Skandal Tempat Kerja

Saya CCTV. Bekerja dengan syarikat korporat di Sabah tapi lokasi di kawasan pedalaman. Sebab kami di pedalaman, jadi kami stay sinilah kebanyakkan masa kecuali kalau kami cuti, baru kami balik bandar. Begitu lah..

Ada benda yang saya nak ceritakan atau nak tanya pendapat kamu semua. Anggaplah kamu yang membaca ni bestieku.

Di tempat kerja saya ni ada sepasang gagak sejoli (ndak mau sebut merpati, sebab terlalu suci untuk menggambarkan mereka yang terlibat).

Begini, si wanita ni seorang janda, lama sudah la menjanda, orang bukan Islam. Kita bagi nama Teresa. Si lelaki ni pula kita bagi nama Nizam, beragama Islam dan sudah berkahwin dan ada anak. Anaknya kecil-kecil lagi.

Mereka berdua ni sejak dari awal tahun telah mencetuskan skandal terbesar di tempat kerja kami. Mula-mula rapat begitu saja, mcm selalu sama-sama ke mana-mana.

Awalnya kami ingat mungkin sebab mereka kerja di department yang sama so ada la perbincangan profesional kunun. Ya, kami memang bersangka baik masa tu. Kemudian, lama-lama aiiina, kenapa sampai si Nizam ni pergi ke rumah Teresa waktu rehat tengah hari?

Nah, sana bermula bagi kami macam agak melampau dua ekor itu. Yalah, kami tahu la Nizam sudah kahwin bah dan kami juga pergi majlisnya awal tahun lepas itu.

Dipendekkan cerita, kami sudah menegur si Teresa untuk tidak buat begitu. Kami berani tegur sebab kawan kami jua bah dia dulu sebelum rapat dengan Nizam. Lain orang lain tengok, boleh jadi fitnah kami bilang. Kalaupun berkawan, ya kawan la seperti kawan.

Tahu apa Teresa bilang? “Tidak apa bah tu, boleh sampai empat bah si Nizam.” Kami macam, silaka jua bunyinya ni. Getek.

Nizam pula, macam palui, terpaling bangga dia dapat Teresa kunun. Tidak lagi dia fikir anaknya yang baru lahir tu. Tidak silap anaknya baru setahun mahu masuk dua tahun yang bongsu, yang sulung tidak pasti aku, kali dalam 3 tahun begitu.

Saaangat jarang jua si Nizam ni cuti sekarang. Kalau dulu, jangan dilawan, hampir bergaduh dia tu berebut mau cuti. Sekarang? Jadi terpaling penduduk tetap tu di sini. Kalau Teresa cuti, baru dia cuti.

Dipendekkan lagi cerita, sekarang ni dorang sudah macam suami isteri sudah di tempat kerja kami ni. Dua-dua macam palui (na banyak kali sudah ku guna perkataan ni si, siou ar).

Nizam sudah tidak malu lagi sama kami staff lain sini tempat kerja. Berani sudah dia bermalam di kuartersnya si Teresa. Betul-betul macam suami isteri sudah. Bikin geram. Bukan geram sebab cemburu, tapi geram sebab kesian ni kami sama anak isterinya si Nizam.

Tahu ka tidak dorang tu perangai ‘susuku’ si Nizam di tempat kerja ni. Mentang-mentang jauh dari anak sama isteri, ada ‘isteri’ simpanan lagi dia sini. Apa orang bilang tu, office wife begitu. Cih..budu.

Kalau kami dihantar berkursus pun sama, sengaja tu dorang stay lain tempat dari group kami sebab mau stay sama bilik. Menyusahkan admin mau kasi atur hotel asing-asing saja. Fikir pergi honeymoon kali.

Na panas sudah aku. Cukup sampai sini ku cerita nanti makin emosi aku ceritanya.

Jadi, apa kunun kami mahu buat ini? Sudah ditegur, tidak jalan. Atasan di sini pun buat tidak peduli juga kes dorang ni. Tidak tahu kenapa.

Then, yang beragama Islam di sini pun tidak juga menegur si Nizam itu. Mahu kolomplen sama isterinya pun kami tidak tahu nombor atau contactnya. Sakit mata dan hati kami melihat perangai bangganya itu sini. Macam kebal peraturan hidup.

Haha.. bah siou kalau ada terkasar bahasa atau kalau kurang faham bahasa saya yang orang bilang ke sana sini ini. Harap faham dan boleh bagi idea atau saya kekal jadi CCTV. Haha.

P/s: Mana bah isterinya si Nizam ni, tidak mungkin tidak nampak perangai suaminya yang dulu rajin cuti, sekarang ndak. Atau ndak check hp kah?

Kamu yang membaca ni check la bah laki kamurang yang kerja jauh walaupun mukanya macam sesuci lebaran. Muka Nizam jua begitu tapi… awas! (Done menghasut)

Sekian,

– Cik CCTV (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *