Dalam Islam dah digariskan nafkah tu terbahagi kepada dua iaitu nafkah zahir & batin.
Nafkah batin ialah hak isteri untuk mendapatkan layanan emosi yang baik. Balasannya sudah tentu suami juga akan mendapat layanan emosi yang baik daripada isteri. Baik tutur kata / tingkah laku / mimik wajah. Termasuklah hubungan kelamin suami isteri.
Nafkah zahir ialah makanan, pakaian & tempat tinggal.
1. Tempat tinggal
Yang mana paling utama antara ketiganya? Paling utama ialah tempat tinggal kerana menjadi kewajipan suami untuk sediakan tempat tinggal buat isteri yang telah diceraikan talak ba’in (talak 3) selagi masih dalam ‘iddah. (untuk lebih jelas, rujuk ustaz / ustazah). Setiap hukum yang ditetapkanNya ada rasionalnya.
Tempat tinggal ikut citarasa siapa?
Ikut suka suami / isteri? Yang terbaik ialah ikut suka pasangan yang nak tinggal di situ. Win win situation.
Terpulang atas kemampuan suami & kesanggupan isteri untuk tinggal di mana-mana & apa-apa jenis rumah yang mengutamakan keselesaan, kesihatan dan terbela maruah serta terjamin keselamatan isteri (secara tidak langsung selesa & selamat jugalah untuk seisi keluarga kecil).
Macam mana jika isteri dah ada rumah? Suami wajib membayar sewa kepada isteri dalam bentuk duit jika mereka tinggal di rumah isteri. Itu pun isteri nak berkira? Hukum yang diatur olehNya, mengapa harus pertikai? Macam mana pula jika suami miskin?
Suami tetap perlu bayar ikut kemampuan suami, melainkan suami cacat & kurang kemampuan akal untuk menambahkan pendapatan serta lemah tenaga fizikalnya untuk melakukan kerja-kerja berat mungkin sebab kesihatan / usia.
Macam mana nak pastikan rumah tu selesa? Rumah yang bersih dari segi zahir & batin. Bukan sekadar urus sampah/ buang sawang/ cuci tingkap/ cuci tandas/ mop lantai/ bacaan al-Quran & Yaasin juga perlu sering dilakukan di mana-mana ruang dalam rumah. Sebaiknya dilakukan bersama-sama seisi keluarga.
Berapa ramai pasangan suami yang khilaf dalam menguruskan tempat tinggal hari ini? Ramai. Masing2 lebih suka pertahankan ‘ini tanggungjawab awak’. Akibatnya sampai khiamat pun tak selesai.
Masing2 rebutlah syurga Allah SWT, bukan mengambil kesempatan atas kerajinan & ketakwaan pasangan. Hidup kena rajin. Bukan jadi pemalas. Ada akal, ada khudrat, guna sebaiknya sebelum tiba masanya, ditarik semua kemampuanmu.
2. Makanan
Suami hanya mampu sediakan beras & telur untuk mengisi perut. Bersyukurlah ada juga makanan. Sudah tercapaikah nafkah makanan untuk isteri? Makanan sebagai nafkah untuk isteri kena ikut tekak isteri ya. Bukan ikut suka tekak suami.
Ada isteri jenis makan makanan mahal2. Ada isteri semua boleh. Ada isteri makan makanan murahan, suami pula jenis makan makanan mahal2. Kenal pasti dulu bakal isteri jenis yang macam mana. Bakal suami jenis macam mana.
Suka makan masakan di rumah atau di restoran? Suka makanan branded atau kampung? Ada juga tak reti nikmati makanan. Hidupnya reti makan biskut sahaja, pun ada.
Bab makan ni janganlah paksa orang lain makan ikut tekat kita. Hormatilah perbezaan masing2, kecualilah jenis yang suka mencuba.
3. Pakaian
Pakaian lelaki berbanding pakaian wanita mana lebih mahal? Pakaian menutup aurat bagi seorang wanita dari atas kepala sampai ke kaki. Lebih banyak daripada pakaian lelaki. Pakaian termasuk sekali dengan perhiasan. Termasuk sekali pakaian ketika menunaikan solat.
Begitu juga pakaian wanita ketika haid dan hamil. Ketika cuaca sejuk / panas. Ketika pergi majlis / duduk di rumah. Semuanya perlu ikut hukum agama yang utama & disesuaikan dengan budaya & zaman.
Nak hurai tentang nafkah ni memang pemberatannya kepada kaum lelaki. Bukan boleh sebarangan ambil mudah. Jika suami mampu, sediakan semua tu, duit dah tak perlu lg diberi kepada isteri. Masing2 tanyalah diri, kemampuan masing2.
Apa pula tanggungjawab isteri?
1. Layani suami. Patuhi arahan suami selagi arahan yang diberi tidak membataskan perintahNya. Jika isteri lebih kaya daripada suami, tak salah isteri bersedekah kepada suami kerana sebaik-baik sedekah ialah kepada orang paling terdekat.
Yang jadi masalah hari ini, salah seorang suka ambil kesempatan, biawak hidup & kurang ilmu pengetahuan.
Sekian, bateri phone dah nak habis ni.
Tak lama lagi bakal ‘nek ci dah ni’.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit