Debat Muslim vs Christian Discussion

Biar aku perkenalkan diri sebagai Tilpoo. Nickname masa ledakan internet bermula. Umur aku hampir separuh abad dan mungkin dunia yang aku terokai menjadikan aku terpilih untuk melalui pengalaman ini.

Aku bukan latar belakang pendidikan agama. Aku graduasi dalam kejuruteraan tapi sudah 20 tahun menjadi seorang guru.

Al-quran menjadi sebahagian daripada hidup aku. Kalau dahulu 1m/s sudah cukup, sekarang ni KPI aku 10m/s sehari.

Pesan ibu aku, mengajilah sehari 5 helai (10m/s), dalam masa 2 bulan boleh khatam.

Aku baca al-quran dengan terjemahan so aku boleh katakan yang aku faham dengan isi al-quran sekurang2nya untuk panduan hidup sendiri.

Ok ini baru intro, ceritanya aku ada masuk dalam group Muslim vs Christian group discussion.

Ok aku tak mahir sangat berbahasa inggeris tapi kalau pendek2 aku ok aje jawab terus. Bila panjang2 terpaksa minta tolong chatgpt.

Selama bertahun aku berbahas n menjawab aku dah sampai titik penat, lesu dan dah tak larat. Meh aku listkan..

1) Diorang asyik up isu Aisyah 6 tahun berkahwin dengan nabi Muhammad.

Dalam seminggu smpi 2,3x isu ni naik. Penat nak jawab. Sedang dalam bible n orang kristian sendiri ada kes tentang young marriage.

2) Mana2 kristian setuju dengan triniti walaupun konsep ni tiada dalam bible.

Cuba minta chatgpt senaraikan Oneness God concept dalam bible. Ada lebih 20 ayat! Aku tak faham kenapa bijak pandai dalam kristian tiba2 jadi dungu dalam isu ini.

3) Aku berkawan dengan orang kristian sarawak yang umurnya lebih tua dari aku.

Mati2 dia tak boleh terima islam yang dibawa oleh orang Arab. Dalam bible ada ke cerita Jesus nabi terakhir? Al-quran sahkan Muhammad nabi terakhir n islam agama yang benar.

4) Diorang perolok n hina islam dalam group tu bukan main2 ye. Sampai aku pejam mata n rasa sebak.

Aku harap kalian yang membaca sama2 rapatkan saf n join group ni. Biar orang nampak kita biasa2 aje, yang lelaki tak sentiasa berkopiah, yang perempuan cuma bertudung bawal, tapi dalam siber kita adalah fighter!!

5) Lily Jay seorang mualaf yang mencari kebenaran guna chatgpt.

Kalau aku tak reti jawab aku just copy status atau replied daripada diorang n minta chatgpt tolong; How to respond this (base on islamic view)…. Pastu kalau banyak sangat point aku minta chatgpt ringkaskan jadi 3 paragraph.

Zaman sekarang senang tapi aku kena baca dahulu n pastikan jawapan valid seperti yang kita mahukan. Kelebihan chatgpt; amik verse dari bible untuk mematahkan hujah mereka sendiri.

Akhir kata aku mahu lebih ramai muslim yang educated join group ni. Balas walaupun isu itu berulang.

Guna pelbagai medium, dalami al-quran, mantapkan iman n selalu berjemaah di masjid, jangan guna ayat yang menghina untuk mereka, kita orang islam tunjuk akhlak yang baik semasa menjawab.

Good luck guys….. Jom rapatkan saf.

– Tilpoo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *