Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-yang/).
Salam warga IIUM Confession. Kembali lagi, saya Chemp.
Saya tahu ramai kecam post saya sebelum ni.
Saya bukannya apa, cuma nak kongsi perasaan yang dah lama saya simpan. Kadang orang susah nak faham. Ni saya nak explain lagi.
Benar suami saya baik, nafkah cukup, rumah terjaga.
Dia seorang yang sangat bertanggungjawab, balik kerja layan anak-anak, bantu buat kerja rumah bila perlu. Saya tak nafi dan memang bersyukur part hok tu.
Memang suami yang ramai orang impikan. Gajinya 12k tu takla banyak mana pun untuk zaman mencabar macam sekarang ni.
Bolehlah nak hidup, semua keperluan kami lengkap ala kadar.
Dia terlalu serius, hidup ikut logik dan fakta. Tiada kejutan, tiada kata manis kecil yang buat hati rasa berbunga.
Kadang-kadang saya cuma berharap dia tanya ‘apa khabar hari ni’ dengan nada manja, atau hantar mesej pendek untuk buat saya tersenyum. Perkara itu sahaja… tapi entah kenapa bagi saya terasa seperti hilang.
Contohnya baru-baru ni, ada urusan claim takaful. Suami minta saya tolong uruskan terus dengan agent kami.
Bukan nak kata jatuh cinta ke apa, tapi cara agent tu balas WhatsApp, cuma tegur ‘take care’ pun buat hati saya tersentuh sebentar, manis je buat kita boleh tersenyum sendiri.
Tapi tak lebih dari itu, cuma perasaan kecil yang buat saya sedar kadang hati ini masih mahu sedikit perhatian.
Saya bukan nak curang, bukan nak jatuh hati ke apa. Saya cuma nak bagitau saya manusia biasa.
Kadang hati ini terasa rapuh walaupun suami saya lelaki impian ramai orang.
Saya rasa bersalah menulis ini, tapi saya cuma cuba jujur dengan perasaan sendiri.”
Saya tahu ramai orang seakan envy dengan suami saya, lelaki bertanggungjawab kononnya, dan kelihatan cukup sempurna untuk keluarga.
Tapi bagi saya… kadang-kadang hati tetap rasa kosong.
Walaupun semua duniawi dan tanggungjawab dia dah sempurna, sedikit kelembutan dan perhatian kecil yang saya rindu kadang-kadang tetap hilang.
Umpama makan nasi tapi takde lauk. Kenyang tapi. Hmmmm…
– Chempaka Timur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aku ingat komen aku yg haritu mcm dah cukup kasar rupanya memang tak makan saman perempuan macam ni. Semoga Allah uji kau.
Jadi TT nak apa sebenarnya? Sebab kalau nak latih suami tu untuk mula jadi romantik, percayalah takkan nampak ‘natural’ sebab tu bukan sifat dia sejak dari dulu lagi. Nanti akan nampak ‘try too hard’ sangat, risau je kot nanti TT rasa nyampah pula sebab nampak cam tak ikhlas je dibuat2. Lagi2 umur dah lanjut ni ingat senang ke nak ‘melentur’ sesuatu sifat?
TT sibukkan diri lah dengan aktiviti2 yang bermanfaat. Mungkin sebab surirumah fulltime jadi tak jumpa banyak orang, jadi bila jumpa yang baik2 concern caring sikit mulalah melting. Masa tu kena ingat Allah banyak2 lah
Ngam dah takdir Allah tentukan puan dengan suami puan. Apa kata puan love bombing suami puan tu tiap hari tanpa minta balasan. pastu, stop seminggu. Secara psikologinya, manusia akan craving attention yg selalu dia dpt dari seseorg. bila attention tu hilang tetiba, tanpa sedar, suami puan tu yg kejar puan balik. so ada mechanism tarik tali di situ. selamat mencuba dgn sabar. moga ada pahala buat kalian.
Sis. Betapa beruntungnya awak dapat suami macam dia. Ramai orang yang hidup dengan suami yang jauh lebih serba kurang dari suami awak.
Sis, meh saya cerita sikit. Suami saya sebijik macam awak dulu. Lagi suami saya garang. Segarang harimau. Mungkin lebih dari harimau. Dia tak romantik, kerja rumah pun tak disuruh tak buat, physical love languange lagilah jauh. Masa nak je datang. Setel, tido. Ayat dia takde bunga2. Straight to the point. Birthday saya tahun ni siap cakap takde nak sambut ke apa ye. Apa saya teringin nak beli, banyak kali dia bangkang. Dengan alasan jangan membazir.
Tapi part nafkah tiptop. Selalu bawak jalan2. Ada waktu, apa saya nak dia bg je. Banyak kelebihan dia dari kekurangan. Awal2 memang rasa geram, tapi bila kenang apa dia buat untuk kita, kurang dia jadi terlindung. Kecuali time gaduh la, saya memang kadang mulut lagi laju dari kaki. Tapi selalu saya menyesal apa saya cakap.
Sis, suami tak selamanya ada dengan kita. Kadang dia kurang kat part ni, tapi lebih part tu. Bertolak ansur lah. Kadang kita tak sedar, kita ni lebih part ni, kurang part tu. Tapi suami kita tak pernah pun dok merungut. Sabar lah ye, doa banyak2 moga suami sis lembut hati & lebih prihatin dengan sis.
Lagi satu. Kalau bukan dia yg buat, kita la yang buat. Pergi kerja, salam, minta dia cium dan peluk kita. Kalau dia taknak, buat la merajuk sikit. Merajuk sikit ye, bukan muncung dan marah. Ala2 manja gitu. Hari2 buat sis. Lama2 nanti suami sis yang pelik bila sis tak minta cium & peluk.
Ada banyak lagi cara nak tarik perhatian dia. Percayalah, kadang kita rasa kenapa kita nak buat dulu. Dia la kena bg effort dulu. Dah kawin ni takdok dah dia dulu aku dulu. Dia tak buat, awak la buat dulu.
Lelaki ni kadang malu jugak. Kalau tak kita yg start. Sampai sudah xstart. Cuba la. Rasa macam berat. Tapi kalau dah banyak kali buat, boleh nampak bezanya. Selain tu banyak doa tau sis. Hati suami ni, bukan kita punya, bukan kita pegang. Tu haa yang Kat Atas sana. Jadi apa pun kita buat, doa la moga usaha kita Allah pandang & asbabnya suami kita semua akan lebih prihatin dan pandang kita dengan lebih rasa sayang.
ehhh ko kata gaji 12k tak besar mana pun ko kata!!! , meh ko duduk tempat makcik ni baru ko tau dunia besar ke kecik..makcik kan dah cakap , ko cuba banyak bersyukur, jangan banyak tengok drama sanagt boleh tak..tak matang betul ko nih.
jgn bandingkan suami dgn org lain. maka yg akan terlihat hanyalah kekurangan dia sahaja. Apa2 bhn bacaan, atau apa yg awak lihat di luar u need to stop. Jaga hati utk suami awak, cintai dia sepenuhnya, kalau tak, khawatir hati awak yg kosong tu akan terisi dgn yg tak halal, wal iya zubillah. Ingat, diri kita ni pun ada kekurangan, mungkin lebih lagi daripada suami kita. Istighfar.
Nak juga orang ikut kehendak dia dan menyokong dia walaupun dah pernah kena kecam. Apa kata awak ambil agent insuran tu sebagai laki dan laki awak bagi kepada wanita lain yang qanaah. Tapi ingat lepas kawin jgn pula meroyan…
WEY IKAN PAUS! KALO DA XSUKA LAKI KO, KO MINTAK LA CERAI!
kak Allah swt Maha Adil, mana boleh akak nak semuanya perfect. ada lebih sikit, ada kurang sikit lah. ini ujian untuk akak lah. duduk minum kopi petang-petang sambil fikir-fikir. ada orang suami gaji 2k, tapi layan isteri macam permaisuri. ada yang sebaliknya. hidup ni kalau tengok yang part sedih ja mmg tak dapatlah nak jadi orang bersyukur.
semoga saya pun mengambil iktibar dari kisah akak ni.