Jangan Tipu Diri Sendiri

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sudi approve.

Okay.. Cerita aku macam ni. Umur aku 22 tahun. Sekarang final semester. Aku baru putus tunang bulan lalu. Bukan tunang yang ada majlis apa semua tu, cuma dua-dua belah pihak dah tahu tentang persetujuan kami untuk nikah.

Sebelum ni aku tak pernah suka siapa-siapa. Aku berusaha sungguh-sungguh untuk jaga hati. Aku tundukkan pandangan, aku sangat tegas dengan lelaki yang nak kawan saja-saja. Tapi bila dia datang (aku kasi nama A lah ya) aku macam, “Wahh ni jodoh aku kot.”

Aku kenal A melalui kawan aku. Aku terima dia selepas beristikharah. Dia al-hafiz, ustaz, baik, sangat-sangat baik. Aku lebih kenal dia melalui adik perempuan dia dengan ibu dia.

Kitorang tak contact kalau takde hal penting. Dan aku sangat tegas dalam bab-bab nak contact saja-saja ni. Dia pun macam tu.

Kitorang pernah jumpa sekali je masa awal-awal nak kenal dulu, lepas tu aku ingat-ingat lupa dah muka dia. Hahahaha.

Belah family dia sangat-sangat berkenan dah dengan aku. Kalau boleh nak cepat-cepat langsungkan majlis. Tapi belah family aku pula, mak ayah aku takde bagi kata putus. Diorang pun sangat-sangat berkenan dah dengan A sebenarnya.

Tapi… mak ayah aku berat nak lepaskan aku. Tapi diorang takde bagitahu direct dengan aku. Aku dengan A macam tu lah, merancang nak nikah tapi perancangan kami macam takde hala tuju.

Kami pun rasa tak syok lah kan duk macam tu je walaupun kitorang sangat-sangat menjaga. Tapi hati tu tak tenang. Kami tak boleh tipu diri sendiri.

Satu hari tu, aku beranikan diri walaupun aku tak sure apa yang aku buat. Aku bagi quotes kat A ayat ala-ala macam ni lah:

“Walau terpisah jauh, kalau dah jodoh tak ke mana.”

“Kita usaha cari redha Allah dulu.”

“Kalau kita sedang menjaga hati, inshaAllah jodoh kita pun sedang menjaga hati.”

Lebih kurang macam tu lah.

Then, esoknya dia balas. Dia cakap kali ni dia tekad. Dia dah fikir masak-masak. Dia nak putus. Dia nak kerja elok-elok dulu, nak stabilkan ekonomi dulu, siapkan diri, bantu mak ayah dia, bahagiakan mak ayah dia dulu, dia nak perbetulkan diri dia dulu and everything.

Dan lagi aku terharu, dia bagitahu mak aku dulu sebelum dia bagitahu aku tu. Subhanallah!!

Faham tak perasaan tu bercampur tau. Sedih tapi happy tu lagi banyak sampai dapat tutup sedih tu. Rasa macam, “Ya Allah, Kau dengar doa aku, Kau tolong aku keluar daripada kekacauan ni.”

Selama ni kitorang rasa benda yang sama cuma masing-masing takut untuk luahkan sebab takut kehilangan. Aku takut aku tak dapat dah orang sebaik dia walhal dia belum tentu jodoh aku.

Lepas tu kitorang memang lost contact. Mak aku cakap, “Berkawanlah dengan dia…” Hmm bagi aku takpelah. Aku taknak kawan dengan lelaki. Aku nak jadi macam dulu. Aku pun nak persiapkan diri aku. Aku belum ready. Aku nak fokus pada final semester aku ni.

Tapi dalam doa aku, aku mengharap lagi dia jadi jodoh aku. Tapi kalau dia nikah dengan orang lain, aku redha sebab dia layak untuk dapat orang yang lagi baik daripada aku. Perasaan tak layak tu sampai sekarang masih ada dalam diri aku.

Okay. Tak habis lagi cerita ni… sorry panjang.

Baru-baru ni kan, aku WhatsApp lah mak aku. Aku saja-saja tanya, “Apa kelebihan akak?” Aku mengharap mak aku balas macam, “Akak ni pandai bergaul dengan masyarakat, berani, pandai menjahit, bla bla bla…” Tapi mak aku balas:

“Akak anak yang paling dengar kata mak, kalau mak bagitahu apa-apa akak tak pernah bantah walaupun benda tu terlalu perit buat akak. Akak dari dulu tak pernah susahkan mak dengan ayah. Kalau adik buli akak, akak tak pernah balas balik. Akak terlalu sayangkan family kita.

Akak ikut perintah agama walaupun mak tak pernah ajar. Mak bersyukur akak dah nak belajar masak, itu bekalan untuk menjadi seorang dewasa (aku malas sikit nak masak sebab kakak-kakak ada. Hehe).”

Then, part ni aku nak highlightkan:

“Mak nak bagitahu ni, masa A bagitahu nak kahwin dengan akak dulu, mak rasa nak pitam, luluh hati mak. Mak rasa tak puas lagi bersama akak. Ayah pun macam tu.

Hari-hari mak berdoa agar ada jalan penyelesaian. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa mak. Mak terlalu sayangkan anak-anak mak. Mak sunyi tanpa anak-anak di sisi.”

Satu malam tu aku nangis sebab terharu. Aku macam sedar, segalanya berlaku sebab ada hikmah. Doa seorang ibu tu sangat power weh.

Aku putus dengan A bukan semata-mata aku dengan A belum ready tapi sebab mak aku pun belum ready nak lepaskan aku. Allah tolong aku melalui doa mak aku (serius rasa nak nangis balik, huuu).

Alright. Korang yang kat luar sana, apa-apa yang korang buat, utamakan Allah. Minta Allah tunjukkan jalan. Jangan tipu diri sendiri. Jangan ragu-ragu untuk buat keputusan.

Allah dah gerakkan hati tu, teruskan niat. Fokus untuk bahagiakan ibu bapa dulu. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Bagi yang nak kahwin tu, mabrook. Aku dah takde rasa nak kahwin awal.

Perasaan nak kahwin tu ada sebab dulu aku ada calon, sekarang dalam kepala aku cuma ada mak ayah aku, assignments, FYP, nak grad dengan jayanya, macam mana nak dapat kerja nanti, macam mana nak tolong ummah.

Aku nak lebih bersemangat dalam dakwah dan tarbiyah. Jangan fikir pasal jodoh sebelum sampai waktunya. Jangan rosakkan hati. Kejar cita-cita korang. Travel the world, explore new things. Last but not least, be you, be the best of you :) Doakan aku juga.

“JIKA MAHU ALLAH TUNAIKAN APA YANG KAMU CINTA, TUNAIKAN DULU APA YANG ALLAH CINTA.”

Maaf kalau ada tersilap kata terguris rasa. Terima kasih sudi baca.

– Potato (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *