpa pada isi berkaitan tajuk yang nak saya sampaikan, mula-mula, terima kasih pada yang sudi beri komen pada story saya sebelum ni ‘Braces Oo Braces’..
Gigi saya tak rata, gigi rabbit kat depan memang mengganggu walaupun saya masih boleh tutup mulut. Tak ada gigi berlapis, ada 3 batang gigi susu bahagian bawah macam nak kena cabut je.
Lagipun, kalau pandang dari sisi, muka saya macam mancung. Tu yang tak berapa suka sebab tu saya kata yang harapnya dengan pakai braces, dapat bawa saya ke arah yang lebih positif. Tak ada mancung-mancung, no more gigi rabbit.
Boleh berkomunikasi dengan orang tanpa malu-malu. Boleh gelak dalam kelompok orang ramai, bukan terhad gelak-gelak depan mak ayah je.
Yang penting niat, kan? Tuhan lebih tahu niat seseorang tu. Nak menunjuk bila dah pakai braces? Bakal ada gigi rata?
Saya bukan orang yang suka selfie. Dalam phone pun banyak gambar kucing, wallpaper dalam lappy pun gambar belakang saya dukung kucing, kucing je yang pandang kamera. :)
Tahniah pada awak-awak yang masih pakai & dah dapat gigi rata bila dah pakai braces. :D
Saya, seorang perempuan & bakal umur 25 tahun bulan 10 nanti.
Mula-mula kerja yang saya buat (lupa masa umur berapa), kedai jual pakaian dalam mall. Bertahan untuk satu hari je, esoknya terus tak datang. Kerjanya biasa la, kemas-kemas kedai, susun stok baju, layan customer yang datang keluar masuk kedai.
Tapi, yang tak bolehnya, nak kena beritahu customer baju mana sesuai pada diorang. Nak kena puji diorang ok atau tak ok pakai baju macam ni. Itu memang bukan saya.
Kerja kedua – masa praktikal. Saya ada 2 pilihan. Mula-mula, pergi kat tempat 1 ni, bertahan untuk 3 atau 4 hari je. Lepas tu, terus beralih buat praktikal kat tempat 2 ni sebab ada kawan yang sama-sama sekali kat situ.
Kerja ketiga – cashier kat Giant. Terlalu ketat & pelik bila datang kerja. Sebelum nak masuk ke bahagian cashier, kena ada spot check daripada guard. Tak boleh bawa masuk purse atau apa-apa masa bekerja. Baju kena bawa masuk dalam seluar. Saya bertahan cuma 2 hari je.
Lagi pula, bila ada tomboy yang mana saya kena belajar dengan dia macam mana nak guna cash register & masa tak ada customer beratur buat bayaran, dia banyak bercerita pasal diri even pasal pekerja dalam Giant pun.
Betul tak betul, wallahualam la, tapi macam tak boleh nak teruskan. Tomboy ni baik, ok je masa borak dengan dia.
Kerja ke-4 – UIA Gombak, part-time je pun, tak sampai 5 bulan tapi kira macam 1 semester la. Kalau orang tanya, kerja mana?
Mak ayah memang la suka bila dengar kerja UIA. Of course la, kerja UIA tapi sebenarnya saya sendiri malu nak bercerita dengan kawan-kawan kerja UIA. Sebab position part-time takkan sama dengan contract @ permanent.
Saya tak pegang sistem. Saya cuma buat filing & ‘runner’ hantar dokumen dari department ke main office, tolong pensyarah, benda simple-simple.
Banyak juga maklumat sulit yang saya tahu bila uruskan fail dalam department tu. Maklumat yang kita tak boleh sewenang-wenangnya bercerita pada orang luar.
Kerja ke-5 – sekarang, kerja biasa, kerja shift & cuti hari Ahad.
Ayah kena hantar & ambil sebab saya masih belum dibenarkan bawa kereta sendiri even dah ada lesen. Tak perlu la saya beritahu kerja apa. Tapi cukup la, kerja ni membuatkan saya perlu berhadapan dengan orang masuk keluar.
Saya kena belajar sistem (at least ada experience guna sistem), belajar tahu pasal apa yang perlu diberikan pada orang, assist majikan, belajar masukkan stok keluar masuk dalam sistem.
Saya masih dalam tempoh belajar di sini tapi saya suka untuk teruskan kerja di sini. Mudah-mudahan, saya lama bekerja di sini.
Ya, saya akui saya adalah lepasan ijazah yang bekerja biasa. Saya tahu tahap kemampuan saya setakat mana, sebab tu saya tak nak cari kerja yang sama tahap ijazah.
Saya tak nak kerja kerajaan walaupun kerja kerajaan banyak kelebihan. Saya tak nak kerja dalam pejabat yang mana saya dah ada pengalaman sebelum ni, macam mana cara orang bekerja pejabat.
Memang ya, dipandang tinggi/dipuji oleh sesetengah orang. Kalau kahwin, ramai mak ayah nak anak perempuannya dapat suami yang kerja kerajaan, lebih stabil (kot?). Tapi, entah la, niat saya bekerja bukan semata-mata sebab gaji.
Bagi saya, bila dah kerja yang penting pengalaman. Sebab dengan pengalaman, kita boleh bercerita dengan anak-cucu (jika diizinkanNya), tak kisah la pengalaman masa belajar atau bekerja.
Saya tak pernah malu nak bercerita dengan kawan-kawan rapat apa yang saya kerja sekarang sebab saya percayakan mereka. Mereka pun takkan malu ada kawan macam biasa yang kerja biasa. Saya memang tak update apa-apa dalam personal FB.
Kerja biasa ni pun, dekat dengan rumah (lebih kurang 10 minit), tinggal dengan mak ayah, dah bersyukur sangat-sangat.
Gaji tak tinggi macam kawan lain pun tak apa sebab yang penting cukup untuk bayar hutang PTPTN, buat simpanan sikit-sikit dalam ASB, kumpul duit nak pakai braces, nak renew lesen bisnes online & lesen kereta guna duit sendiri tu pun dah kira Alhamdulillah.
Yang lebih untuk kegunaan sendiri & beri mak ayah walaupun tak banyak.
P/S: Untuk post sebelum ni, saya gunakan kata ganti nama ‘aku’. Tapi, kali ni, biar la saya guna ‘saya’ je ye. Terima kasih pada admin jika post ni tersiar.
– bakal-si-gigi-besi (jika diizinakanNya) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit