Yang pertama sekali, aku bukan budak UIA, dan tak ada kena-mengena dengan UIA. Tapi IIUM Confession macam tempat paling sesuai untuk aku tulis benda ni which I don’t even know why.
Aku baru mula kerja dalam dua bulan lepas dekat tempat yang community dia non-muslim. So, hanya aku dan beberapa orang sahaja yang Melayu (and Muslim).
Jadi dekat tempat kerja ni, memang aku jarang bercakap sebab aku dengan Melayu yang lain department pun lain-lain. Yang non-muslim bercakap bahasa mereka dan aku memang akan hanya fokus kerja dan bercakap bila perlu.
Satu hari, tempat kerja aku ni buat hari kantin or macam open day. So semua orang ditugaskan jual foods or things yang boleh dijual dekat public.
Disebabkan Melayu sikit, kitorang dikumpulkan dalam satu gerai and boleh jual apa yang kitorang nak lah. Since aku baru 2 bulan kerja dan memang jarang cakap dengan pekerja Melayu lain, aku tak berapa kenal dorang, hanya kenal pada nama.
So, kitorang decide nak jual halal foods. Ada makanan, air apa semua. Untuk open day tu sistem kupon was being used. Public yang datang kena beli kupon and then nanti boleh beli dekat gerai mana-mana dorang suka.
Jualan kitorang laku, since kitorang punya menu pun best and dorang pun suka nak cuba.
Yang tak bestnya bila… staf-staf Melayu yang dengan aku tu, bila dah habis orang datang and pelanggan pun dah boleh kira dengan jari, dorang ambil balik kupon-kupon yang kitorang dapat tadi tu and then pergi kat gerai-gerai lain untuk beli.
Masa nampak tu, aku terkejut sebenarnya sebab dalam kepala aku, “Bukan kupon pun kira nilai duit ke? Maknanya kita ni beli tak bayar lah nanti kan?” Dorang ajak aku ambil kupon tu sekali tapi aku cakap, “Tak apalah, saya tak nak beli apa-apa pun…”
Agak banyak jugaklah kupon yang dorang buat jadi kupon dorang sendiri tu… Bila dorang rasa tak cukup, dorang ambil lagi.
Aku kat situ serba salah sangat… Sebab pada aku benda tu salah, and memang salah… Tapi aku nak tegur, aku baru kerja, and dorang jauh berumur daripada aku.
Tapi serius aku rasa bersalah, berdosa, semua ada. Aku sampai rasa, “Teruknya aku ni duduk sini diam je…” Tapi memang aku tak tahu dah nak buat apa. Aku mampu tengok je…
Sampai balik rumah pun aku still fikir benda ni… and sampailah aku confess ke sini…
Sampai aku fikir, kenapa orang Melayu (or dikatakan Muslim) sanggup buat benda-benda macam tu, dekat tempat yang semuanya non-muslim yang tak buat pun macam tu.
Maybe aku pun salah sebab tak tegur or tak buat apa-apa. Entahlah, takut sangat kot.
Guys, what do you think?
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit